Bismillahirrahmanirrahim

Daurah Kitab Sirr Al Asrar

Sesi 1 20 Apr 2026 Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Catitan Nota

Syarah oleh Dr Ust Muhammad Afif Yahya ( Dr. UMAY )

20 Apr 2026 | 1 Zulkaedah 1447H | Isnin

https://youtube.com/live/UF6mS8LOo3o

📒 DAURAH KITAB SIRR AL ASRAR ( Siri 1 )

"Karya Sheikh Yusuf al-Makassar"

🌿 PENGENALAN

Kitab ini membicarakan tentang:

* Rahsia perjalanan rohani. seorang salik menuju Allah SWT

* Tumpuan kepada dimensi batin / rohani.

* Panduan yg jelas seorang hamba mengenal hakikat dirinya.

* Jalan penyucian hati daripada sifat mazmumah / kejahatan nafsu.

* Jalan mencapai makrifat kepada Allah SWT.

📜 BIODATA RINGKAS SHEIKH YUSUF AL-MAKASSAR

* Seorang Sheikh Sufi, Sheikh Tarekat dan Mujahid.

* Turun ke medan perjuangan terlibat secara langsung membangunkan agama.

* Berguru dengan guru Tareqah, nengambil Tarekat Qadiriyyah, Syatariyyah & Naqsyabandiyyah.

* Penasihat Kesultanan Banten.

* Tokoh penting dakwah sufi dan ajaran Islam di Nusantara.

* Menggabungkan jalan syariat dan hakikat menuju Allah.

* Sangat menekankan aspek kerohanian, adab dan kesucian qalbu.

* Murid kepada Sheikh Abdul Rauf as-Singkil.

* Penulisan² yg membawa kpd jalan utk memahami tasawuf yg sahih yg berteraskan Al Quran dan hadith.

*❤️ " ADAB adalah pintu mendapat rahsia-rahsia ilahiyyah dlm qalbu."*

👉 Hakikat sufi: Bukan sekadar zikir dan khalwah, tetapi berada di hadapan dalam medan perjuangan agama.

5 INTI UTAMA KITAB INI :

1️⃣ Rahsia Penciptaan Manusia

Manusia diciptakan bukan sekadar hidup dan mati, tetapi untuk mengenal Allah (makrifatullah).

Bertepatan dgn Firman Allah :

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

Maksud : Dan tidaklah diciptakan jin dan manusia melainkan utk beribadah ( mengenal ) kpd Allah. (Azzaariat : 56 )

* Zahir manusia dari tanah (syariat).

* Batin membawa rahsia/tiupan ilahiyyah (hakikat)

*👉 " Perjalanan hidup ini bukan untuk mencari dunia,

tetapi untuk kembali kepada asal kita, iaitu kpd Allah. "*

" Jangan hidup di permukaan (jasad semata), tetapi sebaliknya bersalik kpd Allah, selamilah batin dengan penyucian hati, menggilap qalbu dan adab² bersama guru. "

" Org yg membersihkan ruhnya → bererti dia sdg menyelam dlm rahsia dirinya."

2️⃣ Kepentingan Tazkiyatun Nafs ( Penyucian qalbu)

* Musuh utama bukan syaitan, tetapi nafsu dalam diri.

* Perlu bimbingan, bukan sekadar ilmu

* Mengikat nafsu drp liar. Hal ini perlu kpd pedoman & bimbingan guru.

* Perjalanan sufi bukan sekadar ilmu tetapi perjalanan yg berhajat agar diri dipimpin.

👉 Kunci perjalanan: Guru (sheikh mursyid)

Sultan Muhammad Al Fateh adalah murid yg siddiq, iaitu murid yg sudah tidak ada keinginan dirinya, tetapi taat dan patuh pada Sheikhnya, murid yg sentiasa mengembirakan gurunya dan mengikuti setiap langkah gurunya. Yg tenggelam kemahuan dirinya dlaym kemahuan gurunya, mati kehendak dirinya dlm kehendak gurunya.

* Guru yg kamil mukammil adalah guru yg mewarisi Nur Muhammad ﷺ.

* Al Fateh yg diberi kejayaan,namun dibelakangnya ada Sheikh yg memimpin.

Inti utama: Selagi “AKU” masih ada, perjalanan tidak akan sampai dan tidak terangkat hijabmu.

* Bukan pangkat, bukan gelaran, bukan banyaknya amal.

* Tetapi hancurnya ego dalam kehambaan.

" Selagi ada AKU dlm rukukmu, sujudmu, dakwahmu, kebaikanmu, kesolehanmu, zikir mu, tilawatil quranmu, sedekah infaq mu ) selagi itu kamu tidak wushul kpd Allah walaupun kamu digelar sbg abid. "

" Begitu juga walau berguru dengan wali qutub sekali pun, 10 jenis tareqah sekalipun, tetapi jika tidak benar faqir dirimu, maka dirimu akan terhijab. "

" Siapa kamu? "

" Apa pangkat kamu? TanSri? puan Sri? "

" Ijazah kamu? PHD? Profesor? "

" Apabila kamu buang dan kosongkan batinmu daripada segala gelaran dan pangkat, benar nak turun dlm cahaya, jalan kehambaan dan kemabukan dgn Allah, barulah kamu akan mendapat natijah dlm perjalanan makrifatmu. "

Pakailah dgn pakaian kehambaan.

* Barulah dpt zauq, asyik, rindu bermanja dgn Allah.

* Belajarlah merendah diri di hadapan guru.

Pesan Guru :

" Bagaimana nak belajar kehalusan di hadapan Rasulullah ﷺ sedangkan kamu sombong dgn gurumu? "

*" Apa makna tangisanmu walau dgn air mata darah di raudah, jika kamu kembali dgn kesombongan dgn gurumu ? "*

👉 Sufi melihat dosa paling halus ialah merasa diri ada nilai, ada maqam dan darjat di sisi Allah.

Kesufian itu ialah nak buang rasa ada darjat di sisi Allah.

* Jangan sampai ada langsung nilai di sisi-Nya.

Oleh itu, apabila hati, qalbu dan jiwa benar-benar dibersihkan,

seseorang tidak lagi melihat kepada amalnya,

tidak lagi bergantung pada dirinya,

tetapi seluruh pandangannya hanya tertuju kepada Allah semata-mata.

" فَأَينَما تُوَلّوا فَثَمَّ وَجهُ اللَّهِ ۚ

( Al Baqarah : 115 )

"Maka ke mana sahaja kamu menghadap (atau berpaling), di situlah wajah Allah."

* Hati yg bersih melihat segala-galanya hanya Allah.

3️⃣ Perjalanan Maqam & Ahwal

* Perjalanan ini perlu dibimbing secara berterusan, tidak boleh sendirian.

* Perlu guru yg membimbing.

* Bukan sekali lompatan tetapi langkah demi langkah hingga bertemu maqomat, rasa demi rasa.

* Ia perlu kpd riadah & mujahadah.

* Allah akan berikan kejayaan pada kadar kesungguhan seorang salik.

* Maka jangan salahkan guru tetapi salahkan nafsumu yg tak sanggup kamu lukai.

* Tidak ada seorang guru tidak mahu muridnya berjaya.

* Guru yg hakiki sentiasa mendoakan muridnya jauh lebih tinggi maqamat dari dirinya.

* Apabila melihat muridnya makin tinggi maqamatnya, maka disuruh mencari guru lain.

* Ini menunjukkan guru itu tidak mahu murid kembali kpd dirinya tetapi kpd Allah dan tidak mahu terhijab dgn gurunya.

* Allah akan anugerahkan pemberian demi pemberian sekiranya murid itu benar bersungguh-sungguh dgn mursyid.

* Maka, jangan tertipu dgn rasa terutama bila merasa telah sampai.

* Gurulah yg menilai sama ada kamu sudah sampai atau tidak, bukan diri kamu sendiri yg menilai.

* Kdgkala kamu rasa nikmat dekat dgn Allah, dan kadangkala Allah tarik rasa kesedapan tersebut supaya Allah ajar kamu ttg IKHLAS.

Justeru, dlm salik kita adakala dapat rasa dan adakala hilang rasa.

Allah nak ajar IKHLAS.

Yang perlu kamu cari BUKAN RASA tetapi ALLAH.

Maka dlm sufi, teruslah berjalan kpd Allah walaupun tiada rasa.

* Berpindah 10 guru sekalipun tetapi tidak belajar muhasabah dirimu, kamu takkan dapat apa-apa maqamat/ahwal drp Allah.

4️⃣ Zikir dan Muraqabah

Zikir bukan sekadar menyebut nama Allah tetapi bagaimana zikir yg kamu ungkapkan itu membawa kehadiran Allah dlm qalbumu.

Hakikat zikir bukan sekadar pada lafaz,

tetapi bagaimana menghadirkan Allah dalam qalbu.

* Zikir lidah — lidah menyebut, hati belum hadir. Itu adalah permulaan.

* Zikir dengan ingatan — hati mula sedar dan mengingati.

Di situlah bermulanya perjalanan.

Sehingga akhirnya, rohani tenggelam dalam zikir…

bukan lagi sekadar menyebut, tetapi hidup bersama ingatan kepada Allah.

Muraqabah pula adalah sentiasa menyedari

bahawa Allah melihat kita,

walaupun kita tidak melihat-Nya.

Dan jika ingin memiliki hati yang hidup,

* maka hiduplah bersama mereka yang hatinya hidup dengan Allah.

Org yg sudah dikurniakan muraqabah dgn Allah,

* dia merasa sgt dekat dgn Allah dan dunia ini dilihat sgt kecil dan tiada nilai.

5️⃣ Hakikat Insan Al Kamil

Matlamat hidup bukan untuk menjadi alim atau terkenal,

tetapi untuk menjadi hamba yang sempurna di sisi Allah —

memiliki akhlak nubuwwah,

dan hilang dalam kehambaan.

Biar sedikit harta dan ilmu,

asalkan membawa ketenangan dan baraqah.

Kerana ketenangan itu bukan dicari…

tetapi campakan dari Allah SWT.

Justeru, hakikat insan kamil ialah:

* hilang dalam kehambaan.

* tidak melihat dirinya hebat, tetapi melihat Allah yang Maha Hebat

Semakin dibukakan pengenalan kepada Allah, semakin dia melihat tiada dirinya.

Semakin diangkat hijab, semakin jelas ketiadaan dirinya.

Dia tidak lagi terkesan dengan pujian atau celaan.

Dipuji atau dikeji, dia tetap berada dalam maqam kehambaan —

kerana hatinya bersama Allah, bukan bersama manusia.

Akhirnya… ukuran bukan pada banyaknya yang difahami daripada pengajian kitab,

tetapi sejauh mana hati itu berubah dan semakin dekat dengan Allah.

Sebesar-besar nikmat dlm hidup ialah dianugerahkan *guru yg membawa pengenalan dan tenggelam dgn Allah,

Bukan pada jawatan atau gelaran, tetapi pada hati yang benar-benar hidup dengan Allah.

-----

📝Catitan Nota

Syarah oleh Dr Ust Muhammad Afif Yahya ( Dr. UMAY )

📅 20 Apr 2026 | 1 Zulkaedah 1447H | Isnin

https://youtube.com/live/UF6mS8LOo3o

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.