Bismillahirrahmanirrahim
Daurah Kitab Sirr Al Asrar
Catitan Nota
Syarah oleh Dr Ust Muhammad Afif Yahya ( Dr. UMAY )
21 Apr 2026 | 2 Zulkaedah 1447H | Selasa
๐ DAURAH KITAB SIRR AL ASRAR
"Karya Sheikh Yusuf al-Makassar" ( Siri 2 )
๐ฟ MUQADDIMAH ( ms 1 )
[ ุงููุญูู ูุฏู ููููููฐููู ุงูููุฐูู ููููุณู ููู ูุซููููู ุดูููุกู ]
" Segala puji bagi Allah yg tiada suatu pun yg menyerupai Allah. "
Perjalanan Sufi :
Adalah Perjalanan bersihkan hati selain drp Allah.
Kembalikan segala pujian kpd Allah.
Hakikat pujian โ hanya kepada Allah.
* Allah memuji akan dirinya,
* Allah memuji akan makhluk,
* Makhluk memuji akan Allah.
* Makluk memuji makhluk.
๐Aqidah ASWJ : Diri-Nya Allah tidak ada suatu pun yg menyerupai-NYA.
Bukan juga sekadar aqidah semata, namun bagaimana nak bersihkan qalbu selain dr Allah SWT.
Oleh itu, selagi mana dlm hati kita masih melihat ada sesuatu yg ada nilai selain Allah, bererti kita belum sampai kpd hakikat " ููููุณู ููู ูุซููููู ุดูููุกู ".
Kefahaman tentang ayat ููููุณู " ููู ูุซููููู ุดูููุกู " :
* Org awam : Memahami Allah tak serupa makhluk dan sesuatu.
* Org Arifbillah : Memahami tidak ada wujud pada batin melainkan Allah.
[ ููุตููููู ุขููููููู ุนูููู ู ูููููุงููุง ู ูุญูู ููุฏู ู ูุง ููููุณู ูููู ููููุกู ]
" Selawat dan salam kpd penghulu kita, yg tidak mempunyai bayang. "
Perjalanan sufi ialah perjalanan Nabi Muhammad ๏ทบ.
* Nabi ๏ทบ adalah wasilah.
* Kita takkan sampai kpd Allah tanpa ada perantaraan ( wasilah ).
* Kerana pada diri Nabi ๏ทบ ialah cermin yg paling sempurna bg tajalli ( kenyataan Allah ).
* Oleh itu, nak capai kpd makrifatullah, lihatlah dan ikutlah perjalanan Nabi ๏ทบ.
Berjalan kpd Allah tanpa rasul akan tergelincir kpd kesesatan tanpa disedari.
* Ilmu tanpa mahabbah rasul, ilmu itu kering.
* Zikir yg tak bawa kpd mahabbah rasul, zikir itu kosong.
Dalam kitab Syamail Muhammadiyyah mengatakan, pada diri Nabi tiada bayang kerana Nabi adalah Nur.
Oleh kerana itu, semakin dekat dan dalam perasan cinta mu kpd Nabi, maka semakin kuat perasaan cinta mu kpd Allah.
[ ููุนูููููฐ ุขูููู ููุฃูุตูุญูุงุจููู ู ููู ุงููุฃูููุตูุงุฑู ููุงููู ูููุงุฌูุฑูููู. ููุนูููููฐ ุฌูู ููุนู ุงููุฃูููุจูููุงุกู ููุงููุฃูููููููุงุกู ููุงูุชููุงุจูุนูููู ุจูููู ู ุฃูุฌูู ูุนูููู ]
"โDan ke atas keluarga Baginda serta para sahabat Baginda dari kalangan Ansar dan Muhajirin. Dan ke atas seluruh para nabi, para wali, serta mereka yang mengikuti mereka semuanya.โ*
Setelah pujian Sheikh kpd Nabi ๏ทบ, turut juga pujian kpd kalangan ansar dan muhajirin, para keluarga Nabi, para sahabat.
Ini tanda ta'azim dan kasih/ kecintaan kpd para sahabat dan sekaliannya.
Perjalanan ini menunjukkan perjalanan yg memiliki sanad daripada sahabat sehingga kpd keluarga Nabi ๏ทบ dan sehinggalah kpd Rasulullah ๏ทบ.
* Kita bukan berjalan sendiri tetapi berjalan dlm rantaian kekasih Allah.
โจ Kata Al Imam Ibnu Mubarak,
" Sanad itu adalah sebahagian drp agama. "
Maka, ambil zikir drpd guru daripada guru drp guru hingga kpd Rasulullah ๏ทบ itulah rantaian.
Kita duduk dlm rantaian baraqah dan limpahan sirr ( rahsia ). Allah limpahkan dan titiskan rahsiaยฒ dlm rantaian tersebut.
Justeru, jgn kita sombong dgn apa yg kita miliki.
Kosongkan dirimu di hadapan guru, barulah guru limpahkan asrarยฒ Allah kpd diri kamu.
* Yg ada guru, apa yg ada pd diri kita semua ini adalah drp baroqah guru.
* Ilmu yg sedikit lebih baik drp ilmu yg banyak retapi tiada baroqah.
* Rezeki bukan dilihat pd byk atau sikit tetapi pada baroqahnya.
* Tenang ketika harta sedikit atau banyak, itulah baroqah.
[ Risalah ini risalah ringkas yg kami namakan sirr al asrar. Semoga risalah ini memberi manfaat bg mereka yg mempunyai basirah ( mata hati). ]
" Nikmat yg paling besar ialah bertambah kenal kpd Allah. Bukan terletak pd banyaknya kefahaman dan banyaknya kitab yg kamu khatam. "
๐BEBERAPA KATEGORI DLM ILMU TASAWUF :
1๏ธโฃ Ilmu
* Belajar sekadar pada tahap kefahaman dan pengetahuan.
* Terhenti pada akal.
* Belum sampai kepada rahsia.
2๏ธโฃ Ilmu + Rahsia
* Bukan sekadar belajar tetapi berjalan dlm ilmu tasawuf.
* Mendapat bimbingan & tarbiyah guru.
* Mula dibukakan rahsia.
3๏ธโฃ Ilmu + Rahsia kpd Rahsia
* Bukan sekadar tahu atau merasa, tetapi tenggelam dalam lautan tasawuf.
* Menyelam dan mengambil โpermata-permataโ yang tersembunyi.
* Sampai kepada rahsia di sebalik rahsia.
โ๏ธ Hakikat Ilmu Tasawuf:
Ia adalah ilmu perjalanan seorang salik menuju Allah.
Bukan untuk semua, tetapi bagi mereka yang benar-benar diberi basirah (mata hati)
dan melalui proses penyucian diri โ riadah dan mujahadah.
Apabila hati itu bersih,
maka akan terbukalah rahsia dari segala rahsia.
๐คฒ Doa :
"Moga kami yg dhaif ini sentiasa mengemis di pintu rahmat-Mu, moga kami kembali basirah kpd Mu. "
๐ฑBahasa sufi :
Jika membaca dengan akal, kita sekadar memperoleh ilmu.
Namun jika membaca dengan qalbu, kita akan merasai zauq โ sentuhan rasa dari Allah.
Ungkapan โyang ada basirahโ itu sebenarnya satu sindiran halus daripada Sheikh โ
mengajak kita supaya tidak berhenti pada faham, tetapi masuk ke dalam rasa.
Menulis dengan qalbu, maka membacanya juga perlu dengan qalbu.
Ukuran dalam perjalanan ini, bukan pada banyaknya yang kita tahu, tetapi pada banyaknya yang kita โhilangโ:
* Hilang melihat diri.
* Hilang bergantung kepada makhluk.
* Hilang rasa pemilikan.
Apabila semuanya itu hilang,
yang tinggal hanyalah Allah.
๐คฒ Doa :
" Moga Allah beri keizinan mengecapi nikmat para ariffin dlm mengenal Allah. "
๐ " Duduk benar sbg seorang murid yg siddiq iaitu yg sudah tidak ada kemahuan dirinya melainkan berada dlm kehendak gurunya. "
-----
๐Catitan Nota
Syarah oleh Dr Ust Muhammad Afif Yahya ( Dr. UMAY )
๐ 21 Apr 2026 | 2 Zulkaedah 1447H | Selasa
Nota Seterusnya
Tiada nota seterusnya.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.