Berjalanlah menuju Allah dengan penuh adab, ikhlas dan tekad. Nescaya Allah mendekat kepadamu.
Jika engkau mendekat kepada Allah sejengkal, Dia mendekat kepadamu sehasta. Jika engkau berjalan menuju-Nya, Dia datang kepadamu dengan lebih pantas.
Biarlah rebah dalam perjuangan, asalkan tetap istiqamah di jalan tazkiyah hingga ke akhir hayat.
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Ubat segala permasalahan hidup ialah mengembalikan hati kepada Allah.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.
Jangan mudah kecewa apabila doa belum dimakbulkan. Jangan pula berhenti berdoa apabila hajat telah diperkenankan.
Doa bukan sekadar untuk meminta, tetapi tanda bahawa kita sentiasa berhajat kepada Allah. Selagi kita hidup, selagi itulah kita memerlukan-Nya.
Bersangka baik kepada Allah juga adalah sebahagian daripada doa yang sering tidak kita sedari.
Lebih baik doa kita ditangguhkan, daripada hati kita terhalang untuk terus berdoa kepada-Nya. Kerana hati yang berhenti berdoa itulah musibah yang sebenar.
Ayahanda kami selalu berpesan:
"Berdoalah dan terus berdoa walaupun pada pandangan manusia ia mustahil. Allah tetap menerima doa hamba-Nya."
Dan,
"Mintalah apa sahaja dengan penuh adab sebagai seorang hamba. Allah berhak memberi apa sahaja yang Dia kehendaki di atas sifat Ketuhanan-Nya."
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Jangan Berputus Asa untuk Berdoa
Alhamdulillah, buku terbaharu Dr. UMAY هٰذَا الْحَبِيبُ Kekasihku Rasulullah ﷺ: Pintu Ketuhanan & Kehambaan kini boleh didapati di Reruai Dr. UMAY sempena Majlis Malam Berselawat, Menjunjung Daulat (MBMD) di Masjid Saujana Putra, Jenjarom, Selangor.
📖 Tebal: 180 muka surat
💰 Harga: RM25 senaskhah
Mohon Share
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • buku terbaharu Dr. UMAY
Sekiranya seseorang ingin menjadi nelayan, maka dia perlu berguru dengan nelayan yang berpengalaman. Jika ingin menjadi petani yang berjaya, maka belajarlah daripada petani yang telah lama menempuh asam garam bidang tersebut.
Begitulah juga dalam perjalanan kerohanian. Seseorang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah tidak cukup sekadar membaca dan mengetahui teori, bahkan memerlukan bimbingan daripada seorang guru yang benar, yang telah menempuh jalan itu dengan ilmu, amal dan pengalaman rohani yang sahih.
Ilmu tempatnya di akal, namun rasa dan penyaksian tempatnya di qalbu dan rohani. Banyak perkara boleh difahami dengan akal, tetapi hakikat kehambaan, kemanisan iman, keikhlasan dan makrifat hanya dapat dirasai oleh hati yang hidup.
Oleh sebab itu, para masyaikh yang mursyid tidak sekadar mengajarkan lafaz zikir. Apabila mereka mengijazahkan dan mentalkinkan zikir kepada murid, hakikatnya ia adalah proses tarbiah rohani yang disertai dengan limpahan Nur (cahaya) keberkatan, himmah dan yang diwarisi melalui sanad yang bersambung sehingga kepada Rasulullah SAW.
Zikir yang diamalkan dengan bimbingan yang benar akan membantu menyuburkan tauhid, membersihkan hati daripada sifat-sifat tercela, melembutkan jiwa, serta menguatkan hubungan seorang hamba dengan Allah SWT.
Justeru, perjalanan menuju Allah bukan sekadar perjalanan ilmu, tetapi juga perjalanan hati. Sebab itu para ulama sentiasa menekankan kepentingan berguru agar perjalanan rohani berlangsung dengan selamat, terpimpin dan sampai kepada matlamatnya, iaitu mengenal Allah serta menjadi hamba-Nya yang sejati.
Olahan perkongsian daripada Guru yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik.
Catatan Dr. UMAY 23 Jun | Kemboja
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • mendekatkan diri kepada Allah
Alam ini bukanlah hijab yang menghalangmu daripada Allah. Bahkan seluruh alam adalah ayat-ayat yang menunjukkan kepada kewujudan dan kebesaran-Nya.
Yang menghijabkan manusia daripada Allah bukanlah alam, tetapi ketakburan, kesombongan dan kegelapan yang bersarang di dalam batin.
Hakikatnya, alam ini tiada memiliki wujud yang berdiri sendiri. Allah menciptakannya sebagai tanda dan bukti yang memperlihatkan kewujudan, kekuasaan dan sifat-sifat-Nya.
Sebab itu, orang-orang sufi tidak pernah terputus pandangan hati daripada Allah. Pada setiap detik dan setiap apa yang mereka saksikan, mereka melihat tanda-tanda kebesaran Allah yang sentiasa hadir di hadapan mereka.
Olahan perkongsian daripada Guru yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik
Catatan Dr UMAY 24 Jun | Kemboja
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Alam ini bukanlah hijab yang menghalangmu daripada Allah.
Antara hikmah di sebalik ujian ialah:
1. Allah ingin mengangkat ketauhidan seorang hamba di sisi-Nya serta membawa dirinya semakin hampir dalam perjalanan rohani menuju Allah.
2. Melalui kesabaran, Allah membina jiwa yang lebih kuat, tabah dan matang dalam menghadapi kehidupan.
3. Di sebalik setiap ujian, Allah mengurniakan kekuatan serta kecerdasan akal untuk memahami hikmah di sebalik setiap yang dilalui.
Semakin besar ujian yang ditempuh dengan penuh kesabaran, semakin tinggi darjat yang Allah angkat dan semakin mulia kedudukannya di syurga nanti.
Justeru, nikmatilah setiap ujian. Berjalanlah dengan penuh husnuzan kepada Allah, kerana setiap ujian membawa keindahan bagi mereka yang melihatnya dengan mata hati.
Olahan perkongsian daripada Guru yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik.
Catatan Dr UMAY
24 Jun 2026 | Kemboja
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Antara hikmah di sebalik ujian
Berselawatlah dengan penuh mahabbah kepada Rasulullah ﷺ.
Selawat ialah jalan yang menghubungkan hati dengan Rasulullah ﷺ.
Apabila seseorang memperbanyakkan selawat dengan penuh cinta, Allah akan mengubah dirinya sedikit demi sedikit:
• Tauhidnya semakin teguh.
• Qalbunya semakin hidup.
• Ibadahnya semakin ikhlas.
• Sifat-sifat nafsunya semakin terdidik.
• Jiwanya semakin cakna terhadap umat dan negara.
Semakin dekat hati dengan Rasulullah ﷺ, semakin indah perubahan yang Allah zahirkan dalam kehidupan.
Olahan perkongsian daripada Guru Yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik
Catatan Dr UMAY 25 Jun | Kemboja
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • berselawatlah dengan penuh mahabbah kepada rasulullah
Tasawuf ialah tazkiyah; perjalanan menyucikan hati dan memperelokkan akhlak.
Fitnah yang paling besar ialah apabila hati terputus daripada Allah. Qalbu diciptakan untuk mencintai-Nya, dan Allah melihat kepada qalbu.
Apabila batin dibersihkan, Allah akan menghiasi zahir dengan sunnah Rasulullah SAW. Bila hati diperbetulkan, Allah akan memperelokkan kehidupan kita.
Matlamat tasawuf ialah mencapai qalbun salim.
Kita berjalan menuju Allah bukan dengan kekuatan amal semata-mata, tetapi dengan Allah dan kerana Allah. Kepada Allah kita sampai, hanya dengan taufik dan rahmat-Nya.
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Halaqah Shah Alam
Petikan dari Kitab Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (16 Rejab 1446 H).
.........................
Peringatan dalam bertaubat agar tidak kau jadikan maksiat sebagai tungganganmu kerana pastinya ia adalah tunggangan yang tempang dalam merealisasikan taubatmu kepada Allah. Sebaliknya berlumbalah menuju Allah dengan jalan yang benar di atas titian panduan yang lurus.
Jangan sekali-kali kau jadikan hawa nafsumu atau kebijakan yang menipu itu sebagai tunggangan untuk menuju Allah kerana sesungguhnya ia akan menjadi hijab daripada perjalananmu kepada Allah.
Hawa nafsu itu sebenarnya adalah punca dari semua jalan yang salah sementara jalan yang paling dekat untuk menuju Allah itu adalah melalui kejujuran di dalam menginginkanNya. Inilah jalan yang lurus yang menyalahi keinginan nafsu.
Moga Allah swt luruskan jiwa kita dalam manifestasi taubat dan penghambaan kepada Allah. Amin.
.......................
■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01)
Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Peringatan dalam bertaubat agar tidak kau jadikan maksiat sebagai tungganganmu
Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (17 Rejab 1446 H).
..............................
"Perintah untuk bertaubat itu hakikatnya demi menyucikan dirimu dari kotoran maksiat dan sifat-sifat kerendahan sehinggalah dipakaikan untukmu dengan sifat-sifat yang suci. Maka hilangkanlah dari dirimu sifat-sifat yang rendah lagi tercela dan berakhlaklah dengan sifat-sifatNya swt yang terpuji lagi mulia." (Hikmah 3, Qanun Taubat".
Taubat itu hakikatnya untuk membersihkanmu dari kotoran maksiat dan memperindah dirimu dengan akhlak yang benar yang diinginkan Allah bagimu iaitu ketaatan.
Maka bebaskanlah dirimu dari kotoran maksiat dan singkaplah hijab keakuan atau egoisme yang tercela.
Berakhlaklah dengan akhlak insaniyyah (kemanusiaan) yang selayaknya yang telah Allah anugerahi kepadamu.
Manifestasikanlah sebenar-benar pengabdianmu kepada Allah sesuai dengan kedudukan muliamu sebagai seorang insan dan hamba.
Moga Allah swt beri hidayah dan taufiq untuk ktia mengabdi diri ini hanya kepadaNya. Amin.
...........................
■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).
Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Perintah untuk bertaubat itu hakikatnya demi menyucikan dirimu
**Excerpt from the Book *Hikamul Isyraq* with Commentary by Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (18th Rajab 1446 H).**
---
**A Reminder in Repentance:**
Do not make sins your vehicle, for indeed they are a lame ride in realizing your repentance to Allah. Instead, race towards Allah on the correct path guided by a straight and upright course.
Never allow your desires or deceptive reasoning to become your vehicle in seeking Allah, for they will become a barrier obstructing your path to Him.
Desires are the root of all erroneous paths, while the closest way to Allah is through sincerity in seeking Him. This is the straight path, contrary to the inclinations of the self.
May Allah (SWT) straighten our souls in manifesting repentance and servitude to Him. Ameen.
---
**Academic Unit Banaat Yusufi 2025 (AR03)**
Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Excerpt from the Book *Hikamul Isyraq*
Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (18 Rejab 1446 H).
"Awasilah dirimu daripada meninggalkan taubat kerana taubat merupakan tanda kejayaan dan keberuntungan." (Hikmah 4, Qanun Taubat).
Janganlah sekali-kali kau berniat untuk tidak bertaubat atau meninggalkan amalan taubat itu sendiri kerana sesungguhnya taubat itu merupakan petunjuk keselamatan dan diterimanya engkau di sisi Allah.
Taubat itu menjadi tanda hatimu yang selama ini tenggelam dalam kelalaian sudah mula dijentik kesedaran untuk kembali kepadaNya swt.
Sungguh, ia merupakan jalan yang utama dan paling kukuh untuk kau mendapatkan keberuntungan di dunia yang penuh kegelapan ini.
...........................
■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).
Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq
Perjalanan kami baru- baru ini dari Kota London ke University of Oxford menaiki kereta api sekitar satu jam.
Sebuah universiti antara yang tertua dan terkemuka di dunia, berdiri megah sejak berabad lamanya sebagai lambang keagungan ilmu.
Imam al-Shafi‘i رحمه الله pernah berkata :
لَيْسَ الْعِلْمُ بِكَثْرَةِ الرِّوَايَةِ وَلَكِنَّ الْعِلْمَ نُورٌ يَقْذِفُهُ اللَّهُ فِي الْقَلْبِ
Ilmu bukan pada banyaknya riwayat, tetapi cahaya yang Allah campakkan ke dalam hati.
Di hadapan bangunan ilmu ini, aku bermuhasabah. Betapa mudah manusia membesarkan akal, namun lupa menyucikan qalbu. Sedangkan akal tanpa bimbingan wahyu boleh tersesat, dan qalbu yang kosong dengan zikrullah akan menjadi mati.
Imam al-Ghazali pernah berpesan, ilmu yang sebenar ialah ilmu yang menghidupkan hati dan mententeramkan jiwa (muthmainah). Guru yang hakiki bukan sekadar menyampaikan ilmu zahir, tetapi membina tauhid, memperindah adab dan memimpin insan kepada makrifat, sehingga terang akal dan hidup rohani. Semakin bertambah ilmu, semakin dekat seorang hamba kepada Penciptanya, Allah SWT.
Pendidikan berteraskan Islam dibina atas tiga unsur utama iaitu akal (mental), (jiwa) qalbu dan rohani.
Kejayaan pula bukan hanya diukur pada kehebatan kerjaya, pendidikan atau harta. Kejayaan sebenar adalah pada akhlak, tanggungjawab dan manfaat yang diberikan kepada orang lain.
Bagi seorang Muslim, kejayaan dunia penting tetapi bukan matlamat utama. Kejayaan akhirat adalah tujuan tertinggi, iaitu mencapai keredaan Allah dan memperoleh syurga. Maka, tujuan hidup kita perlu jelas.
Berusahalah bersungguh- sungguh dalam menuntut ilmu di dunia ini, dalam apa jua bidang. Mulakan dengan niat yang ikhlas lillahi taala, kerana ilmu yang benar akan membimbing kehidupan. Gunakan ilmu itu untuk berkhidmat dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Islam menyelamatkan akal dengan memuliakan, melindungi, dan memaksimalkan fungsinya melalui wahyu (Al-Quran & Hadis). Islam mengharamkan perkara merosakkan akal serta mendorong pemikiran kritis dan tadabbur untuk memahami ayat Allah. Akal yang sihat diperlukan untuk memahami ilmu, iman, dan membezakan antara hak dan batil.
Moga setiap langkah dalam menuntut ilmu bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi menjadi jalan keselamatan rohani, mententeramkan qalbu, dan memudahkan perjalanan kita kepada Allah SWT.
Dr UMAY University of Oxford London
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Akal dan Qalbu: Muhasabah di Oxford
Syukur kepada Allah SWT, direzekikan untuk bertemu serta mengambil barakah daripada seorang alim, muhaddith, Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i dari Tunisia.
Beliau merupakan antara murid yang bermulazamah hampir sepuluh tahun bersama gurunya yang masyhur, Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Hasani. Bahkan, beliau merupakan murid yang sangat dekat dan dikasihi oleh gurunya. Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Hasani sendiri sering memuji kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu serta ketekunannya dalam khidmat terhadap majlis ilmu terutamanya dalam bidang Hadis.
Syeikh ‘Isam merupakan muqri’ dalam majlis Sama’ Hadis. Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi bukanlah seorang yang mudah memilih muqri’, khususnya dalam majlis Sama’ Hadis seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan Sunan al-Tirmizi. Tugas sebagai muqri' diberikan kepada Syeikh ‘Isam.
Majlis Sama’ Hadis ini berlangsung dalam tempoh beberapa hari, dari pagi hingga ke malam tanpa henti, hanya berhenti seketika untuk solat dan keperluan. Syeikh ‘Isam sebagai muqri’ akan membaca ribuan hadis dari pagi hingga ke malam di hadapan gurunya serta para hadirin.
Walaupun jadual yang begitu padat, wajah beliau tetap tenang, bahkan tidak terlihat sedikit pun keletihan. Besar khidmat beliau kepada guru, serta amat dalam kasih beliau kepada Rasulullah SAW ﷺ.
Sedikit perkongsian biodata beliau, mudah-mudahan menambahkan rasa kasih dan hormat kita kepada para ulama, pewaris Nabi SAW ﷺ.
Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i (atau Issam Sboui) berasal dari Tunisia dan dikenali sebagai seorang ulama muda, pakar hadis kontemporari. Beliau pakar dalam bidang Ilmu Hadis dan periwayatan, serta aktif dalam majlis-majlis Sama’ Hadis di peringkat antarabangsa.
Beliau juga dikenali sebagai pemegang sanad-sanad penting yang bersambung kepada Rasulullah SAW ﷺ melalui rantaian periwayatan yang hidup (living chain). Tokoh yang memelihara kesinambungan ilmu hadis secara talaqqi dan musyafahah.
Di Malaysia, beliau pernah dijemput sebagai salah seorang ulama utama dalam Majlis Sama’ Hadis Sahih al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya, di mana pembacaan ribuan hadis disempurnakan dalam tempoh beberapa hari.
Selain itu, beliau juga terkenal dalam pengajian kitab-kitab muktabar seperti Al-Muwatta’ Imam Malik, serta sering dijemput ke pelbagai negara termasuk United Kingdom dan Asia Tenggara untuk menyebarkan ilmu hadis.
Kehadiran tokoh seperti Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i pada masa kini adalah satu nikmat besar. Mereka adalah penyambung sanad, penjaga warisan Nabi SAW ﷺ, dan cahaya yang menghidupkan kembali tradisi ilmu yang bersambung hingga kepada Baginda Rasulullah SAW ﷺ.
Semoga Allah SWT memelihara para ulama, memberkati umur dan ilmu mereka, serta mengurniakan kepada kita rasa cinta, adab, dan kesungguhan dalam menelusuri jalan ilmu dan makrifat.
Dr UMAY 10 April London UK
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • facebook
Bila meneliti keadaan umat hari ini, saya benar-benar merasai betapa pentingnya posisi Guru dalam membina dan menghidupkan semula jiwa umat.
Saya bersama Baba Idris Muharram (Fb: Muhammad Idris Bin Muharam ) berkesempatan bertemu Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Idrisi Al-Hasani di Manchester sebagai wakil Rabithah Masyaikh Sufiah Se-Nusantara.
Umat Islam perlu kembali bertaut dengan para guru, pewaris cahaya Muhammadiah yang membimbing manusia kepada Allah SWT dengan ilmu, adab, mahabbah dan hikmah.
Guru merupakan subjek terpenting dalam sistem pendidikan. Seluruh tujuan pendidikan itu terhimpun pada diri seorang guru.
Ilmu bukan sekadar pada kitab, kerana kitab hanyalah himpunan maklumat. Hakikat ilmu adalah cahaya yang hidup dalam diri manusia dan cahaya itu terpancar melalui seorang guru.
Para mursyid adalah guru yang berkepakaran dalam bidang kerohanian. Mereka memahami hakikat perjalanan insan di dunia ini. Sepertimana disebut oleh Guru yang dikasihi Ayahanda Walid, manusia telah disistemkan menurut orbitnya yang tersendiri. Apabila tersasar daripada orbit ini, maka rosaklah kehidupan. Manusia akan dikuasai nafsu, tenggelam dalam ketamakan, kesombongan dan kezaliman.
Manusia perlukan rawatan. Para mursyid adalah doktor ruhani yang merawat penyakit jiwa. Dengan tazkiyah al-nafs, mereka membimbing manusia keluar daripada belenggu nafsu.
Dari ammarah, lawwamah dan mulhamah, menuju ketenangan mutmainnah. Inilah proses mengembalikan manusia kepada fitrah asal kehambaan.
Rantaian sanad para mursyid yang bersambung hingga kepada Baginda Rasulullah ﷺ adalah orbit yang memandu perjalanan ini. Ia menjaga manusia agar sentiasa berada dalam rahmat Allah. Jika kita bergembira menjadi umat Nabi ﷺ, para mursyid pula memikul kerisauan Baginda terhadap keselamatan umat, mereka mewarisi amanah untuk memimpin, membimbing dan menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah.
Merekalah pelita ilmu yang menyuluh kegelapan umat dengan cahaya Rasulullah ﷺ.
Antara pendekatan yang boleh diambil dalam menilai diri kita di akhir zaman ini ialah dengan memahami elemen tiga Kota Suci. Carilah guru untuk membimbing serta memantapkan keimanan dan kefahaman kita dalam mengurus kehidupan dunia.
1. Mekah – membina asas tauhid, membebaskan manusia dari syirik dan kesesatan.
2. Madinah – menyuburkan iman dengan cinta dan akhlak di bawah bimbingan Nabi ﷺ.
3. Baitulmaqdis – melambangkan pemurnian akal, pembebasan dan keadilan hasil daripada tauhid dan akhlak yang sempurna.
Di sinilah peranan guru. Mewarisi misi kenabian, membina tauhid, menyucikan jiwa dan mengangkat kembali martabat insan.
Semoga Allah membimbing kita kembali kepada jalan tauhid yang sebenar, mengurniakan kita bimbingan para guru pewaris cahaya Muhammadiah, serta menetapkan hati kita dalam iman dan makrifat hingga akhir hayat.
Moga Bermanfaat.
Dr UMAY 8 April Ashton Central Mosque Manchaster
https://www.facebook.com/share/p/1Axg5LLFgU/
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • -
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 22
Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 21
Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -