Home / Review Buku / Dr. Muhammad Afif Yahya / Risalah Syariat & Hakikat Ibadah Qurban
Risalah Syariat & Hakikat Ibadah Qurban

Risalah Syariat & Hakikat Ibadah Qurban

Dr. Muhammad Afif Yahya

Guru berkaitan: Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Ibadah qurban merupakan satu ibadah yang sangat mulia di sisi Allah SWT yang dilaksanakan pada 10 zulhijjah dan hari-hari tasyrik iaitu 11,12, dan 13 zulhijjah oleh mereka yang mampu. Kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam peristiwa korban akan selalu menjadi sumber inspirasi dan kekuatan bagi umat islam untuk terus meningkatkan ketaatan, kesabaran, keikhlasan, dan pengorbanan dalam beribadah kepada Allah SWT. Penulisan ini menerangkan berkenaan sejarah korban, hukum-hukum asas ibadah korban serta membahaskan sisi hakikat atau rahsia ibadah korban. Agama Islam merupakan agama yang menyatukan aspek syariat dan hakikat dalam kehidupan. syariat adalah hukum zahir dan hakikat adalah hukum batin. hukum batin amat jarang dibahaskan. hakikat makhluk itu ialah segalanya hanya dari Allah, dengan Allah dan untuk Allah. Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku hanya untuk Allah.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.