IHSAN

Hierarki Ilmu Menurut Imam Al-Ghazali

Sumber: facebook url: https://www.facebook.com/share/p/1HaC22KMTb/

ISLAM

Hadis Jibril

ISLAM

68 Aqidul Iman - Ustaz Samsudin Sidek

ISLAM

5 Unsur/Teras Seorang Mahluk Manusia (Hamba Allah) – Roh + ( Hati + Akal+Nafsu) + Jasad

IMAN

Pembahagian Tauhid Dalam Akidah Islam

Sumber JAIS

3 Rukun Agama/Tingkatan Utama dalam Agama Islam – berdasarkan hadis Jibril dan  seperti mana yang dilaksanakan di Malaysia. Ketiga-tiga rukun ini membentuk kesempurnaan beragama.

IMAN

  • lmu Tauhid/Aqidah + Kepercayaan Hati +AKIDAH+Tashdiq+Praktikal Ahli Sunnah Wal Jamaah (Imam Al Shairah & Al Maturudiah)

  • Tashdiq bermaksud Membenarkan atau Mengakui Kebenaran

ISLAM

  • Ilmu Feqah+ Ibadah Zahir (jasad) + SYARIAT+Niat+Praktikal Mazhab Syafi’I (Imam As Syafi’i) -nota ada 3 lagi Mazhab Utama – Hanafi,Maliki, Hambali

IHSAN

  • Ilmu Tasawuf + Penghayatan Batin + AKHLAK (Hakikat) +Rasa (Zauq) + Praktikal – Thariqah (Imam Al Ghazali & Imam Syeikh  Junaied Al Baghdadi

Intipati Asas-Asas Fardhu Ain – Ilmu Tauhid, Feqah & Tasawuf -  Tajuk menurut Buku Nur Al-Fahmi Cahaya Kefahaman – Asas-Asas Fardhu – Ustaz Muhadir Haji Joll

Hadis Sayyidina dan 3 Rukun Agama – Telah diterang di atas

A. TAUHID/AQIDAH

  1. Beriman kepada Allah – Huraian ringkas 20 sifat wajib satu persatu & Sifat harus bagi Allah

  2. Beriman kepada para Malaikat

  3. Beriman kepada kitab-kitab

  4. Beriman kepada para Rasul  - Huraian sifat-sifat wajib para Rasul satu per satu (Shidq-Benar, Amanah-Jujur, Tabligh-Menyampaikan, Fatanah-Bijaksana), Sifat harus bagi para Rasul

  5. Beriman kepada hari kiamat

  6. Beriman kepada qadha dan qadar

B. FEQAH

Pengertian Ilmu -hukum-hakam Islam berkaitan perbuatan manusia diambil dari dalil2 terperinci iaitu Al Quran & Hadis

Bahagian-Bahagian dalam Ilmu Feqah – Ibadat, Muamalat, Munakahat, Jinayat

Bahagian-Bahagian Hukum Islam – Wajib/Fardhu, Sunat, Haram, Makruh, Mubah/Harus, Sah (Syarat & Rukunnya), Batal

Ilmu-Ilmu Feqah

  1. Bersuci Thaharah

  2. Air dan hukumnya

  3. Najis dan hukumnya

  4. Istinja

  5. Hadas

  6. Wudhu’ (Air Sembahyang)

  7. Tayammum

  8. Solat (Sembahyang) – Syarat Sah – Solat berjemaah, Jamak Taqdim, Jamak Takhir, Solat Qashar, Solat Jumaat, Solat orang Sakit

  9. Jenazah

  10. Puasa

  11. Zakat

  12. Haji

C. TASAWUF

  1. Pengertian Ilmu Tasawuf

  2. Menjaga 7 anggota Zahir daripada maksiat – Mata, Telinga, Lidah, Perut, Kemaluan, Tangan & Kaki

  3. Menjaga dan membersihkan hati (takhalli) daripada 10 Sifat tercela (mazmumah) – Banyak makan, Banyak bercakap, Marah, Hasad (dengki atau Iri hati), Kedekut dan saying kepada harta, Suka kepada pangkat kedudukan, Cinta kepada Dunia, Sombong/Takabbur, Ujub, Riya’ (menunjuk-nunjuk dalam beramal)

  4. Menghiasi hati (Tahalli) dengan 10 Sifat mahmudah (terpuji) – Taubat, Takut Kepada Allah, Zuhud, Sabar, Syukur, Ikhlas, Tawakkal, Cinta Kepada Allah, Redha, Mengingati Mati