Kata-Kata Hikmah Pendek Guru Murabbi

Petikan hikmah untuk diamalkan, diulang, dan dijadikan zikir ilmu.

Kata-kata Hikmah

Petikan dari Kitab Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (16 Rejab 1446 H). ......................... Peringatan dalam bertaubat agar tidak kau jadikan maksiat sebagai tungganganmu kerana pastinya ia adalah tunggangan yang tempang dalam merealisasikan taubatmu kepada Allah. Sebaliknya berlumbalah menuju Allah dengan jalan yang benar di atas titian panduan yang lurus. Jangan sekali-kali kau jadikan hawa nafsumu atau kebijakan yang menipu itu sebagai tunggangan untuk menuju Allah kerana sesungguhnya ia akan menjadi hijab daripada perjalananmu kepada Allah. Hawa nafsu itu sebenarnya adalah punca dari semua jalan yang salah sementara jalan yang paling dekat untuk menuju Allah itu adalah melalui kejujuran di dalam menginginkanNya. Inilah jalan yang lurus yang menyalahi keinginan nafsu. Moga Allah swt luruskan jiwa kita dalam manifestasi taubat dan penghambaan kepada Allah. Amin. ....................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01)

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Peringatan dalam bertaubat agar tidak kau jadikan maksiat sebagai tungganganmu

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (17 Rejab 1446 H). .............................. "Perintah untuk bertaubat itu hakikatnya demi menyucikan dirimu dari kotoran maksiat dan sifat-sifat kerendahan sehinggalah dipakaikan untukmu dengan sifat-sifat yang suci. Maka hilangkanlah dari dirimu sifat-sifat yang rendah lagi tercela dan berakhlaklah dengan sifat-sifatNya swt yang terpuji lagi mulia." (Hikmah 3, Qanun Taubat". Taubat itu hakikatnya untuk membersihkanmu dari kotoran maksiat dan memperindah dirimu dengan akhlak yang benar yang diinginkan Allah bagimu iaitu ketaatan. Maka bebaskanlah dirimu dari kotoran maksiat dan singkaplah hijab keakuan atau egoisme yang tercela. Berakhlaklah dengan akhlak insaniyyah (kemanusiaan) yang selayaknya yang telah Allah anugerahi kepadamu. Manifestasikanlah sebenar-benar pengabdianmu kepada Allah sesuai dengan kedudukan muliamu sebagai seorang insan dan hamba. Moga Allah swt beri hidayah dan taufiq untuk ktia mengabdi diri ini hanya kepadaNya. Amin. ........................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Perintah untuk bertaubat itu hakikatnya demi menyucikan dirimu

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

**Excerpt from the Book *Hikamul Isyraq* with Commentary by Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (18th Rajab 1446 H).** --- **A Reminder in Repentance:** Do not make sins your vehicle, for indeed they are a lame ride in realizing your repentance to Allah. Instead, race towards Allah on the correct path guided by a straight and upright course. Never allow your desires or deceptive reasoning to become your vehicle in seeking Allah, for they will become a barrier obstructing your path to Him. Desires are the root of all erroneous paths, while the closest way to Allah is through sincerity in seeking Him. This is the straight path, contrary to the inclinations of the self. May Allah (SWT) straighten our souls in manifesting repentance and servitude to Him. Ameen. --- **Academic Unit Banaat Yusufi 2025 (AR03)**

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Excerpt from the Book *Hikamul Isyraq*

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (18 Rejab 1446 H). "Awasilah dirimu daripada meninggalkan taubat kerana taubat merupakan tanda kejayaan dan keberuntungan." (Hikmah 4, Qanun Taubat). Janganlah sekali-kali kau berniat untuk tidak bertaubat atau meninggalkan amalan taubat itu sendiri kerana sesungguhnya taubat itu merupakan petunjuk keselamatan dan diterimanya engkau di sisi Allah. Taubat itu menjadi tanda hatimu yang selama ini tenggelam dalam kelalaian sudah mula dijentik kesedaran untuk kembali kepadaNya swt. Sungguh, ia merupakan jalan yang utama dan paling kukuh untuk kau mendapatkan keberuntungan di dunia yang penuh kegelapan ini. ........................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Perjalanan kami baru- baru ini dari Kota London ke University of Oxford menaiki kereta api sekitar satu jam. Sebuah universiti antara yang tertua dan terkemuka di dunia, berdiri megah sejak berabad lamanya sebagai lambang keagungan ilmu. Imam al-Shafi‘i رحمه الله pernah berkata : لَيْسَ الْعِلْمُ بِكَثْرَةِ الرِّوَايَةِ وَلَكِنَّ الْعِلْمَ نُورٌ يَقْذِفُهُ اللَّهُ فِي الْقَلْبِ Ilmu bukan pada banyaknya riwayat, tetapi cahaya yang Allah campakkan ke dalam hati. Di hadapan bangunan ilmu ini, aku bermuhasabah. Betapa mudah manusia membesarkan akal, namun lupa menyucikan qalbu. Sedangkan akal tanpa bimbingan wahyu boleh tersesat, dan qalbu yang kosong dengan zikrullah akan menjadi mati. Imam al-Ghazali pernah berpesan, ilmu yang sebenar ialah ilmu yang menghidupkan hati dan mententeramkan jiwa (muthmainah). Guru yang hakiki bukan sekadar menyampaikan ilmu zahir, tetapi membina tauhid, memperindah adab dan memimpin insan kepada makrifat, sehingga terang akal dan hidup rohani. Semakin bertambah ilmu, semakin dekat seorang hamba kepada Penciptanya, Allah SWT. Pendidikan berteraskan Islam dibina atas tiga unsur utama iaitu akal (mental), (jiwa) qalbu dan rohani. Kejayaan pula bukan hanya diukur pada kehebatan kerjaya, pendidikan atau harta. Kejayaan sebenar adalah pada akhlak, tanggungjawab dan manfaat yang diberikan kepada orang lain. Bagi seorang Muslim, kejayaan dunia penting tetapi bukan matlamat utama. Kejayaan akhirat adalah tujuan tertinggi, iaitu mencapai keredaan Allah dan memperoleh syurga. Maka, tujuan hidup kita perlu jelas. Berusahalah bersungguh- sungguh dalam menuntut ilmu di dunia ini, dalam apa jua bidang. Mulakan dengan niat yang ikhlas lillahi taala, kerana ilmu yang benar akan membimbing kehidupan. Gunakan ilmu itu untuk berkhidmat dan memberi manfaat kepada masyarakat. Islam menyelamatkan akal dengan memuliakan, melindungi, dan memaksimalkan fungsinya melalui wahyu (Al-Quran & Hadis). Islam mengharamkan perkara merosakkan akal serta mendorong pemikiran kritis dan tadabbur untuk memahami ayat Allah. Akal yang sihat diperlukan untuk memahami ilmu, iman, dan membezakan antara hak dan batil. Moga setiap langkah dalam menuntut ilmu bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi menjadi jalan keselamatan rohani, mententeramkan qalbu, dan memudahkan perjalanan kita kepada Allah SWT. Dr UMAY University of Oxford London

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Akal dan Qalbu: Muhasabah di Oxford

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Syukur kepada Allah SWT, direzekikan untuk bertemu serta mengambil barakah daripada seorang alim, muhaddith, Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i dari Tunisia. Beliau merupakan antara murid yang bermulazamah hampir sepuluh tahun bersama gurunya yang masyhur, Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Hasani. Bahkan, beliau merupakan murid yang sangat dekat dan dikasihi oleh gurunya. Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Hasani sendiri sering memuji kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu serta ketekunannya dalam khidmat terhadap majlis ilmu terutamanya dalam bidang Hadis. Syeikh ‘Isam merupakan muqri’ dalam majlis Sama’ Hadis. Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi bukanlah seorang yang mudah memilih muqri’, khususnya dalam majlis Sama’ Hadis seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan Sunan al-Tirmizi. Tugas sebagai muqri' diberikan kepada Syeikh ‘Isam. Majlis Sama’ Hadis ini berlangsung dalam tempoh beberapa hari, dari pagi hingga ke malam tanpa henti, hanya berhenti seketika untuk solat dan keperluan. Syeikh ‘Isam sebagai muqri’ akan membaca ribuan hadis dari pagi hingga ke malam di hadapan gurunya serta para hadirin. Walaupun jadual yang begitu padat, wajah beliau tetap tenang, bahkan tidak terlihat sedikit pun keletihan. Besar khidmat beliau kepada guru, serta amat dalam kasih beliau kepada Rasulullah SAW ﷺ. Sedikit perkongsian biodata beliau, mudah-mudahan menambahkan rasa kasih dan hormat kita kepada para ulama, pewaris Nabi SAW ﷺ. Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i (atau Issam Sboui) berasal dari Tunisia dan dikenali sebagai seorang ulama muda, pakar hadis kontemporari. Beliau pakar dalam bidang Ilmu Hadis dan periwayatan, serta aktif dalam majlis-majlis Sama’ Hadis di peringkat antarabangsa. Beliau juga dikenali sebagai pemegang sanad-sanad penting yang bersambung kepada Rasulullah SAW ﷺ melalui rantaian periwayatan yang hidup (living chain). Tokoh yang memelihara kesinambungan ilmu hadis secara talaqqi dan musyafahah. Di Malaysia, beliau pernah dijemput sebagai salah seorang ulama utama dalam Majlis Sama’ Hadis Sahih al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya, di mana pembacaan ribuan hadis disempurnakan dalam tempoh beberapa hari. Selain itu, beliau juga terkenal dalam pengajian kitab-kitab muktabar seperti Al-Muwatta’ Imam Malik, serta sering dijemput ke pelbagai negara termasuk United Kingdom dan Asia Tenggara untuk menyebarkan ilmu hadis. Kehadiran tokoh seperti Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i pada masa kini adalah satu nikmat besar. Mereka adalah penyambung sanad, penjaga warisan Nabi SAW ﷺ, dan cahaya yang menghidupkan kembali tradisi ilmu yang bersambung hingga kepada Baginda Rasulullah SAW ﷺ. Semoga Allah SWT memelihara para ulama, memberkati umur dan ilmu mereka, serta mengurniakan kepada kita rasa cinta, adab, dan kesungguhan dalam menelusuri jalan ilmu dan makrifat. Dr UMAY 10 April London UK

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • facebook

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Bila meneliti keadaan umat hari ini, saya benar-benar merasai betapa pentingnya posisi Guru dalam membina dan menghidupkan semula jiwa umat. Saya bersama Baba Idris Muharram (Fb: Muhammad Idris Bin Muharam ) berkesempatan bertemu Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Idrisi Al-Hasani di Manchester sebagai wakil Rabithah Masyaikh Sufiah Se-Nusantara. Umat Islam perlu kembali bertaut dengan para guru, pewaris cahaya Muhammadiah yang membimbing manusia kepada Allah SWT dengan ilmu, adab, mahabbah dan hikmah. Guru merupakan subjek terpenting dalam sistem pendidikan. Seluruh tujuan pendidikan itu terhimpun pada diri seorang guru. Ilmu bukan sekadar pada kitab, kerana kitab hanyalah himpunan maklumat. Hakikat ilmu adalah cahaya yang hidup dalam diri manusia dan cahaya itu terpancar melalui seorang guru. Para mursyid adalah guru yang berkepakaran dalam bidang kerohanian. Mereka memahami hakikat perjalanan insan di dunia ini. Sepertimana disebut oleh Guru yang dikasihi Ayahanda Walid, manusia telah disistemkan menurut orbitnya yang tersendiri. Apabila tersasar daripada orbit ini, maka rosaklah kehidupan. Manusia akan dikuasai nafsu, tenggelam dalam ketamakan, kesombongan dan kezaliman. Manusia perlukan rawatan. Para mursyid adalah doktor ruhani yang merawat penyakit jiwa. Dengan tazkiyah al-nafs, mereka membimbing manusia keluar daripada belenggu nafsu. Dari ammarah, lawwamah dan mulhamah, menuju ketenangan mutmainnah. Inilah proses mengembalikan manusia kepada fitrah asal kehambaan. Rantaian sanad para mursyid yang bersambung hingga kepada Baginda Rasulullah ﷺ adalah orbit yang memandu perjalanan ini. Ia menjaga manusia agar sentiasa berada dalam rahmat Allah. Jika kita bergembira menjadi umat Nabi ﷺ, para mursyid pula memikul kerisauan Baginda terhadap keselamatan umat, mereka mewarisi amanah untuk memimpin, membimbing dan menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah. Merekalah pelita ilmu yang menyuluh kegelapan umat dengan cahaya Rasulullah ﷺ. Antara pendekatan yang boleh diambil dalam menilai diri kita di akhir zaman ini ialah dengan memahami elemen tiga Kota Suci. Carilah guru untuk membimbing serta memantapkan keimanan dan kefahaman kita dalam mengurus kehidupan dunia. 1. Mekah – membina asas tauhid, membebaskan manusia dari syirik dan kesesatan. 2. Madinah – menyuburkan iman dengan cinta dan akhlak di bawah bimbingan Nabi ﷺ. 3. Baitulmaqdis – melambangkan pemurnian akal, pembebasan dan keadilan hasil daripada tauhid dan akhlak yang sempurna. Di sinilah peranan guru. Mewarisi misi kenabian, membina tauhid, menyucikan jiwa dan mengangkat kembali martabat insan. Semoga Allah membimbing kita kembali kepada jalan tauhid yang sebenar, mengurniakan kita bimbingan para guru pewaris cahaya Muhammadiah, serta menetapkan hati kita dalam iman dan makrifat hingga akhir hayat. Moga Bermanfaat. Dr UMAY 8 April Ashton Central Mosque Manchaster https://www.facebook.com/share/p/1Axg5LLFgU/

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 22

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 21

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 17

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 16

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 15

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 13

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Doa

Doa Qunud Jom Ulangkaji Terjemahan

Allah humah dini fiman hadait. --- ينْمِآ

Ya Allah berikanlah aku hidayah sebagaimana mereka yang telah Engkau beri hidayah.

Wa’a fini fiman ‘afait. --- ينْمِآ

Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan.

Watawallani fiman tawalait --- آِمْين

Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan.

Wabarikli fimaa a’tait. --- ينْمِآ

Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan.

Waqinii ︎syarramaa qadhait --- آِمْين

Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan.

Fainnaka taqdhi wala yuqdha ‘alait.

Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum.

Wainnahu layadziluman walait.

Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin.

Walaa ya’izzuman ‘adait.

Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi.

Tabaa rakta rabbana wata’alait.

Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi.

Falakalhamdu ‘ala maaqadzait.

Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan.

Astaghfiruka wa’atubu ilaik. --- ينْمِآ

Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu.

Wasallallahu ‘ala Saidina Muhammadinin nabiyil ummiyi waala aalihi wasahbihi wasalam --- آِمْين

Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya Wasallam bererti “Allah telah berselawat ke atas Nabi”. Manakala Wasallim bererti “Ya Allah, berselawatlah ke atas Nabi”.

Kedua-dua sebutan boleh dipakai.

Doa Anas Bin Malik (Senjata Perlindungan)

Doa ini diriwayatkan dibaca oleh Anas bin Malik ketika beliau berhadapan dengan situasi sukar melibatkan gabenor Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi yang berniat untuk menyeksanya. Berkat amalan doa ini, hati gabenor yang asalnya keras dan mahu bertindak zalim telah menjadi lembut sehingga dia tidak jadi menyeksa Anas bin Malik.

Doa ini sangat ditekankan sebagai senjata mukmin dalam suasana gawat untuk melindungi segala aspek kehidupan.

Doa

Bismillahi wabillahi. Bismillahi khairil asma.

Bismillahi rabbil ardhi wassama.

Bismillahilladzi l a yadurru ma'asmihi syai'un fil ardhi wala fissama'i aza.

Bismillahi iftatahtu wabihi (wabillahi) khatamtu wabihi amantu.

Bismillahi asbahtu wa'allahi tawakaltu.

Bismillahi 'ala qalbi wa nafsi.

Bismillahi 'ala aqli wa zihni.

Bismillahi 'ala ahli wa mali.

Bismillahi 'ala m a a'tani rabbi.

Bismillahi syafi.

Bismillahil muafi. Bismillahil wafi.

Bismillahilladzi l a yadurru ma'asmihi syai'un fil ardhi wala fissama'i wahuwas sami'ul 'alim.

(Bahagian terakhir dibaca sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang sebagai perlindungan daripada segala kemudaratan).

Terjemahan:

Dengan nama Allah dan dengan pertolongan Allah.

Dengan nama Allah, sebaik-baik nama.

Dengan nama Allah, Tuhan bumi dan langit.

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memudaratkan di bumi dan di langit.

Dengan nama Allah aku memulakan, dan dengan-Nya aku mengakhiri, dan dengan-Nya aku beriman.

Dengan nama Allah aku memasuki waktu pagi, dan kepada Allah aku bertawakal.

Dengan nama Allah atas hatiku dan diriku.

Dengan nama Allah atas akalku dan fikiranku.

Dengan nama Allah atas keluargaku dan hartaku.

Dengan nama Allah atas segala yang dikurniakan Tuhanku kepadaku.

Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan.

Dengan nama Allah Yang Maha Memberi Keselamatan.

Dengan nama Allah Yang Maha Mencukupkan.

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memudaratkan d i bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Bahagian ini dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang sebagai doa perlindungan daripada segala kemudaratan.)

Keseluruhan doa ini untuk memohon perlindungan Allah ke atas diri, hati, akal, keluarga, harta, serta seluruh urusan hidup, sambil menyerahkan pergantungan hanya kepada-Nya.

Doa Angin Ahmar Dan Ayat Syifa'

Ustaz Muhadir Hj Joll

Al-Mathurat

MEMBACA SURAH AL-FATIHAH

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Maksudnya: Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

MEMBACA SURAH AL-BAQARAH (AYAT 1-5)

الم
ذَٰلِكَ الْكِتَابُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنْفِقُونَ
وَالَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنزِلَ مِن قَبْلِكَ وَبِالْآخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
أُولَٰئِكَ عَلَىٰ هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ ۖ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya:

Alif, Laam, Miim. Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya). Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berjaya.

AYAT KURSI (AL-BAQARAH, AYAT 255)

اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Maksudnya:

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

BACA SURAH AL-BAQARAH (AYAT 256)

لَا إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ ۖ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ ۚ فَمَن يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِن بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ لَا انفِصَامَ لَهَا ۗ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya:

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong- penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

BACA SURAH AL-BAQARAH (AYAT 257)

اللَّهُ وَلِيُّ الَّذِينَ آمَنُوا يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ ۖ وَالَّذِينَ كَفَرُوا أَوْلِيَاؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ ۗ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya:

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

BACA SURAH AL-BAQARAH (AYAT 284)

لِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ وَإِن تُبْدُوا مَا فِي أَنفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللَّهُ ۖ فَيَغْفِرُ لِمَن يَشَاءُ وَيُعَذِّبُ مَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksudnya:

Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

BACA SURAH AL-BAQARAH (AYAT 285)

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ ۚ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ ۚ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا ۖ غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Maksudnya:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

BACA SURAH AL-BAQARAH (AYAT 286)

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ
رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا ۚ
رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ ۖ
وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا ۚ
أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Maksudnya:

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.

BACA SURAH AL-IKHLAS (AYAT 1-4)

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
اللَّهُ الصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; “Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; “Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; “Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

BACA SURAH AL-FALAQ (AYAT 1-5)

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad); “Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, “Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; “Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; “Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); “Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya”.

BACA SURAH AL-NAS (AYAT 1-6)

قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
مَلِكِ النَّاسِ
إِلَٰهِ النَّاسِ
مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ

Maksudnya:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. “Yang Menguasai sekalian manusia, “Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia, “Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam, -“Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, – “(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia”.

DOA PUJIAN KEPADA ALLAH SWT (3X)

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لَا شَرِيكَ لَهُ، هُو  وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Maksudnya:

Sesungguhnya kami terjaga di pagi hari (di petang hari) dengan (kesedaran bahawa) Kerajaan (bumi dan segala isinya) ini seluruhnya adalah milik Allah. Dan segala puji bagi Allah, tiada sekutu bagi-Nya tiada Tuhan selain Dia dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.

DOA UNTUK TEGUH PENDIRIAN DALAM ISLAM

أَصْبَحْنَا عَلَىٰ فِطْرَةِ الْإِسْلَامِ، وَ كَلِمَةِ الْإِخْلَاصِ، وَعَلَىٰ دِينِ نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ ﷺ، وَعَلَىٰ مِلَّةِ أَبِينَا إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

Maksudnya:

Kami terjaga di pagi hari (petang hari) dalam fitrah Islam, dan kalimah ikhlas dan dalam agama nabi kami, Muhammad SAW, dan dalam millah (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan orang musyrik.

DOA MENSYUKURI NIKMAT (3X)

اللَّهُمَّ إِنِّ أَصْبَحْتُ مِنْكَ فِي بِنِعْمَةٍ وَعافِيَةٍ وَسِتْرٍ، فَأَتِمَّ عَلَيَّ نِعْمَتَكَ وَعَافِيَتَكَ وَسِتْرَكَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

Maksudnya:

Ya Allah, aku terjaga pada pagi dan petang dalam nikmat Mu, afiat (keselamatan dari mara bencana), dan terjaganya rahsia- rahsia (dosa-dosa) ku, maka sempurnakan nikmat-Mu, afiat-Mu dan penjagaan-Mu itu di atasku, di dunia dan akhirat.

DOA PENGAKUAN SEGALA NIKMAT DARI ALLAH

اللَّهُمَّ مَا أَصْبَحَ بِي مِن نِعْمَةٍ أَوْ بِأَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ، فَمِنْكَ وَحْدَكَ لَا شَرِيكَ لَكَ، فَلَكَ الْحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ

Maksudnya:

Ya Allah, tidaklah aku pada waktu pagi dan petang dengan nikmat apa yang aku peroleh dan diperoleh seseorang di antara makhluk-Mu adalah dari-Mu, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagi-Mu segala puji dan syukur.

PUJIAN BAGI ALLAH SWT

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِي لِجَلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيمِ سُلْطَانِكَ

Maksudnya:

Ya Allah, bagi-Mu segala puji seagung kemuliaan wajah- Mudan kebesaran kekuasaan-Mu.

BACAAN IKRAR (3X)

رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا، وَبِمُحَمَّدٍ ﷺ نَبِيًّا وَرَسُولًا

Maksudnya:

Aku telah redha dengan Allah sebagai Tuhanku, dan dengan Islam sebagai agamaku dan dengan Muhammad sebagai nabi dan rasulku.

BERTASBIH KEPADA ALLAH

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، عَدَدَ خَلْقِهِ، وَرِضَا نَفْسِهِ، وَزِنَةَ عَرْشِهِ، وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

Maksudnya:

Maha suci Allah dan segala puji bagi-Nya sebanyak bilangan kejadian-Nya dan keredhaan-Nya, dan seberat timbangan ‘Arasy-Nya dan sebanyak dakwat (yang terpakai untuk menuliskan) kalimah-Nya.

BACAAN MENINGGIKAN ASMA' ALLAH (3X)

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maksudnya:

Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Ia Maha Mendengar dan Mengetahui.

DOA TERHINDAR DARI SYIRIK (3X)

اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ أَنْ نُشْرِكَ بِكَ شَيْئًا نَعْلَمُهُ، وَنَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لَا نَعْلَمُهُ

Maksudnya:

Ya Allah, kami berlindung pada–Mu dari menyekutukan- Mu dengan sesuatu yang kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukan-Mu) dengan sesuatu yang tidak kami ketahui.

DOA BERLINDUNG DARI KEJAHATAN MAKHLUK (3X)

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ

Maksudnya:

Aku berlindung pada kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan apa-apa yang diciptakan.

DOA TERHINDAR DARI BELENGGU HUTANG

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Maksudnya:

Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil, dan aku berlindung pada-Mu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.

DOA DILIMPAHKAN KESIHATAN

اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَدَنِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي سَمْعِي، اللَّهُمَّ عَافِنِي فِي بَصَرِي

Maksudnya:

Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku.

DOA TERHINDAR DARI KEMISKINAN (3X)

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكُفْرِ وَالْفَقْرِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari kekafiran dan kefakiran; Ya Allah, aku berlindung kepada- Mu dari azab kubur; tidak ada Tuhan selain Engkau. (3x) (Ibnu Sunni, H. Sahih)

DOA MEMOHON KEAMPUNAN

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَىٰ عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ

Maksudnya:

Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau; Engkau yang menciptakan dan aku abdi- Mu, dan aku berada dalam perjanjian dengan-Mu, ikrar kepada-Mu, (yang akan aku laksanakan dengan) segala kemampuanku; dan aku berlindung pada-Mu, dari kejahatan apa-apa yang telah aku lakukan; aku mengakui (dengan sebenar-benarnya) nikmat-Mu kepadaku; dan aku mengakui dosaku, maka ampunilah aku, kerana tidak ada yang boleh mengampuni dosa-dosa, kecuali Engkau.

ISTIGHFAR (MEMOHON KEAMPUNAN) (3X)

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الَّذِي لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ، الْحَيُّ الْقَيُّومُ، وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Maksudnya:

Aku memohon ampun kepada Allah yang tidak ada Tuhan selain Dia, yang hidup dan selalu jaga; dan aku bertaubat pada-Mu.

PUJIAN & MEMOHON TAUBAT

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ، أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ، أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

Maksudnya:

Maha Suci Engkau, Ya Allah dan segala pujian bagi- Mu; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, aku mohon ampun dan bertaubat pada-Mu.

SELAWAT KE ATAS NABI

اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَنَبِيِّكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِّ الْأُمِّيِّ، وَعَلَىٰ آلِهِ وَصَحْبِهِ، وَسَلِّمْ تَسْلِيمًا دَائِمًا أَبَدًا، بِعَدَدِ مَا فِي عِلْمِكَ، وَمِدَادِ كَلِمَاتِكَ، وَمَا أَحْصَاهُ كِتَابُكَ

Maksudnya:

Ya Allah restui dan berkatkanlah junjungan kami Muhammad sebagai hamba, nabi dan rasul-Mu yang ummi. Berkatkan keluarga dan sahabat Baginda. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya. Sejahterakanlah Baginda selama-lamanya sebanyak-banyak bilangan dalam ilmu dan sebanyak-banyak perkara yang ditulis oleh Qalam-Mu dan sebanyak-banyak yang dirangkum oleh kitab-Mu.

اللَّهُمَّ ارْضَ عَنْ سَادَاتِنَا أَبِي بَكْرٍ، وَعُمَرَ، وَعُثْمَانَ، وَعَلِيٍّ، وَعَنْ سَائِرِ الصَّحَابَةِ أَجْمَعِينَ، وَالتَّابِعِينَ، وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَىٰ يَوْمِ الدِّينِ، وَارْضَ عَنَّا مَعَهُمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

Maksudnya:

Terimalah dan relakanlah pemimpin terutama kami; Sayyidina Abu Bakar, Omar, Othman, Ali dan para sahabat Baginda semuanya, para tabi’in, dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sampai hari pembalasan. Terimalah (kepulangan) mereka dengan sebaik-baiknya. Maha Suci Tuhan (Mu) yang memiliki kebesaran dan kemuliaan dari sifat tercela. Salam sejahtera untuk para Rasul utusan, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

DOA SELEPAS AL-MATHURAT

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا لِسَانًا ذَاكِرًا، وَقَلْبًا شَاكِرًا، وَبَدَنًا عَلَى الْبَلَاءِ صَابِرًا، وَإِيمَانًا كَامِلًا، وَقَلْبًا خَاشِعًا، وَعِلْمًا نَافِعًا، وَيَقِينًا صَادِقًا، وَدِينًا قَيِّمًا، وَسَلَامَةً مِنْ كُلِّ بَلِيَّةٍ وَآفَةٍ.

اللَّهُمَّ أَغْنِنَا بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَبِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ، وَحَبِّبْ إِلَيْنَا الْإِيمَانَ، وَزَيِّنْهُ فِي قُلُوبِنَا، وَكَرِّهْ إِلَيْنَا الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ، وَاجْعَلْنَا مِنَ الرَّاشِدِينَ.

اللَّهُمَّ ارْحَمْنَا وَارْحَمْ وَالِدِينَا وَأَهْلِينَا وَأَوْلَادَنَا وَمَنْ لَهُ حَقٌّ عَلَيْنَا، وَلَا تَكِلْنَا إِلَى أَنْفُسِنَا طَرْفَةَ عَيْنٍ أَبَدًا.

يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ، وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ.

Maksudnya:

Ya Allah kurniakanlah kami lisan (lidah) yang lembut membasahi mengingati dan menyebut (nama-Mu), hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat-Mu), serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah-Mu). Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap, dinn (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.

Kami mohon kepada-Mu Ya Allah kecukupan yang tidak perlu kami terpaksa meminta kepada orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak menyekutukan-Mu.

Berikanlah rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun hanya dalam sekelip mata atau lebih pendek dari masa itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan.

Selawat (berkat dan rahmat) dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.

3 Zikir Harian Yang Nabi ﷺ Ajar Dibaca 100 Kali

Ustaz Muhadir Hj Joll

Rasulullah ﷺ mengajarkan beberapa zikir yang boleh diamalkan setiap hari, khususnya pada waktu pagi dan petang. Antaranya terdapat tiga zikir utama yang disebut dalam hadis sahih untuk dibaca sebanyak 100 kali.

Zikir-zikir ini membantu menghidupkan hati, menghapus dosa, dan menjadi perlindungan daripada gangguan syaitan.

1. Zikir Tauhid dan Perlindungan

Arab:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Maksud:

Tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya.
Bagi-Nya segala kerajaan dan bagi-Nya segala pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.

Rujukan Hadis:
Riwayat al-Bukhari (3293) dan Muslim (2691)

Kelebihan:

Seolah-olah membebaskan sepuluh orang hamba

Ditulis seratus pahala dan dihapuskan seratus dosa

Menjadi perlindungan daripada syaitan sepanjang hari

2. Zikir Tasbih dan Pujian

Arab:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ

Maksud:

Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya.

Rujukan Hadis:
Riwayat Muslim (2692)

Kelebihan:

Antara zikir yang paling besar ganjarannya

Menghapus dosa-dosa kecil

Menenangkan hati dan mengingatkan kepada kebesaran Allah

3. Zikir Istighfar dan Taubat

Arab:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ

Maksud:

Aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya.

Rujukan Hadis:
Riwayat al-Bukhari (6307) dan Muslim (2702)

Pengajaran:

Rasulullah ﷺ sendiri beristighfar sekitar seratus kali sehari

Mengajar umat supaya sentiasa kembali kepada Allah

Membersihkan hati daripada dosa dan kelalaian

Zikir Lain yang Dianjurkan oleh Nabi ﷺ

Selain tiga zikir di atas, terdapat juga zikir lain yang dianjurkan dengan bilangan tertentu.

Contohnya:

Dibaca 4 kali:

اللهم إني أعوذ بك من الهم والحزن...

Dibaca 3 kali:

أعوذ بكلمات الله التامات...

Dibaca sekali:

رضيت بالله ربًا

Setiap zikir mempunyai kelebihan tersendiri, termasuk perlindungan daripada kejahatan, ketenangan hati dan penguatan tauhid.

Kesimpulan

Zikir pagi dan petang merupakan amalan yang sangat dianjurkan oleh Rasulullah ﷺ untuk menjaga hubungan hati dengan Allah.

Amalan ini membantu:

menguatkan tauhid

menenangkan jiwa

membersihkan dosa

melindungi diri daripada gangguan syaitan

Sebagaimana ungkapan yang sering disebut:

Mulakan hari dengan tauhid, isikan dengan tasbih, dan akhiri dengan istighfar.

Doa Harian Dari Hadis-Hadis

DOA NABI IBRAHIM MEMOHON KEMAPUNAN

رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapakku dan semua orang yang beriman pada hari diadakan perhitungan (hari Kiamat). (Surah Ibrahim : 41)

DOA AGAR DAPAT MENSYUKURI NIKMAT DAN MENGERJAKAN KEBAJIKAN

رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ، وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ، وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ

Ya Tuhanku, anugerahkanlah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku dan agar aku mengerjakan kebajikan yang Engkau ridhoi dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh. (Surah An-Naml : 19)

DOA BERLINDUNG DARI SIFAT MALAS, NEGATIF

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada keluh kesah dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu dari lemah kemauan dan malas, Aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kikir, Aku berlindung kepada-Mu daripada tekanan utang dan kezaliman manusia. (HR Abu Dawud 4/353)

DOA SELAMAT DARI TIPU DAYA DAJJAL

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari siksa jahannam, dari fitnah kubur, dari fitnah kehidupan dan kematian, dan dari fitnah al-masikh ad-Dajjal. (HR Muslim dari Anas dan Abu Hurairah)

DOA AGAR DIPERMUDAHKAN UNTUK SENTIASA MEMPERBAIKI IBADAH

َاللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu, dan memperbaiki ibadah kepada-Mu. (HR Ahmad)

DOA AGAR TERHINDAR DARIPADA FITNAH DAJJAL DAN FITNAH KEHIDUPAN SERTA KEMATIAN

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang. (HR Bukhari)

DOA MEMOHON DIPERBAIKI AKHLAK

اللَّهُمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِي فَأَحْسِنْ خُلُقِي

Ya Allah, Engkau telah memperbagus penciptaanku, maka baguskanlah akhlakku. (HR Ahmad)

DOA MOHON AGAR DICINTAI ALLAH DAN ORANG YANG MENCINTAINYA

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ حُبَّكَ، وَحُبَّ مَنْ يُحِبُّكَ، وَالْعَمَلَ الَّذِي يُبَلِّغُنِي حُبَّكَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْ حُبَّكَ أَحَبَّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي وَأَهْلِي وَمِنَ الْمَاءِ الْبَارِدِ

Ya Allah, aku mohon padaMu, cintaMu, dan cinta orang yang mencintaiMu, amalan yang menghantarkanku menggapai cinta-Mu. Ya Allah, jadikan kecintaanku kepada-Mu lebih aku cintai daripada cintaku pada diriku sendiri, keluargaku, dan air dingin. (HR Tirmizi dan Al-Hakim)

DOA AGAR ALLAH PERBAIKI SETIAP URUSAN

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ، أَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، وَلَا تَكِلْنِي إِلَىٰ نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ

Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri, Dengan rahmatMU aku memohon pertolongan. Perbaikilah untukku urusanku semuanya, Dan janganlah ENGKAU serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata (tanpa mendapat pertolongan dariMu. (HR An-Nasaie dan Al-Hakim)

Doa Harian Dari Ayat Al-Quran

DOA KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT

َرَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً، وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً، وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia, berikan pula kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami dari siksa neraka. (QS. Al-Baqarah: 201)

DOA MEMOHON AGAR DITETAPKAN PENDIRIAN

َرَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا، وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (Surah Ali Imran: 147)

DOA AGAR DITERIMA AMALAN

َرَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا، إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Wahai Tuhan kami terimalah amalan kami, sesungguhnya

Engkau Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Terimalah

taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat

lagi Maha Penyayang. (Surah al-Baqarah: 128-129)

DOA MEMOHON PETUNJUK DARIPADA ALLAH

رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً، وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini). (Surah al-Kahfi: 10)

DOA MEMOHON AGAR DITETAPKAN PENDIRIAN

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَإِسْرَافَنَا فِي أَمْرِنَا، وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami dan tetapkanlah pendirian kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. (Surah Ali Imran: 147)

DOA AGAR DIJAUHI DARIPADA PERASAAN HASAD DENGKI

رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ، وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا، رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Wahai Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; wahai Tuhan kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang. (Surah al-Hasyr: 10)

Doa Yang Boleh Diamalkan Setiap Hari

DOA AWAL PAGI

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik, dan amalan yang diterima

DOA MEMUDAH URUSAN

رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي

Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku

DOA MENGHILANG KESUSAHAN

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari pada orang-orang yang menganiaya diri sendiri

DOA KETIKA BERSIN

DOA SETELAH BERSIN

الْحَمْدُ لِلَّهِ

Segala puji bagi Allah

DOA ORANG YANG MENGUCAPKAN DOA BERSIN

يَرْحَمُكَ اللَّهُ

Semoga Allah memberikan rahmat kepadamu

DOA BAGI YANG MENDENGAR BACAAN DIA ATAS

يَهْدِكُمُ اللَّهُ وَيُصْلِحُ أَمْرَكُمْ

Semoga Allah memberikan pada kalian petunjuk dan memperbaiki keadaan kalian

DOA SEBELUM TIDUR

بِاسْمِ اللَّهِ أَحْيَا وَأَمُوتُ

Dengan menyebut nama Allah, aku hidup dan aku mati

DOA BANGUN TIDUR

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ

Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami sesudah kami mati (membangunkan dari tidur) dan hanya kepada-Nya kami dikembalikan

SUNNAH SEBELUM TIDUR

اللَّهُمَّ أَكْرِمْنِي بِالشَّهَادَةِ

Ya Allah, muliakanlah aku dengan syahadah

"Maka akan dibangkitkan di padang mahsyar duduk dalam kumpulan Syuhada walaupun dia mati di atas katilnya"

DOA MASUK TANDAS

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْخُبُثِ وَالْخَبَائِثِ

Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku dan yang telah menyejahterakan

DOA KELUAR TANDAS

غُفْرَانَكَ، الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَذْهَبَ عَنِّي الْأَذَى وَعَافَانِي

Dengan mengharap ampunanMu, segala puji milik Allah yang telah menghilangkan kotoran dari badanku dan yang telah menyejahterakan

DOA KETIKA BECERMIN

اللَّهُمَّ كَمَا حَسَّنْتَ خَلْقِي فَحَسِّنْ خُلُقِي

Segala puji bagi Allah, baguskanlah budi pekertiku sebagaimana Engkau telah membaguskan rupa wajahku

DOA KELUAR RUMAH

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Dengan menyebut nama Allah aku bertawakal kepada Allah, tiada daya kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah

DOA MASUK RUMAH

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَ الْمَوْلِجِ وَخَيْرَ الْمَخْرَجِ، بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا وَعَلَى رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu baiknya tempat masuk dan baiknya tempat keluar dengan menyebut nama Allah kami masuk, dan dengan menyebut nama Allah kami keluar dan kepada Allah Tuhan kami, kami bertawakkal

DOA MEMOHON ILMU YANG BERMANFAAT

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu ilmu yang berguna, rezki yang baik dan amal yang baik Diterima

DOA SEBELUM BELAJAR

اللَّهُمَّ زِدْنِي عِلْمًا وَارْزُقْنِي فَهْمًا

Ya Allah, tambahkanlah aku ilmu dan berikanlah aku rizqi akan kepahaman

DOA SESUDAH BELAJAR

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا عَلَّمْتَنِيهِ مِنَ الْعُلُومِ، فَاحْفَظْهُ لِي وَارْدُدْهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِي إِلَيْهِ، وَلَا تُنْسِنِيهِ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ

Ya Allah, sesungguhnya aku menitipkan kepada Engkau ilmu-ilmu yang telah Engkau ajarkan kepadaku, dan kembalikanlah kepadaku sewaktu aku butuh kembali dan janganlah Engkau lupakan aku kepada ilmu itu wahai Tuhan seru sekalian alam

DOA MEMAKAI PAKAIAN

اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ، أَنْتَ كَسَوْتَنِيهِ، أَسْأَلُكَ خَيْرَهُ وَخَيْرَ مَا صُنِعَ لَهُ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهِ وَشَرِّ مَا صُنِعَ لَهُ

Dengan nama-Mu yaa Allah akku minta kepada Engkau kebaikan pakaian ini dan kebaikan apa yang ada padanya, dan aku berlindung kepada Engkau dari kejahatan pakaian ini dan kejahatan yang ada padanya

DOA MEMAKAI PAKAIAN BARU

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي كَسَانِي هَذَا وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ

Segala puji bagi Allah yang memberi aku pakaian ini dan memberi rizeki dengan tiada upaya dan kekuatan dariku

DOA MELEPAS PAKAIAN

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ

Dengan nama Allah yang tiada Tuhan selain-Nya

DOA SUPAYA SEMPAT BERTAUBAT SEBELUM MATI

اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا قَبْلَ الْمَوْتِ تَوْبَةٌ، وَعِنْدَ الْمَوْتِ شَهَادَةً، وَبَعْدَ الْمَوْتِ جَنَّةً وَنَعِيمًا

Ya Allah, rezekikan kepada kami sebelum mati (sempat) taubat, ketika mati mendapat syahid dan selepas mati mendapat syurga dan nikmatnya.

DOA UNTUK KEBAIKAN IBU

اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمِّي فِي حَيَاتِهَا، وَأَطِلْ عُمْرَهَا

Ya Allah. kurniakanlah kepada ibuku keberkatan selama hidupnya.

DOA PAGI HARI

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا طَيِّبًا وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rizki yang baik dan amal yang diterima.

DOA KETIKA HUJAN

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا

Ya Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.

DOA UNTUK ALIHKAN HUJAN

ُاللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلَا عَلَيْنَا، اللَّهُمَّ عَلَى الْآكَامِ وَالظِّرَابِ وَبُطُونِ الْأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ

Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.

DOA MEMOHON PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH SWT

ُّيَا حَيُّ يَا قَيُّومُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ

Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan). (HR Tirmidzi, hadis hasan)

DOA SAAT KESULITAN

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Tiada sembahan yang hak selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arasy yang agung. Tiada sembahan yang hak selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia. (HR Muslim, hadis sahih)

DOA MOHON BANJIR TIDAK BERLARUTAN

يَا أَرْضُ ابْلَعِي مَاءَكِ وَيَا سَمَاءُ أَقْلِعِي وَغِيضَ الْمَاءُ

Wahai bumi telanlah airmu, dan wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu. (Surah Hud: 44)

Sumber: @hijrahislampos - (Instagram)

Doa

URUTAN DALAM BERDOA

Memuji Allah & Rasul

Dimasukkan ke syurga dan dijauhkan dari neraka

Meminta khusnul khotimah dan meminta istiqomah

Diampuni dosa kita dan dosa kedua ibu bapa

Doa bebas (apa sahaja)

Diringankan masalah

Dijauhkan dari fitnah

Diberi hidayah

DOA YANG TIDAK PERNAH DITOLAK

BACA 7X SELEPAS SOLAT

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ - Tuhanku, aku memohon (pertolongan)kepada-Mu

بِأَنِّي أَشْهَدُ أَنَّكَ اللَّهُ - Aku bersaksi bahawa engkau adalah Allah

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ - Tiada tuhan selain engkau

أَنْتَ الْأَحَدُ الصَّمَدُ - engkau Yang Maha Esa

لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ - (Allah) tidak beranak dan tidak pula diperanakkan

وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ - Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan-Nya

Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :

Doa selepas waktu azan

Doa pada waktu hujan turun

Sumber: @hijrahislmapos- (Instagram)

Kuasa Istighfar

Manusia sering lupa kepenting doa yang mudah tetapi kuat - istighfar iaitu dengan mengucapkan:

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ - "Astaghfirullah" (Aku memohon ampun kepada Allah)

Beberapa faedah dan kebaikan termasuk :

Menghilangkan kebimbangan

Meningkatkan penerimaan doa

Membuka pintu rezeki

Membuka pintu rahmat

Membuka pintu ilmu

Menjadi pintu kepada produktiviti

Melegakan dan memudahkan urusan

Doa Yang Mengandungi Tauhid & Ubudiyah Memperhambakan Diri Dari Allah Swt

Di dalam kitab al-Musnad dan kitab Sahih Abi Hatim terdapat sebuah hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu ‘anhu, dia berkata bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila seorang hamba ditimpa kegelisaan atau kesedihan, lalu dia membaca doa:

اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجَلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي

Ertinya: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hamba lelakiMu, anak hamba perempuanMu, ubun-ubunku berada di tanganMu, hukumMu berlaku ke atasku, takdir ketentuanMu adalah adil bagiku. Aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau miliki, yang dengannya Engkau menamakan diriMu, atau nama yang Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau nama yang Engkau ajarkan kepada seseorang dalam kalangan makhlukMu, atau nama yang hanya Engkau sendiri mengetahuinya, agar Engkau menjadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku, menjadi cahaya di dadaku, penglipur laraku, serta menjadi penghilang kepada rasa cemas dan rasa resahku.”

Barang siapa yang membaca doa ini Allah pasti akan menghilangkan kecemasan dan kesedihannya serta akan menggantikannya dengan kegembiraan. Kemudian para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, bolehkah kami mempelajari dengan menghafal kalimah-kalimah doa tersebut? Rasulullah SAW menjawab:

“Boleh, hendaklah sesiapa yang mendengarnya mempelajarinya.”
— Riwayat Sahih Ibn Hibban (no. 972)

Sumber: Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (AA)

Doa Memohon Kesejahteraan Dunia & Akhirat

Seorang lelaki bertanya kepada Nabi, (sallallahu'alaihi wasallam) :

يَا رَسُولَ اللّٰهِ، مَاذَا أَقُولُ إِذَا سَأَلْتُ رَبِّي؟

Wahai Rasulullah, apa yang harus saya ucapkan ketika memohon kepada Rabbku?"

قَالَ: قُلِ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وَعَافِنِي، وَارْزُقْنِي، وَيَجْمَعُ أَصَابِعَهُ إِلَّا الْإِبْهَامَ، فَإِنَّ هَؤُلَاءِ تَجْمَعُ لَكَ دُنْيَاكَ وَآخِرَتَكَ

Nabi menjawab: "Ucapkanlah;

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي، وَارْحَمْنِي، وَاهْدِنِي، وَعَافِنِي، وَارْزُقْنِي

Ya Allah, ampunilah aku, rahmatilah aku, berikanlah aku kesejahteraan dan berilah aku rezeki." Kemudian Baginda merapatkan keempat jari tangannya selain ibu jari: "Sesungguhnya kalimah tersebut meliputi dunia dan akhiratmu.'

(HR. Muslim, 4865, EH9)

Balasan Kebaikan Walaupun Sekadar Doa

Dari Abdullah bin Umar, RA, berkata; Rasulullah S.A.W. bersabda:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَلْيُجْزِهِ، فَإِنْ لَمْ يَجِدْ مَا يَجْزِيهِ فَلْيَدْعُ لَهُ حَتَّى يَرَى أَنَّهُ قَدْ جَزَاهُ

Barang siapa yang berbuat kebaikan kepada kalian maka balaslah, kemudian apabila kalian tidak mendapat sesuatu untuk membalasnya maka doakanlah dia hingga kalian melihat bahawa kalian telah membalasnya."

(HR. Abu Daud, 1424,EH9)

Sumber: Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (LS)

Formula Doa

DUNIA (1/3) & AKHIRAT (2/3)

DOA UNTUK DUNIA

Ampunkan dosa

Murahkan rezeki

Diberi kesihatan yang baik

Dipanjangkan umur

Hidup diberkati

Sembuh daripada segala penyakit rohani/jasmani

DOA UNTUK AKHIRAT

Ampunkan dosa

Mudahkan saat sakaratulmaut

Mudahkan perjalanan ketika :

kiamat

hari kebangkitan

perhimpunan

hari perhitungan

titian sirat

Syurga

Bertemu Allah SWT

Bertemu Rasulullah, para nabi & sahabat nabi

Sumber: Sumber : @mymustread (Instagram)

Hakikat Zikir Dan Syukur

Imam Ibnu Qayyim Al Jauziyyah rahimahullah, dalam kitabnya :

“Al Fawaaid”(hlm: 196): menjelaskan bahawa agama ini dibangun di atas dua asas penting : dzikir dan syukur.

Allah Ta‘ala berfirman:

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ

"Kerana itu, ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat (pula) kepadamu , dan bersyukurlah kepadaKu, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)Ku. “

[QS. Al-Baqarah (2):152]

Dan Nabi SAW bersabda :

Dari Mu'adz bin Jabal dia berkata; "Rasulullah memegang tanganku sambil berkata kepadaku: "Aku mencintaimu wahai Mu'adz!" Lalu aku juga berkata: "Aku juga mencintai Engkau wahai Rasulullah", lalu baginda bersabda:

'Janganlah kamu meninggalkan bacaan berikut ini selepas solat ' :

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَىٰ ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

"Ya Allah, bantulah aku untuk ingat dan bersyukur kepadaMu, serta beribadahkepadaMu dengan baik."

[HR. Nasai, 1286, dan Abu Daud 1301,EH9]

Hakikat dzikir bukanlah hanya di lisan, akan tetapi dzikir meliputi hati dan lisan, dengan menyebut nama dan sifatNya,melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya, membaca Al-Quran, beriman kepadaNya dengan segala kesempurnaan dan keagunganNya serta memujiNya dengan berbagai pujian. Semua itu tidak akan sempurna tanpa mentauhidkanNya. Dzikir yang sebenarnya harus meliputi seluruh hal tersebut.

Adapun hakikat syukur adalah melaksanakan ketaatan dan mendekatkan diri kepada Allah dengan segala sesuatu yang Allah cintai baik dalam perkara zahir mahupun batin.

Dzikir dan syukur adalah inti ajaran agama. Berdzikir akan membuahkan pengenalan hamba kepadaNya, sedangkan bersyukur terkandung ketaatan kepadaNya. Dua perkara inilah tujuan diciptakannya jin dan manusia, langit dan bumi serta segala sesuatu di antara keduanya. Dengan sebab itu pula Allah menentukan adanya pahala dan seksa, Allah turunkan kitab-kitab, dan mengutus para rasul-Nya.

Allah Ta‘ala berfirman:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ

“Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu”

[ QS. Adz Dzariyat (51) :56]

Semoga kita menjadi hamba Allah yang banyak berdzikir & sentiasa mensyukuri nikmatNya, kerana dengan berdzikir adalah sebab Allah akan selalu mengingati hambaNya serta dengan bersyukur adalah sebab bertambahnya nikmat dan kurniaNya.

Sumber: Unit Dakwah Yayasan Ta’lim (LS)

14 Hamba Yang Doanya Mustajab

Orang yang Berdoa dengan Zikir Dzun Nun (Doa Nabi Yunus)

Rasulullah SAW bersabda : " Doa Dzun Nun (Nabi Yunus as) ketika berada di dalam perut ikan ; Laa ilaaha illaa anta subhaanaka innii kuntu minazh-zhaalimiin. Jika seorang berdoa dengannya memohon sesuatu, nescaya Allah akan mengabulkannya. "

(HR At-Tirmidzi, dll)

Orang yang Terbangun di Malam Hari dan Berdoa dengan Doa Ma’thur

Rasulullah SAW bersabda : " Barangsiapa yang terjaga di malam hari, lalu mengucapkan 'Laa ilaaha illallaahu wahdahu laa syariika lah, lahul mulku walahul hamdu, wahuwaa 'alaa kulli syai'in qadiir. Alhamdulillaah, wasubhanallaah, wa laa illallaah, wallahu akbar, wa laa haula wa laa quwwata illaa billaah' Kemudian mengucapkan ; Allahummaghfir lii' (Ya Allah, ampunilah aku). Atau doa yang lain, nescaya akan dikabulkan doanya. Jika ia berwudhu' dan solat, maka diterimalah solatnya".

(HR Al-Bukhari)

Orang yang Mendoakan Saudaranya Tanpa Dia Ketahui

Rasulullah SAW bersabda : " Apabila seorang muslim mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya, maka pasti malaikat yang ditugaskan (kepadanya) akan mengucapkan, 'Engkaupun akan mendapatkan yang sepertinya'."

(HR Muslim)

Orang yang Teraniaya dan Terzalimi

Ketika Rasulullah SAW mengutus Mu'adz ke Yaman, beliau bersabda kepadanya ; 'Takutlah kalian terhadap doa orang yang dizalimi, kerana tidak ada hijab antara doa itu dengan Allah SWT. "

(HR Al-Bukhari)

Orang Tua yang Mendoakan Anaknya

Rasulullah SAW bersabda : " Redha Allah SWT, ada pada redha kedua ibubapa dan kemurkaan Allah SWT, ada pada kemurkaan ibubapa. "

(HR Tirmidzi. Ibnu Hibban, Hakim)

Orang yang Dalam Perjalanan Jauh (Musafir)

Rasulullah SAW bersabda : " Ada tiga doa mustajab yang tidak diragukan lagi, iaitu doa orang yang teraniaya, doa orang musafir dan doa kedua ibubapa untuk anaknya ".

(HR Tirmidzi)

Orang yang Berpuasa dan Pemimpin yang Adil

Dari Abu Hurairah secara marfu, Rasulullah SAW bersabda "Ada tiga golongan yang doanya tidak ditolak, orang yang berpuasa hingga berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang teraniaya. Allah akan mengangkat doa mereka ke atas awan, membukakan pintu-pintu langit untuknya, dan berfirman, 'Demi kemuliaan-Ku, sungguh, Aku akan menolongmu walaupun dengan selang waktu'. "

(HR Tirmidzi)

Doa Anak yang Soleh

Rasulullah SAW bersabda : " Apabila manusia mati, maka terputuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak yang soleh yang mendoakan kedua ibubapanya "

(HR Muslim)

Orang yang dalam Keadaan Darurat dan Kesulitan yang Berat

Allah SWT berfirman : " Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manuisia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada Tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya) ".

(QS An-Naml : 62)

Orang yang Tidur dalam Keadaan Suci dan Berzikir

Dari Mu'adz bin Jabal, dari Rasulullah SAW bersabda : " Apabila seorang muslim tidur dalam keadaan berzikir dan suci, lalu terbangun di malam hari, kemudian berdoa kepada Allah dengan meminta kebaikan dunia dan akhirat, maka pasti Allah SWT akan memberikan kepadanya. "

(HR Abu Dawud dan Ahmad)

Anak yang Berbakti kepada Kedua Ibu Bapa

Rasulullah SAW bersabda : " Sesungguhnya Allah akan mengangkat darjat serang hamba yang soleh di syurga, lalu ia bertanya, "Dari mana aku memperoleh darjat ini? Allah berfirman : " Dengan permohonan ampun anakmu untukmu ". "

(HR Ahmad)

Orang yang Menunaikan Haji, Umrah dan Berjihad di Jalan Allah

" Orang yang berperang di jalan Allah, orang yang menunaikan haji, dan orang yang menunaikan umrah adalah utusan-utusan yang menghadap kepada Allah. Mereka dipanggil oleh-Nya, dan mereka pun meminta kepada-Nya, maka Allah akan memberinya".

(HR Ibnu Majah)

Orang yang Banyak Berzikir kepada Allah

Rasulullah SAW bersabda : " Ada tiga golongan yang doanya tidak akan ditolak, iaitu orang yang banyak berzikir kepada Allah, orang yang teraniaya, dan pemimpin yang adil. "

(HR Al-Baihaqi dan At-Thabrani)

Orang yang Sentiasa Berdoa saat Lapang dan Bahagia

" Barangsiapa yang ingin doanya terkabul pada saat sedih dan susah, maka hendaklah memperbanyak berdoa pada saat lapang"

(HR Tirmizi dan Al-Hakim)

Sumber: @ibebudiman - (Instagram)

Doa Akhir Ramadan

DOA AKHIR RAMADHAN

‎السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

‎اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Yaa ALLAH... janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati-hati kami.

Yaa ALLAH... janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami.

Yaa ALLAH... janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami.

Yaa ALLAH... janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa kami.

Yaa ALLAH... janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak-jejak ke Syurga untuk kami.

Yaa ALLAH... janganlah KAU biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka MU daripada tergelinciran kaki kami.

Yaa ALLAH... lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan.

Yaa ALLAH... sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, KAU ampunilah kami dan KAU terimalah taubat kami.

Yaa ALLAH...
▪️Lindungilah semua anggota keluarga kami dari tipu daya dan fitnah dunia. ▪️Selamatkanlah setiap seorang dari kami dengan Iman dan Taqwa.
▪️Jadikanlah kami calon Syurga MU.
▪️Sempurnakanlah akhlak kami dan lindungilah kami dari godaan syaitan dan hawa nafsu.

Yaa MUJIBBASAILIN...
▪️Limpahilah kami dengan sifat-sifat kebaikan dan terpuji.
▪️Jadikanlah kehidupan kami di dunia ini tenang dan penuh Rahmah dan Mawaddah.

Yaa ALLAH...
Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang akan datang.

Yaa ALLAH...
Janganlah Kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang.

Andainya ini Ramadhan terakhir buat kami...
▪️Jadikanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati
▪️Jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayang MU
▪️Jadikanlah Ramadhan ini sebagai penghapus segala dosa-dosa kami

Yaa ALLAH …
Temukanlah kami dengan Lailatul Qadr dan KAU pilihlah kami dikalangan hamba Mu yang dapat beramal di malam Al-Qadr
Yaa ALLAH...
▪️Terimalah amalan kami
▪️Terimalah taubat kami
▪️Ampunkanlah dosa kami
▪️Amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi
▪️Kurniakanlah kepada kami Syurga MU yang maha luas nikmatnya

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu anni* (dibaca 3 kali)

‎رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

‎وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

‎وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

‎*آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن*

Silalah di share DOA ini agar sama-sama peroleh pahala dan dirahmati oleh-NYA.

Doa Ramadan Terakhir

"Andaikata Ini Ramadan Terakhirku"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Ya Allah...

Andai ini adalah Ramadan terakhir dalam hidupku,
Jadikanlah setiap detik yang berlalu sebagai detik yang paling berharga di sisi-Mu.
Jadikanlah setiap sujudku, setiap rukukku, setiap munajatku,
Sebagai saksi kasihku kepada-Mu.

Ya Rahman, Ya Rahim...

Andaikan ini Ramadan terakhir yang Kau izinkan untukku,
Izinkanlah aku mengisinya dengan taubat yang sebenar-benar taubat,
Dengan air mata penyesalan yang mengalir dari hati yang benar-benar insaf.
Ampunkan segala kekhilafan dan kelalaianku,
Limpahkan rahmat-Mu yang luas, menutupi dosa-dosaku yang hitam.

Ya Allah...

Andaikata ini Ramadan terakhir,
Jadikanlah aku di antara mereka yang Engkau pilih untuk merasai manisnya Lailatul Qadar,
Malam yang lebih baik dari seribu bulan,
Malam yang menjadi saksi keikhlasan dan keinsafan.

Ya Malikul Mulk...

Andaikata ini Ramadan terakhir,
Kurniakanlah padaku hati yang tenang dan redha,
Untuk menerima ketentuan-Mu dengan sabar dan syukur.
Jadikanlah aku dalam kalangan mereka yang Engkau bebaskan dari api neraka,
Yang Engkau pelihara dari azab yang pedih.

Ya Wadud...

Janganlah Engkau biarkan Ramadan ini berlalu,
Tanpa Engkau ampunkan segala dosa-dosaku,
Tanpa Engkau terima amalanku,
Tanpa Engkau berikan padaku hidayah dan keampunan yang sempurna.

Ya Allah...

Jika ini Ramadan terakhirku,
Jadikanlah pertemuanku dengan-Mu nanti dalam keadaan Engkau redha padaku,
Dalam keadaan hatiku dipenuhi cahaya iman,
Dalam keadaan aku diterima sebagai hamba yang diredhai dan dicintai oleh-Mu.

اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صِيَامَنَا وَقِيَامَنَا وَرُكُوعَنَا وَسُجُودَنَا، وَتَجَاوَزْ عَنْ تَقْصِيرِنَا وَإِسْرَافِنَا فِي أَمْرِنَا. وَصَلِّ اللَّهُمَّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. آمِين.

Doa

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat

بسم الله. والحمد لله.
اللهم صل على سيدنا محمد وءاله وصحبه وسلم.

Ya Allah dengan keberkaran Ramadhan bulan Al-Quran dan keberkatan selawat kepada kekasihmu.

Ya Allah jadikan kami dan anak2 kami ahli Al-Quran.

Hiasi hidup kami dengan akhlak Al-Quran.

Pimpinlah kami dengan hidayah Al-Quran.

Suluhilah perjalanan hidup kami dengan cahaya Al-Quran.

Sembuhlah sakit2 kami dengan penawar Al-Quran.

Perbaikilah amalan kami dengan panduan Al-Quran.

Luaskanlah rezeki yang berkat kepada kami dengan keberkatan Al-Quran.

Muliakan kami dan anak2 kami dengan kemulian Al-Quran.

Anugerahkanlah kepada kami dan anak2 kami juga ibu bapa kami akan syafaat Al-Quran.

Ya Allah jadikan kami dan anak2 kami pencinta dan pembaca Al-Quran.

Nik Bakri Nik Mat