Bismillahirrahmanirrahim
Adab Murid: Jalan Menuju Cahaya Makrifat
Sumber: Facebook
1. Qalbu yang kotor dan gelap sukar menerima cahaya Ilahiah.
2. Qalbu yang bersih mudah menangkap rahsia-rahsia Ilahiah.
3. Duduk di sisi guru Mursyid tidak perlukan kepintaran, tetapi menuntut kerendahan hati, tawaduk dan sedia menerima.
4. Adakalanya Mursyid yang benar sudah berada di depan mata, namun hati yang diselubungi kesombongan menjadi hijab untuk mengenalinya.
5. Kunci perjalanan makrifat ialah penyerahan diri, cinta dan adab. Daripadanya lahir pertalian kasih yang bersambung hingga kepada Rasulullah ﷺ.
6. Tanpa penyerahan, cinta dan adab, seseorang tidak akan memperoleh apa-apa daripada Mursyidnya walaupun bertahun-tahun bersama.
7. Hadaplah Mursyid dengan penuh adab dan hormat.
8. Jika benar seseorang duduk bersama Mursyid yang haq, pasti akan berlaku perubahan dalam hidupnya.
9. Tanda benarnya kemursyidan ialah berubahnya diri seorang murid menjadi lebih baik.
10. Apabila Mursyid yang benar memberi talkin, pada hakikatnya beliau sedang memindahkan cahaya ke dalam qalbu murid.
11. Buanglah kesombongan. Apabila hati bersih, benih cahaya yang ditanam guru akan subur dalam batin. Namun jika hati dipenuhi ego, cahaya itu sukar berkembang.
12. Murid yang sebenar sentiasa menjaga hati gurunya. Dia menyerahkan dirinya di hadapan guru dengan penuh adab. Jika guru yang terpaksa menjaga hati murid, itu tanda murid tersebut masih belum benar-benar menjadi murid.
13. Seorang murid perlu meleburkan ego dirinya di hadapan guru.
14. Sebagai murid, berusahalah agar nama kita hidup dalam dada guru. Mendapat kasih, doa dan cinta daripadanya.
15. Betulkan hubunganmu dengan guru, kerana keadaan di sekelilingmu adalah cerminan daripada keadaan dalam dirimu sendiri.
16. Jika dalam dirimu tiada cahaya kebenaran, kamu tidak akan mampu menghilangkan kebatilan yang berada di sekelilingmu.
Olahan pedoman daripada Guru yang dikasihi Walid Ibrahim Al Malik
Catatan Dr. UMAY
12 Mei, Banda Aceh
Nota Seterusnya
Tiada nota seterusnya.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.