Bismillahirrahmanirrahim
Pengajian Tasawuf Bersama Dr Umay
TASAWUF MENYEMPURNAKAN TAUHID
ms29
[ Siapa Yg Berpada Dengan Sifat Zuhud Tanpa Mempelajari Ilmu Kalam, Ilmu Fiqh ( Ilmu Syariat ) ]
Zuhud tanpa ilmu, dia telah berbuat bidaah. Mudah tersasar apabila,
• tanpa berdiri di atas ilmu,
• tanpa perjalanan dan bimbingan guru,
• mudah jatuh ke dlm bidaah tanpa disedari.
🗝️Kuncinya :
Nak berjalan kpd Allah perlu ada ilmu.
Bila ada ilmu, perlu ada guru yg membimbing baik ilmu tauhid atau fiqh.
• yg nak berjalan ke dunia kesufian, yg membincangkan topik² qalbu, maka lebih lagi perlukan guru agar tak tergelincir drp jalan yg sebenarnya.
Ini adalah zuhud tanpa ada sifat warak, sibuk dgn fiqh, sibuk bicara soal hukum hakam semata, namun dia abaikan penyucian batinnya, nafsunya, dlm masa yg sama kerendahannya tidak ada.
Ada ilmu tapi tiada zuhud, termasuk golongan fasiq.
Ilmu tanpa zuhud yg sebenar ;
• membawa kpd kesombongan.
• tidak membawa kpd kerendahan.
Oleh kerana itu, perjalanan tasawuf ialah bgaimana perjalanan nak bersihkan hati, walau apa pun lapangan kita, apa yg kita pelajari, belajarlah sifat lehambaan.
Org yg ada maqam di sisi Allah ialah org yg ada ADAB dan AKHLAK dgn ALLAH.
Yang menghubungkan seorang hamba dgn Allah ialah adab dan akhlak yg ada dalam diri dan batinnya.
Kedudukan sesorang disisi Allah, bukan dilihat pada ilmunya, amalnya, darjatnya, dan jawatannya tetapi sejauh mana kehalusan adabnya di sisi Allah.
Semakin halus adab dan akhlaknya, semakin bersih akhlaknya, Allah Ta'ala akan singkapkan pintu rahsia ketuhanan.
Tanpa adab, kita takkan dapat masuk ke pintu makrifat dan pembukaan pengenalan kepada Allah.
Org yg tiada adab bukan sahaja rosak hubungannya dgn masyarakat, malah rosak hubungannya dgn Allah.
• Putus ukhwah Islamiyyah.
• Duduk dlm masyarakat, dia bukan membawa agen perubahan, dan kebaikan bahkan kpd kerosakan, walaupun dia ahli ibadah.
Sedangkan, terbinanya kesempurnaan agama menitikberatkan hubungan dgn Allah ( حَبْلٌ مِنَ اللَّهِ ) dan hubungan sesama manusia ( حَبْلٌ مِنَ النَّاسِ ).
Org yg memiliki kehalusan adab, dia akan menjaga hubungannya dgn Allah, malah dgn manusia.
Nak dapat adab bukan hanya dgn khatam ribuan kitab pengajian, tetapi mesti berjalan kpd Allah dan ada guru yg membimbing menaiki tangga demi tangga.
• Di situlah tarbiyah berlaku sehinggalah wushul kpd Allah SWT.
💧TASAWUF = = > ADAB
Tasawuf bukan dilihat seberapa banyak yg kamu faham tetapi berapa banyak perubahan yg berlaku dlm qalbu mu.
Biar satu guru, namun berlaku perubahan pada qalbu, itu lebih baik drpd belajar banyak guru.
Seorang guru yg mursyid akan melihat dan menilai pd muridnya bukan pd luaran atau zahirnya, tetapi menilai pada perubahan akhlaknya.
• Akhlak dgn guru, ibu bapanya, isterinya, suaminya, dll.
Jika sehari semalam duduk dlm majlis ilmu, bukan itu yg Allah pandang tetapi sejauh mana qalbu mu diukur - apakah ia membawa kpd sifat kehambaan.
Manakala, barangsiapa berada pd fiqh tapi tiada zuhud, itu adalah fasiq.
Apabila seseorang membesarkan dan mengagungkan akal semata tanpa bersumberkan wahyu, maka dia bukan manusia bermanfaat dan hebat di sisi Allah.
Ramai yg bertuhankan akal.
Manakala sesiapa yg menguasai ilmu ini tanpa pedulikan qalbunya, dia mencapai sifat muflis.
• Qalbu akan keras
• Hilang ikhlas.
• Sombong
Ilmu Tauhid dan Feqah, bersifat membimbing.
Ilmu Tasawuf bersifat mensucikan.
Maka, gabungkan semuanya, yakni tidak meninggalkan hakikat dan syariat.
Ijazah zikir,
اِلٰهِي أَنْتَ مَقْصُودِي وَرِضَاكَ مَطْلُوبِي
“Wahai Tuhanku, Engkaulah tujuanku, dan keredhaan-Mu yang aku cari.”
Nak dapatkan cinta dan perhatian Allah, jangan tersalah alamat.
➡️ Amal kebaikan, ilmu dan segala ketaatan yg dilakukan, jangan ada selain ALLAH.
Ilmu yg menyelamatkan kita ialah ilmu makrifat iaitu ilmu penyucian hati.
Begitulah saat ketika sakaratul maut, ilmu manakah yg bermanfaat dan ilmu apa yg kita nak bawa ke hadapan Allah?
➡️Jawapannya : ilmu yg membawa kpd qalbun Saliim, bersih batin.
Apabila bersih batin mu, maka akan tersingkaplah rahsia² Allah.
📍Penting !
Berjalanlah dgn,
• Jalan syariat
• Jalan hakikat.
Maka lahirlah jiwa yg ikhlas, yg ditumpukan dan ditujukan hanya Allah.
Maqam yg dicari dlm tasawuf bukan sekadar alim tetapi mukhlis.
Ilmu dan amal sedikit, namun jiwa benar² murni dan capai jiwa mukhlisin.
✨Mutiara Kata
Imam malik,
" Sesiapa yg berfiqh tanpa bertasawuf, maka dia adalah org yg fasiq.
Siapa yg bertasawuf tetapi tidak fiqh, dia adalah seorang zindiq. "
Imam Junaid Al Baghdadi,
" Jalan ini ( sufi ) ialah jalan yg terikat dgn jalan Al Quran dan Al Hadith. "
Imam Sahl At Tustari,
" Amal yg dilakukan tanpa ikhlas, adalah sia-sia.
Dan ikhlas tanpa ilmu, adalah buta. "
Ilmu Tauhid iaitu ilmu kalam membincangkan ttg sifat² ALLAH.
• SIFAT 20
• Membicakan ttg ilmu ketuhanan.
• utk membina keyakinan pada akal.
Ilmu tasawuf, ialah ilmu utk MERASAI dan MEMANDANG ALLAH dgn mata hati.
• Bersihkan qalbu.
• Dirasai oleh qalbu akan segala kebesaran Allah.
• Utk membina hubungan dgn Allah.
• Jika benar ilmu itu hidup dlm diri, pasti berlaku perubahan pada akhlak mu.
" Jika benar merasai kasih sayang Allah dalam setiap taqdirNya, usah mengeluh dalam kehidupan mu. "
Muafakatkah apa yg kamu katakan dgn apa yg ada di dalam qalbu mu?
Benarkah kamu merasai kasih sayang- Nya di qalbu sebagaimana ungkapan dibibirmu?
Belajarlah apa pun, sebanyak mana pun, namun biarlah iman sentiasa berdenyut dalam qalbu mu. Kalimah الله الله الله sentiasa beriringan dengan setiap helaan nafas mu.
Rabi'atul Adawiyah,
" Aku melihat Allah dgn mata hati ( basirah ) ku. "
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.