ISLAM

68 Aqidul Iman - Ustaz Samsudin Sidek

AQIDUL IMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

لا إله إلا الله

محمد رسول الله

18

SURAH MUHAMMAD AYAT 19:

Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, ...

SURAH AS-SAFFAT AYAT 35:

... ketahuilah, bahawa tiada Tuhan yang sebenar-benarnya melainkan Allah - mereka bersikap takbur mengingkarinya.

A. IFTIQAR(الافتقار إلى الله)

Berkehendak tiap-tiap yang lain kepadaNya.

Dua sifat lagi yang masuk dalam Iftiqar adalah:

  1. Baharu sekelian alam ini, lawannya Qadim mustahil.

  2. Tiada memberi bekas bagi sesuatu daripada segala kainat dengan tabiatNya, lawannya

memberi bekas iaitu mustahil.

B. ISTIGHNA(استغناء عن كل ما سواه)

Allah Maha Kaya daripada tiap-tiap yang lain.

Tiga sifat lagi yang masuk dalam istighna' adalah:

  1. Maha Suci Allah daripada mengambil faedah pada perbuatanNya atau pada hukumNya. Lawannya mengambil faedah iaitu mustahil.

  2. Tidak wajib Allah menjadikan alam ini, mustahil wajib.

  3. Tidak memberi bekas sesuatu daripada kainat dengan kuasaNya, lawannya mustahil memberi bekas.

C. SIFAT 20

  1. وجود

Ertinya Allah Taala ada, lawannya mustahil Allah Taala tiada.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah As-Sajadah Ayat 4:

الله الذي خلق السماوات والأرض وما بينهما

Maksudnya: Allah Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya.

2. قدم

Ertinya Allah Taala sedia, lawannya mustahil Allah Taala baharu.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah Al-Hadid Ayat 3:

هو الأول والآخر

Maksudnya: Dialah Yang Awal tiada permulaan dan Dialah Yang Akhir tiada kesudahan.

  1. بقاء

Ertinya Allah Taala kekal, lawannya mustahil Allah Taala binasa.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah Ar-Rahman Ayat 27:

ويبقى وجه ربك ذو الجلال والإكرام

Maksudnya: Dan kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.

  1. مخالفة للحوادث

Ertinya tiada bersamaan sifat Allah Taala dengan sifat sekelian yang baharu, lawannya mustahil

bersamaan dengan sifat yang lain.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah Asy-Syura Ayat 11:

ليس كمثله شيء

Maksudnya: Tiada sesuatupun yang sebanding dengan ZatNya, sifat-sifatNya, dan

pentadbiranNya.

  1. قيامه بنفسه

Ertinya Allah Taala berdiri dengan sendirinya, lawannya mustahil berdiri dengan yang lain.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah Al-Ankabut Ayat 6:

إن الله لغني عن العالمين

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Maha Kaya daripada sekalian makhluk.

  1. وحدانية

Ertinya Allah Taala Esa pada zat, sifat dan af’al (perbuatan), lawannya mustahil berbilang-bilang.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah Al-Ikhlas Ayat 1:

قل هو الله أحد

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad), “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.”

  1. قدرة

Ertinya Allah Taala berkuasa, lawannya mustahil Allah Taala lemah.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah Al-Baqarah Ayat 20:

إن الله على كل شيء قدير

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Taala berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

  1. إرادة

yang lain.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah Al-Buruj Ayat 16:

فعال لما يريد

Ertinya Allah Taala berkehendak melakukan, lawannya mustahil Allah Taala mengikut kehendak

Maksudnya: Yang berkuasa melakukan segala yang dikehendakiNya.

  1. علم

Ertinya Allah Taala mengetahui, lawannya mustahil Allah Taala jahil.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah Al-Mulk Ayat 13:

إنه عليم بذات الصدور

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala isi hati yang terkandung di

dalam dada.

  1. حياة

Ertinya hidup Allah Taala, lawannya mustahil Allah Taala mati.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah Al-Baqarah Ayat 255:

الله لا إله إلا هو الحي القيوم

Maksudnya: Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya

mentadbirkan sekalian makhlukNya.

  1. سمع

Ertinya Allah Taala mendengar, lawannya mustahil Allah Taala pekak.

Dalilnya baharu alam ini.Dalil Al-Quran: Surah Al-Baqarah Ayat 256:

والله سميع عليم

Maksudnya: Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

  1. بصر

Ertinya Allah Taala melihat, lawannya mustahil Allah Taala buta.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah Al-Baqarah Ayat 110:

إن الله بما تعملون بصير

Maksudnya: Sesungguhnya Allah sentiasa Melihat segala yang kamu kerjakan.

  1. كلام

Ertinya Allah Taala berkata-kata, lawannya mustahil Allah Taala bisu.

Dalilnya baharu alam ini.

Dalil Al-Quran: Surah An-Nisa Ayat 164:

وكلم الله موسى تكليما

Maksudnya: Dan Allah telah berkata-kata kepada Nabi Musa dengan kata-kata secara

langsung.

  1. كونه قادرا

Ertinya keadaan Allah Taala Maha Berkuasa, lawannya mustahil keadaan Allah Taala lemah.

Dalilnya baharu alam ini.

Rujuk Dalil Al-Quran pada sifat Qudrat: Surah Al-Baqarah Ayat 20.

  1. كونه مريدا

Ertinya keadaan Allah Taala sentiasa menentukan, lawannya mustahil keadaan Allah Taala ditentukan oleh yang lain.

Dalilnya baharu alam ini.

Rujuk Dalil Al-Quran pada sifat Iradat: Surah Al-Buruj Ayat 16.

  1. كونه عالما

Ertinya keadaan Allah Taala sentiasa mengetahui, lawannya mustahil keadaan Allah Taala jahil.

Dalilnya baharu alam ini.

Rujuk Dalil Al-Quran pada sifat Ilmu: Surah Al-Mulk Ayat 13.

  1. كونه حيا

Ertinya keadaan Allah Taala sentiasa hidup, lawannya mustahil keadaan Allah Taala mati.

Dalilnya baharu alam ini.

Rujuk Dalil Al-Quran pada sifat Hayat: Surah Al-Baqarah Ayat 255.

  1. كونه سميعا

Ertinya keadaan Allah Taala sentiasa mendengar, lawannya mustahil keadaan Allah Taala tuli.

Dalilnya baharu alam ini.

Rujuk Dalil Al-Quran pada sifat Sama’: Surah Al-Baqarah Ayat 256.

  1. كونه بصيرا

Ertinya keadaan Allah Taala sentiasa melihat, lawannya mustahil keadaan Allah Taala buta.

Dalilnya baharu alam ini.

Rujuk Dalil Al-Quran pada sifat Bashar: Surah Al-Baqarah Ayat 110.

  1. كونه متكلما

Ertinya keadaan Allah Taala sentiasa berkata-kata, lawannya mustahil keadaan Allah Taala bisu.

Dalilnya baharu alam ini.

Rujuk Dalil Al-Quran pada sifat Kalam: Surah An-Nisa Ayat 164.

D. PEMBAHAGIAN SIFAT

  1. Sifat Nafsiyah

Sifat nafsiyah berkaitan dengan dzat Allah SWT semata.

Allah hanya ada satu, iaitu Wujud (ada).

Ia maujud pada zihin (fikiran) tetapi tiada maujud pada kharij (luar fikiran), tidak boleh dizahirkan

pada penglihatan pancaindera.

  1. Sifat Salbiyah

Sifat Salbiyah adalah sifat yang menolak segala sifat yang tidak layak bagi Allah SWT kerana Allah Maha Sempurna dan tidak memiliki kekurangan.

Tiada maujud pada kharij (luar fikiran) dan tiada maujud pada zihin (fikiran).

Sifat Salbiyah ada 5:

- Qidam

- Baqa

- Mukhalafatu lil-Hawadith

- Qiyamuhu binafsihi

- Wahdaniyah

  1. Sifat Ma’ani

Sifat Ma’ani adalah sifat yang ada lagi thabit berdiri pada dzat Allah Taala menunjukkan kesempurnaan sifat wujudiyyah yang thabit menyebabkan ada perkara yang lain iaitu ma’nawiyyah, dan sifat-sifat maujud pada kharij dan maujud pada zihin.

  1. Sifat Ma’nawiyyah

Sifat Ma’nawiyyah iaitu wajib pada zat Allah dan tidak mungkin suatu saat Allah tidak bersifat seperti itu.

Sifat ma'nawiyyah natijahnya terbit dan melazimi sifat ma’ani, maujud pada zihin (fikiran) tetapi tiada maujud pada kharij (luar fikiran).

Sifat tersebut iaitu:

- Qadiran

- Muridan

- Aliman

- Hayyan

- Sami’an

- Basiran

- Mutakalliman

E. RUKUN ISLAM : 5 PERKARA

  1. Mengucap dua kalimah syahadah.

  2. Mendirikan solat lima waktu.

  3. Menunaikan zakat.

  4. Berpuasa di bulan Ramadhan.

  5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

F. 6 RUKUN IMAN

  1. Beriman dengan Allah Taala.

  2. Percaya kepada para malaikat.

  3. Percaya kepada kitab-kitab suci.

  4. Percaya kepada para Rasul.

  5. Percaya akan Hari Kiamat / Akhirat.

  6. Percaya akan Qada’ dan Qadar.

G. SIFAT WAJIB BAGI RASUL

  1. صدق - Ertinya Benar

  2. أمانة - Ertinya Jujur

  3. تبليغ - Ertinya Menyampaikan

  4. فطانة - Ertinya Bijaksana

H. SIFAT MUSTAHIL BAGI RASUL

  1. كذب - Ertinya tiada berdusta

  2. خيانة - Ertinya tiada kepercayaan

  3. كتمان - Ertinya menyembunyikan

  4. بلادة - Ertinya bodoh

I. PERKARA BERKAITAN RASUL DAN IMAN

  1. Sifat harus pada para Rasul

  2. Lawanan tiada bersifat harus pada para Rasul

  3. Percayakan sekelian anbiya’

  4. Tiada percayakan sekelian anbiya’

  5. Percayakan segala malaikat

  6. Tiada percayakan segala malaikat

  7. Percayakan segala kitab

  8. Tiada percayakan segala kitab

  9. Percayakan Hari Kiamat

  10. Tiada percaya Hari Kiamat

J. KITAB-KITAB DITURUNKAN OLEH ALLAH TAALA

  1. Taurat: diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

  2. Zabur: diturunkan kepada Nabi Daud a.s.

  3. Injil: diturunkan kepada Nabi Isa a.s.

  4. Al-Quran: diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

K. RASUL YANG DIGELAR RASUL ULUL AZMI

  1. Nabi Nuh a.s.

  2. Nabi Ibrahim a.s.

  3. Nabi Musa a.s.

  4. Nabi Isa a.s.

  5. Nabi Muhammad SAW.

L. SIFAT-SIFAT YANG BERTA’LUQ

  1. علم

Kepada segala yang wajib, mustahil dan yang harus.

  1. كلام

Kepada segala yang wajib, mustahil dan yang harus.

  1. بصر

Kepada segala yang maujud yang baharu atau pun yang qadim.

  1. سمع

Kepada segala yang maujud yang baharu atau pun yang qadim.

  1. إرادة

Kepada segala mumkin yang ada, yang sudah tiada dan yang akan diadakan.

  1. قدرة

Kepada segala mumkin yang ada, yang sudah tiada dan yang akan diadakan.

M. MALAIKAT YANG WAJIB DIKETAHUI ADA 10

  1. Malaikat Jibril (جبريل)

Tugas: Menyampaikan wahyu kepada Rasul.

  1. Malaikat Mikail (ميكائيل)

Tugas: Menguruskan rezeki.

  1. Malaikat Izrail (عزرائيل)

Tugas: Mencabut nyawa.

  1. Malaikat Israfil (إسرافيل)

Tugas: Meniup sangkakala.

  1. Malaikat Munkar (منكر)

Tugas: Menyoal ruh di alam kubur berkaitan kejahatan.

  1. Malaikat Nakir (نكير)

Tugas: Menyoal ruh di alam kubur mengenai kebaikan.

  1. Malaikat Raqib (رقيب)

Tugas: Mencatat amal baik manusia.

  1. Malaikat Atid (عتيد)

Tugas: Mencatat perilaku kejahatan manusia.

  1. Malaikat Malik (مالك)

Tugas: Menjaga pintu neraka.

  1. Malaikat Ridwan (رضوان)

Tugas: Menjaga pintu syurga.

N. RUKUN SOLAT ADA 13 PERKARA

  1. Berdiri betul

  2. Niat

  3. Takbiratul ihram

  4. Membaca surah Al-Fatihah

  5. Rukuk dengan tumakninah

  6. Iktidal dengan tumakninah

  7. Sujud dengan tumakninah

  8. Duduk antara dua sujud dengan tumakninah

  9. Duduk tasyahhud akhir

  10. Membaca tasyahhud akhir

  11. Melafazkan selawat pada tasyahhud akhir

  12. Mengucapkan salam yang pertama

  13. Tertib

O. 6 SOALAN MALAIKAT YANG PERLU DIJAWAB DI DALAM KUBUR

SOALAN

  1. من ربك؟

  2. من نبيك؟

  3. ما دينك؟

  4. ما قبلتك؟

  5. ما إمامك؟

  6. من إخوانك؟

JAWAPAN

  1. الله ربي

  2. محمد رسولي

  3. الإسلام ديني

  4. الكعبة قبلتي

  5. القرآن إمامي

  6. المسلمون والمؤمنون إخواني

P. 25 NABI DAN RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI

  1. Nabi Adam

  2. Nabi Idris

  3. Nabi Nuh

  4. Nabi Hud

  5. Nabi Saleh

  6. Nabi Ibrahim

  7. Nabi Luth

  8. Nabi Ismail

  9. Nabi Ishaq

  10. Nabi Yaakub

  11. Nabi Yusuf

  12. Nabi Ayyub

  13. Nabi Syuib

  14. Nabi Musa

  15. Nabi Harun

  16. Nabi Zulkifli

  17. Nabi Daud

  18. Nabi Sulaiman

  19. Nabi Ilyas

  20. Nabi Ilyasa’

  21. Nabi Yunus

  22. Nabi Zakaria

  23. Nabi Yahya

  24. Nabi Isa

  25. Nabi Muhammad SAW

Q. 50 POLOH AQIDUL IMAN

50 poloh Aqidul Iman terkandung dalam kalimah لا إله إلا الله dan 18 sifat lagi dalam kalimah محمدهرسول الله menjadi jumlah keseluruhan 68 aqaid.

R. NAMA 8 TINGKATAN SYURGA

  1. Syurga Firdaus

  2. Syurga Adn

  3. Syurga Na’im

  4. Syurga Ma’wa

  5. Syurga Darussalam

  6. Syurga Darul Muqamah

  7. Syurga Maqamul Amin

  8. Syurga Khuldi

S. NERAKA MEMPUNYAI 7 TINGKATAN

  1. Neraka Jahanam

  2. Neraka Lazha

  3. Neraka Hutamah

  4. Neraka Sa’ir

  5. Neraka Saqar

  6. Neraka Jahim

  7. Neraka Hawiyah

T. SYAFAAT DI HARI AKHIRAT ADA 6 JENIS

  1. Syafaat menyegerakan hisab

  2. Syafaat meningkatkan darjat

  3. Syafaat meringankan azab

  4. Syafaat masuk syurga tanpa hisab

  5. Syafaat bagi orang tertentu yang sepatutnya ke neraka tapi dimasukkan ke syurga

  6. Syafaat yang mengeluarkan orang-orang beriman dari neraka

U. 9 PERKARA SAMI’IYYAT YANG WAJIB DIPERCAYAI

  1. Soal Kubor

  2. Alam Barzakh

  3. Hari Pembalasan

  4. Padang Mahsyar

  5. Hisab

  6. Mizan

  7. Titian Sirrat

  8. Syurga

  9. Neraka

Lampiran

Bacaan PDF

Bhg Keratan Bawah AQIDUL IMAN - U.SAMSUDDIN (Latest Draft)

Buka PDF

Bhg Keratan Atas AQIDUL IMAN - U.SAMSUDDIN (Latest Draft)

Buka PDF

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.