Bismillahirrahmanirrahim
Kita Rajin Buat ‘Check-Up’ Badan, Tapi Pernah Tak Kita ‘Servis’ Hati Kita?
Assalamualaikum pageyy semua.Hari ni saya nak kongsikan sedikit nota dan refleksi dari 𝗞𝗶𝘁𝗮𝗯 𝗦𝗶𝗿𝗿 𝗔𝗹 𝗔𝘀𝗿𝗮𝗿 "𝗥𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝗥𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮" oleh 𝗦𝘆𝗲𝗶𝗸𝗵 𝗬𝘂𝘀𝘂𝗳 𝗔𝗹-𝗠𝗮𝗸𝗮𝘀𝘀𝗮𝗿 syarahan oleh Dr. UMAY Muhammad Afif Yahya pagi ni yang sangat menjentik hati.
Kadang-kadang kita rasa kita dah banyak beribadah, tapi kenapa hati masih tak tenang? Jom kita 𝗰𝗵𝗲𝗰𝗸 balik:
1️⃣ 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗦𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗧𝗮𝗸 𝗖𝘂𝗸𝘂𝗽 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 '𝗦𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶' 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵
Rupanya, dalam perjalanan menuju Allah (𝘄𝘂𝘀𝘂𝗹), ada ilmu banyak pun belum tentu cukup kalau tidak disusuli dengan amalan hati. Seseorang itu mungkin nampak hebat beribadah, tapi kalau tak ada sifat rendah diri, dia tetap terhijab. Kotoran dalam hati ini kena sental sungguh-sungguh, ibarat "direndam dengan clorox dan diberus kuat-kuat"!.
2️⃣ 𝗭𝗶𝗸𝗶𝗿 𝗜𝘁𝘂 𝗠𝗮𝗸𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗛𝗮𝘁𝗶 🪁
Kalau badan perlukan nasi, hati (qalbu) pula perlukan zikir. Bila qalbu tak disuap dengan zikir, ia akan mati. Pernah tak main layang-layang yang terputus talinya? Ia akan terbang hilang arah tanpa tujuan, kan? Macam itulah juga keadaan hati kita kalau terputus hubungan dengan Allah.
3️⃣ 𝗝𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗚𝗼𝗽𝗼𝗵, 𝗕𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗹𝗮𝗵
Dalam kita mencari Allah dan berzikir, jangan ada sifat gopoh (tergesa-gesa). Kegopohan tu datangnya dari bisikan syaitan. Kunci utamanya adalah TENANG, kerana tenang itu adalah frekuensi yang paling tinggi (Mod Alpha). Walaupun kadang-kadang kita terleka waktu berzikir, ingatlah: 𝘓𝘢𝘭𝘢𝘪 𝘥𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘻𝘪𝘬𝘪𝘳 𝘪𝘵𝘶 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘭𝘢𝘭𝘢𝘪 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘪𝘯𝘨𝘢𝘵𝘪 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩.
4️⃣ 𝗕𝗮𝘄𝗮 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁 𝗞𝗲 𝗟𝘂𝗮𝗿 𝗦𝗼𝗹𝗮𝘁 🤲
Hakikat zikir bukan sekadar di atas tikar sejadah atau dalam solat sahaja, tapi ia mesti dibawa dalam setiap helaan nafas. Hati kena sentiasa hidup walaupun ketika kita sedang bekerja, memasak, mengemas rumah, bersosial, atau bersendirian. Biarlah tubuh kita sibuk berurusan dengan dunia, tapi hati jangan pernah diam dari menyebut nama-Nya.
5️⃣ 𝗞𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂 𝗕𝘂𝗮𝘁 '𝗙𝘂𝗹𝗹 𝗖𝗵𝗲𝗰𝗸-𝗨𝗽' 𝗤𝗮𝗹𝗯𝘂 🩺
Kita selalu digalakkan buat 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗰𝗵𝗲𝗰𝗸𝘂𝗽 2 kali setahun. Kereta pun kita hantar servis berkala. Habis tu, macam mana pula dengan qalbu kita? Hati pun perlukan servis untuk buang segala karat-karat penyakit mazmumah macam ujub, riak, takabbur, hasad, dan dengki. Apatah lagi qalbu inilah tempat jatuhnya pandangan Allah.
Kekuatan kita yang sebenar di akhir zaman ini bukanlah pada hal-hal luaran, tetapi pada kekuatan roh yang dibekalkan dengan ilmu Tauhid dan Tasawuf.
𝗦𝗜𝗥𝗥 𝗔𝗟 𝗔𝗦𝗥𝗔𝗥 | 𝗣𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔𝗔𝗡 𝗭𝗜𝗞𝗜𝗥 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗥𝗝𝗔𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡 & 𝗞𝗔𝗜𝗙𝗜𝗔𝗧𝗡𝗬𝗔 |
𝗗𝗥. 𝗨𝗠𝗔𝗬 |𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 | 08.05.2026 | 8.30𝗔𝗠
********************************
Semoga perkongsian nota ini dapat jadi asbab kebaikan dan peringatan buat diri saya yang menulis dan sahabat-sahabat yang membaca. Jom kita sama-sama suburkan hati! ✨
𝗦𝗶𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗛𝗔𝗥𝗘 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗻𝗳𝗮𝗮𝘁!👇
#SirrulAsrar #PenyucianJiwa #TazkiyatunNafs #MuhasabahDiri #MakananQalbu #JalanMenujuAllah
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.