Kata-Kata Hikmah Pendek Guru Murabbi

Petikan hikmah untuk diamalkan, diulang, dan dijadikan zikir ilmu.

Kata-kata Hikmah

Petikan dari Kitab Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (16 Rejab 1446 H). ......................... Peringatan dalam bertaubat agar tidak kau jadikan maksiat sebagai tungganganmu kerana pastinya ia adalah tunggangan yang tempang dalam merealisasikan taubatmu kepada Allah. Sebaliknya berlumbalah menuju Allah dengan jalan yang benar di atas titian panduan yang lurus. Jangan sekali-kali kau jadikan hawa nafsumu atau kebijakan yang menipu itu sebagai tunggangan untuk menuju Allah kerana sesungguhnya ia akan menjadi hijab daripada perjalananmu kepada Allah. Hawa nafsu itu sebenarnya adalah punca dari semua jalan yang salah sementara jalan yang paling dekat untuk menuju Allah itu adalah melalui kejujuran di dalam menginginkanNya. Inilah jalan yang lurus yang menyalahi keinginan nafsu. Moga Allah swt luruskan jiwa kita dalam manifestasi taubat dan penghambaan kepada Allah. Amin. ....................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01)

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Peringatan dalam bertaubat agar tidak kau jadikan maksiat sebagai tungganganmu

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (17 Rejab 1446 H). .............................. "Perintah untuk bertaubat itu hakikatnya demi menyucikan dirimu dari kotoran maksiat dan sifat-sifat kerendahan sehinggalah dipakaikan untukmu dengan sifat-sifat yang suci. Maka hilangkanlah dari dirimu sifat-sifat yang rendah lagi tercela dan berakhlaklah dengan sifat-sifatNya swt yang terpuji lagi mulia." (Hikmah 3, Qanun Taubat". Taubat itu hakikatnya untuk membersihkanmu dari kotoran maksiat dan memperindah dirimu dengan akhlak yang benar yang diinginkan Allah bagimu iaitu ketaatan. Maka bebaskanlah dirimu dari kotoran maksiat dan singkaplah hijab keakuan atau egoisme yang tercela. Berakhlaklah dengan akhlak insaniyyah (kemanusiaan) yang selayaknya yang telah Allah anugerahi kepadamu. Manifestasikanlah sebenar-benar pengabdianmu kepada Allah sesuai dengan kedudukan muliamu sebagai seorang insan dan hamba. Moga Allah swt beri hidayah dan taufiq untuk ktia mengabdi diri ini hanya kepadaNya. Amin. ........................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Perintah untuk bertaubat itu hakikatnya demi menyucikan dirimu

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

**Excerpt from the Book *Hikamul Isyraq* with Commentary by Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (18th Rajab 1446 H).** --- **A Reminder in Repentance:** Do not make sins your vehicle, for indeed they are a lame ride in realizing your repentance to Allah. Instead, race towards Allah on the correct path guided by a straight and upright course. Never allow your desires or deceptive reasoning to become your vehicle in seeking Allah, for they will become a barrier obstructing your path to Him. Desires are the root of all erroneous paths, while the closest way to Allah is through sincerity in seeking Him. This is the straight path, contrary to the inclinations of the self. May Allah (SWT) straighten our souls in manifesting repentance and servitude to Him. Ameen. --- **Academic Unit Banaat Yusufi 2025 (AR03)**

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Excerpt from the Book *Hikamul Isyraq*

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (18 Rejab 1446 H). "Awasilah dirimu daripada meninggalkan taubat kerana taubat merupakan tanda kejayaan dan keberuntungan." (Hikmah 4, Qanun Taubat). Janganlah sekali-kali kau berniat untuk tidak bertaubat atau meninggalkan amalan taubat itu sendiri kerana sesungguhnya taubat itu merupakan petunjuk keselamatan dan diterimanya engkau di sisi Allah. Taubat itu menjadi tanda hatimu yang selama ini tenggelam dalam kelalaian sudah mula dijentik kesedaran untuk kembali kepadaNya swt. Sungguh, ia merupakan jalan yang utama dan paling kukuh untuk kau mendapatkan keberuntungan di dunia yang penuh kegelapan ini. ........................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Perjalanan kami baru- baru ini dari Kota London ke University of Oxford menaiki kereta api sekitar satu jam. Sebuah universiti antara yang tertua dan terkemuka di dunia, berdiri megah sejak berabad lamanya sebagai lambang keagungan ilmu. Imam al-Shafi‘i رحمه الله pernah berkata : لَيْسَ الْعِلْمُ بِكَثْرَةِ الرِّوَايَةِ وَلَكِنَّ الْعِلْمَ نُورٌ يَقْذِفُهُ اللَّهُ فِي الْقَلْبِ Ilmu bukan pada banyaknya riwayat, tetapi cahaya yang Allah campakkan ke dalam hati. Di hadapan bangunan ilmu ini, aku bermuhasabah. Betapa mudah manusia membesarkan akal, namun lupa menyucikan qalbu. Sedangkan akal tanpa bimbingan wahyu boleh tersesat, dan qalbu yang kosong dengan zikrullah akan menjadi mati. Imam al-Ghazali pernah berpesan, ilmu yang sebenar ialah ilmu yang menghidupkan hati dan mententeramkan jiwa (muthmainah). Guru yang hakiki bukan sekadar menyampaikan ilmu zahir, tetapi membina tauhid, memperindah adab dan memimpin insan kepada makrifat, sehingga terang akal dan hidup rohani. Semakin bertambah ilmu, semakin dekat seorang hamba kepada Penciptanya, Allah SWT. Pendidikan berteraskan Islam dibina atas tiga unsur utama iaitu akal (mental), (jiwa) qalbu dan rohani. Kejayaan pula bukan hanya diukur pada kehebatan kerjaya, pendidikan atau harta. Kejayaan sebenar adalah pada akhlak, tanggungjawab dan manfaat yang diberikan kepada orang lain. Bagi seorang Muslim, kejayaan dunia penting tetapi bukan matlamat utama. Kejayaan akhirat adalah tujuan tertinggi, iaitu mencapai keredaan Allah dan memperoleh syurga. Maka, tujuan hidup kita perlu jelas. Berusahalah bersungguh- sungguh dalam menuntut ilmu di dunia ini, dalam apa jua bidang. Mulakan dengan niat yang ikhlas lillahi taala, kerana ilmu yang benar akan membimbing kehidupan. Gunakan ilmu itu untuk berkhidmat dan memberi manfaat kepada masyarakat. Islam menyelamatkan akal dengan memuliakan, melindungi, dan memaksimalkan fungsinya melalui wahyu (Al-Quran & Hadis). Islam mengharamkan perkara merosakkan akal serta mendorong pemikiran kritis dan tadabbur untuk memahami ayat Allah. Akal yang sihat diperlukan untuk memahami ilmu, iman, dan membezakan antara hak dan batil. Moga setiap langkah dalam menuntut ilmu bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi menjadi jalan keselamatan rohani, mententeramkan qalbu, dan memudahkan perjalanan kita kepada Allah SWT. Dr UMAY University of Oxford London

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Akal dan Qalbu: Muhasabah di Oxford

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Syukur kepada Allah SWT, direzekikan untuk bertemu serta mengambil barakah daripada seorang alim, muhaddith, Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i dari Tunisia. Beliau merupakan antara murid yang bermulazamah hampir sepuluh tahun bersama gurunya yang masyhur, Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Hasani. Bahkan, beliau merupakan murid yang sangat dekat dan dikasihi oleh gurunya. Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Hasani sendiri sering memuji kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu serta ketekunannya dalam khidmat terhadap majlis ilmu terutamanya dalam bidang Hadis. Syeikh ‘Isam merupakan muqri’ dalam majlis Sama’ Hadis. Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi bukanlah seorang yang mudah memilih muqri’, khususnya dalam majlis Sama’ Hadis seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan Sunan al-Tirmizi. Tugas sebagai muqri' diberikan kepada Syeikh ‘Isam. Majlis Sama’ Hadis ini berlangsung dalam tempoh beberapa hari, dari pagi hingga ke malam tanpa henti, hanya berhenti seketika untuk solat dan keperluan. Syeikh ‘Isam sebagai muqri’ akan membaca ribuan hadis dari pagi hingga ke malam di hadapan gurunya serta para hadirin. Walaupun jadual yang begitu padat, wajah beliau tetap tenang, bahkan tidak terlihat sedikit pun keletihan. Besar khidmat beliau kepada guru, serta amat dalam kasih beliau kepada Rasulullah SAW ﷺ. Sedikit perkongsian biodata beliau, mudah-mudahan menambahkan rasa kasih dan hormat kita kepada para ulama, pewaris Nabi SAW ﷺ. Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i (atau Issam Sboui) berasal dari Tunisia dan dikenali sebagai seorang ulama muda, pakar hadis kontemporari. Beliau pakar dalam bidang Ilmu Hadis dan periwayatan, serta aktif dalam majlis-majlis Sama’ Hadis di peringkat antarabangsa. Beliau juga dikenali sebagai pemegang sanad-sanad penting yang bersambung kepada Rasulullah SAW ﷺ melalui rantaian periwayatan yang hidup (living chain). Tokoh yang memelihara kesinambungan ilmu hadis secara talaqqi dan musyafahah. Di Malaysia, beliau pernah dijemput sebagai salah seorang ulama utama dalam Majlis Sama’ Hadis Sahih al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya, di mana pembacaan ribuan hadis disempurnakan dalam tempoh beberapa hari. Selain itu, beliau juga terkenal dalam pengajian kitab-kitab muktabar seperti Al-Muwatta’ Imam Malik, serta sering dijemput ke pelbagai negara termasuk United Kingdom dan Asia Tenggara untuk menyebarkan ilmu hadis. Kehadiran tokoh seperti Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i pada masa kini adalah satu nikmat besar. Mereka adalah penyambung sanad, penjaga warisan Nabi SAW ﷺ, dan cahaya yang menghidupkan kembali tradisi ilmu yang bersambung hingga kepada Baginda Rasulullah SAW ﷺ. Semoga Allah SWT memelihara para ulama, memberkati umur dan ilmu mereka, serta mengurniakan kepada kita rasa cinta, adab, dan kesungguhan dalam menelusuri jalan ilmu dan makrifat. Dr UMAY 10 April London UK

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • facebook

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Bila meneliti keadaan umat hari ini, saya benar-benar merasai betapa pentingnya posisi Guru dalam membina dan menghidupkan semula jiwa umat. Saya bersama Baba Idris Muharram (Fb: Muhammad Idris Bin Muharam ) berkesempatan bertemu Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Idrisi Al-Hasani di Manchester sebagai wakil Rabithah Masyaikh Sufiah Se-Nusantara. Umat Islam perlu kembali bertaut dengan para guru, pewaris cahaya Muhammadiah yang membimbing manusia kepada Allah SWT dengan ilmu, adab, mahabbah dan hikmah. Guru merupakan subjek terpenting dalam sistem pendidikan. Seluruh tujuan pendidikan itu terhimpun pada diri seorang guru. Ilmu bukan sekadar pada kitab, kerana kitab hanyalah himpunan maklumat. Hakikat ilmu adalah cahaya yang hidup dalam diri manusia dan cahaya itu terpancar melalui seorang guru. Para mursyid adalah guru yang berkepakaran dalam bidang kerohanian. Mereka memahami hakikat perjalanan insan di dunia ini. Sepertimana disebut oleh Guru yang dikasihi Ayahanda Walid, manusia telah disistemkan menurut orbitnya yang tersendiri. Apabila tersasar daripada orbit ini, maka rosaklah kehidupan. Manusia akan dikuasai nafsu, tenggelam dalam ketamakan, kesombongan dan kezaliman. Manusia perlukan rawatan. Para mursyid adalah doktor ruhani yang merawat penyakit jiwa. Dengan tazkiyah al-nafs, mereka membimbing manusia keluar daripada belenggu nafsu. Dari ammarah, lawwamah dan mulhamah, menuju ketenangan mutmainnah. Inilah proses mengembalikan manusia kepada fitrah asal kehambaan. Rantaian sanad para mursyid yang bersambung hingga kepada Baginda Rasulullah ﷺ adalah orbit yang memandu perjalanan ini. Ia menjaga manusia agar sentiasa berada dalam rahmat Allah. Jika kita bergembira menjadi umat Nabi ﷺ, para mursyid pula memikul kerisauan Baginda terhadap keselamatan umat, mereka mewarisi amanah untuk memimpin, membimbing dan menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah. Merekalah pelita ilmu yang menyuluh kegelapan umat dengan cahaya Rasulullah ﷺ. Antara pendekatan yang boleh diambil dalam menilai diri kita di akhir zaman ini ialah dengan memahami elemen tiga Kota Suci. Carilah guru untuk membimbing serta memantapkan keimanan dan kefahaman kita dalam mengurus kehidupan dunia. 1. Mekah – membina asas tauhid, membebaskan manusia dari syirik dan kesesatan. 2. Madinah – menyuburkan iman dengan cinta dan akhlak di bawah bimbingan Nabi ﷺ. 3. Baitulmaqdis – melambangkan pemurnian akal, pembebasan dan keadilan hasil daripada tauhid dan akhlak yang sempurna. Di sinilah peranan guru. Mewarisi misi kenabian, membina tauhid, menyucikan jiwa dan mengangkat kembali martabat insan. Semoga Allah membimbing kita kembali kepada jalan tauhid yang sebenar, mengurniakan kita bimbingan para guru pewaris cahaya Muhammadiah, serta menetapkan hati kita dalam iman dan makrifat hingga akhir hayat. Moga Bermanfaat. Dr UMAY 8 April Ashton Central Mosque Manchaster https://www.facebook.com/share/p/1Axg5LLFgU/

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 22

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 21

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 17

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 16

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 15

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 13

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Doa

Doa Cepat Ingat Lambat Lupa

قَالُوا۟ سُبْحَـٰنَكَ لَا عِلْمَ لَنَآ إِلَّا مَا عَلَّمْتَنَآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلْعَلِيمُ ٱلْحَكِيمُ

Maksudnya :

Maha Suci Engkau tiada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha bijaksana. Surah Al-Baqarah (Ayat 33)

Doa Billion Pahala

اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ

Ya Allah, ampunilah seluruh kaum muslimin dan kaum muslimat,
kaum mukminin dan kaum mukminat, baik yang masih hidup
mahupun yang telah meninggal dunia.

Sesiapa yang mendoakan saudara islamnya, Allah akan beri pahala sejumlah saudara islamnya

Doa Rasulullah Ketika Menghadapi Kesulitan Yang Sangat Berat

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ الْعَظِيمُ الْحَلِيمُ
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ الْأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيمِ

Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Yang Maha Agung lagi Lemah-Lembut, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Tuhan Pemilik Arasy yang agung, Tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Allah Tuhan pemilik langit dan bumi, dan pemilik Arasy yang mulia.

Baca 9 Kali Surah Al-Fath

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُّبِينًا

Sesungguhnya, kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata.

InsyaAllah pintu rezeki terbuka luas dan dipermudahkan segala urusan.

Wirid Al-Latif

Doa Untuk Kedua Orang Tua

Ustaz Muhadir Hj Joll

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدِينَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صَغِيرًا

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا وَلِوَالِدِينَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صَغِيرًا

“Ya Allah, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku, dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidikku ketika aku kecil.”

“Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan kedua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka mendidik kami ketika kami kecil.”

“Ya Allah, ampunilah kami dan kedua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka membesarkan kami ketika kecil.”

Al-Latifiyah

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat

Doa Angin Ahmar Dan Ayat Syifa'

Ustaz Muhadir Hj Joll

Doa Anas Bin Malik (Senjata Perlindungan)

Doa ini diriwayatkan dibaca oleh Anas bin Malik ketika beliau berhadapan dengan situasi sukar melibatkan gabenor Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi yang berniat untuk menyeksanya. Berkat amalan doa ini, hati gabenor yang asalnya keras dan mahu bertindak zalim telah menjadi lembut sehingga dia tidak jadi menyeksa Anas bin Malik.

Doa ini sangat ditekankan sebagai senjata mukmin dalam suasana gawat untuk melindungi segala aspek kehidupan.

Doa

Bismillahi wabillahi. Bismillahi khairil asma.

Bismillahi rabbil ardhi wassama.

Bismillahilladzi l a yadurru ma'asmihi syai'un fil ardhi wala fissama'i aza.

Bismillahi iftatahtu wabihi (wabillahi) khatamtu wabihi amantu.

Bismillahi asbahtu wa'allahi tawakaltu.

Bismillahi 'ala qalbi wa nafsi.

Bismillahi 'ala aqli wa zihni.

Bismillahi 'ala ahli wa mali.

Bismillahi 'ala m a a'tani rabbi.

Bismillahi syafi.

Bismillahil muafi. Bismillahil wafi.

Bismillahilladzi l a yadurru ma'asmihi syai'un fil ardhi wala fissama'i wahuwas sami'ul 'alim.

(Bahagian terakhir dibaca sebanyak tiga kali pada waktu pagi dan petang sebagai perlindungan daripada segala kemudaratan).

Terjemahan:

Dengan nama Allah dan dengan pertolongan Allah.

Dengan nama Allah, sebaik-baik nama.

Dengan nama Allah, Tuhan bumi dan langit.

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memudaratkan di bumi dan di langit.

Dengan nama Allah aku memulakan, dan dengan-Nya aku mengakhiri, dan dengan-Nya aku beriman.

Dengan nama Allah aku memasuki waktu pagi, dan kepada Allah aku bertawakal.

Dengan nama Allah atas hatiku dan diriku.

Dengan nama Allah atas akalku dan fikiranku.

Dengan nama Allah atas keluargaku dan hartaku.

Dengan nama Allah atas segala yang dikurniakan Tuhanku kepadaku.

Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan.

Dengan nama Allah Yang Maha Memberi Keselamatan.

Dengan nama Allah Yang Maha Mencukupkan.

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memudaratkan d i bumi dan di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Bahagian ini dibaca 3 kali pada waktu pagi dan petang sebagai doa perlindungan daripada segala kemudaratan.)

Keseluruhan doa ini untuk memohon perlindungan Allah ke atas diri, hati, akal, keluarga, harta, serta seluruh urusan hidup, sambil menyerahkan pergantungan hanya kepada-Nya.

Doa Oleh Dr Umay

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Ya Allah, kami hamba-Mu yang lapar (ta’im) dan fakir, yang sering lalai dalam perjalanan hidup.

Ampunilah dosa-dosa kami; dosa-dosa kami hanya kepada-Mu.

Ya Allah, ya Tuhan kami, bukakanlah hijab (tabir) di hadapan hati kami; angkatkanlah hijab itu dan kembalikan penglihatan rohani kami agar dapat melihat tanda-tanda kebesaran, keindahan dan keagungan-Mu.

Ya Allah, tuntunlah kami, bantu kami; kami tiada daya dan kekuatan tanpa pertolongan-Mu. Bangkitkanlah qalbu (hati) kami

Jadikanlah kami hamba-Mu yang sentiasa mengingati-Mu dan merindui-Mu. Bukalah hati kami walau seketika agar sentiasa kembali kepada-Mu.

Limpahkan keberkatan dalam setiap langkah dan perjalanan hidup kami, agar kami memperoleh cinta-Mu

Aamiin2 Ya Mujib

Doa Munajat

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Doa Munajat yang dibacakan oleh Dr. UMAY dalam Majlis Maghfirah & Muzakarah Tauhid Sufi @ 29/4/26

"Ya Allah, y a Tuhan kami, pada pagi yang barakah ini, ya Allah, kami bersimpuh di hadapan-Mu, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami hamba yang daif, kami hamba yang fakir, kami hamba yang sering tergelincir dalam perjalanan hidup kami.

Kami sering lalai mengingati-Mu, ya Allah. Terhijab hati kami dengan-Mu, ya Allah, sehingga kami tidak merasai kelazatan dalam ibadah, keasyikan dalam ibadah, kemanisan dalam munajat kami, kesedapan dalam rukuk dan sujud kami kepada-Mu, ya Allah, sehingga kami tidak merasai kebersamaan-Mu dalam setiap helaan nafas kami.

Maka kami memohon ya Allah, dengan kesedaran yang Kau berikan kepada kami ini, ampunilah dosa-dosa kami, ya Allah. Ampunilah ya Allah dosa kelalaian kami, kealpaan kami selama ini, ya Allah, ampunilah dosa kami; dosa kami melupakan-Mu, ya Allah, dalam setiap takdir yang berlaku dalam hidup kami, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, bukalah hijab kami, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, angkatlah hijab kami, ya Allah, kembalilah pandangan rohani kami menyaksikan keagungan-Mu, keindahan-Mu, kebesaran-Mu dan kesempurnaan-Mu, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, Kau jadikanlah ya Allah dalam kami mengharungi setiap kehidupan kami, dalam kami menempuh setiap takdir-takdir yang Engkau takdirkan dalam kehidupan kami, jadikanlah setiap pintu-pintu takdir yang kami lalui itu sebagai pintu untuk kami mengenali-Mu, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, baikilah adab kami, baikilah akhlak kami, ya Allah. Ya Allah, y a Tuhan kami, bersihkan jiwa kami, bersihkan kalbu kami, ya Allah, bersihkanlah ya Allah batin kami daripada segala kegelapan dan kejahatan nafsu kami, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami lemah ya Allah, kami daif ya Allah, kami tidak ada daya upaya, kami tidak ada kekuatan, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ya Allah, Kau tumbuhkan dalam kalbu kami, dalam batin kami, dalam diri kami, y a Allah, sifat kehambaan, sifat kefakiran di hadapan-Mu, ya Allah. Bimbinglah kami, ya Allah, bimbinglah kami. Bantu kami ya Allah, kami tidak ada kekuatan ya Allah, bantulah kami y a Allah, kami tidak ada daya upaya, bantu kami ya Allah.

Ampuni dosa-dosa kami zahir batin kami, ya Allah, ampuni segala ya Allah kesalahan kami zahir dan batin kami. Ampuni kami ya Allah, ampuni kami ya Allah, ampuni kami ya Allah.

Pada siapa lagi yang ingin kami mengadu, siapa lagi, pada siapa lagi tempat untuk kami merintih, pada siapa lagi tempat untuk kami bermunajat, pada siapa lagi tempat untuk kami berbisik-bisik dalam jiwa kami melainkan dengan-Mu, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, redailah kehidupan kami, berkatilah setiap langkah kami, jadikan setiap langkah kami, setiap perjalanan hidup kami mendapat cinta-Mu, mendapat pandangan-Mu, mendapat keredaan-Mu, ya Allah.

Ya Allah, Kau perbetulkan kalbu kami, ya Allah Kau baikilah hubungan kami dengan-Mu, ya Allah. Ya Allah, jadikanlah kalbu kami kalbu yang sentiasa mengingati-Mu, ya Allah, jadikanlah kalbu kami kalbu yang sentiasa rindu dengan-Mu, ya Allah.

Ya Allah, Kau bukakanlah kami walaupun sedetik dan sesaat nikmat- nikmat makrifat sepertimana telah Engkau bukakan kepada para ahli-Mu, ya Allah, kepada para aulia-aulia-Mu, ya Allah.

Ya Allah, Kau istiqamahkan kami di atas perjalanan agama ini, istiqamahkan kami di atas perjalanan ketaatan ini, istiqamahkan kami ya Allah dalam perjalanan penyucian kalbu kami. Kau jadikanlah kematian kami sebaik-baik kematian, ya Allah, jadikanlah kematian kami seindah-indah kematian, ya Allah, jadikanlah kematian kami kematian yang Engkau cintai, ya Allah, jadilah kematian kami kematian yang mengembalikan dalam keadaan rohani kami kembali bermakrifat pada-Mu, ya Allah.

Ya Allah, cahayakan kubur kami nanti, Allah. Ya Allah, bantulah kami ya Allah, bantulah kami, ya Allah, Kau bangkitkanlah kalbu kami, Kau bangunkan rohani kami, ya Allah. ya

Ya Allah, ya Tuhan kami, jadikan seluruh amal ibadah kami sebagai alat dan wasilah untuk kami kembali kepada-Mu, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ya Allah Kau jadikanlah mata hati kami mengenali-Mu dalam setiap takdir yang berlaku dalam hidup kami, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, Kau jadikanlah kami dari kalangan hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat-Mu, ya Allah, dan Kau jadikanlah segala nikmat-nikmat yang Kau kurniakan kepada kami sebagai wasilah untuk kami dekat pada-Mu, ya Allah.

Dan Kau jadikanlah ya Allah, ya Allah, ujian-ujian yang Kau berikan kepada kami itu juga sebagai perjalanan hidup kami kepada-Mu, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ya Allah bukalah hijab kami ya Allah, kasihani kami, ya Allah redai kami, ya Allah pandanglah kami ya Allah, pandanglah kami ya Allah, pandanglah kami ya Allah, pandanglah kami ya Allah, pandanglah kami ya Allah dengan pandangan cinta-Mu, pandanglah kami ya Allah dengan pandangan keampunan-Mu, ya Allah

Ya Allah, ya Tuhan kami, apa makna kejayaan kami, apa makna kehidupan kami, apa makna amal kami, apa makna ibadah kami, sekiranya seluruh kehidupan kami tidak mendapat keampunan daripada-Mu, ya Allah.

Ya Allah, redai kami, restui kami, ya Allah, restui setiap langkah kami, restui setiap khidmat kami, ya Allah Rabbana la tuzigh qulubana ba'da hadaitana wa hablana milladunka rahmah, innaka antal wahhab. Innaka antal wahhab, innaka antal wahhab. Wa sallallahu 'ala sayyidina Muhammadin wa 'ala alihi wa sahbihi wa barik wa sallim, walhamdulillahi rabbil 'alamin.

Doa Anas Bin Malik (Senjata Perlindungan)

Doa ini diriwayatkan dibaca oleh Anas bin Malik ketika beliau berhadapan dengan situasi sukar melibatkan gabenor Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi yang berniat untuk menyeksanya. Berkat amalan doa ini, hati gabenor yang asalnya keras dan mahu bertindak zalim telah menjadi lembut sehingga dia tidak jadi menyeksa Anas bin Malik.

Doa ini sangat ditekankan sebagai senjata mukmin dalam suasana gawat untuk melindungi segala aspek kehidupan.

بِسْمِ اللَّهِ وَبِاللَّهِ

بِسْمِ اللَّهِ خَيْرِ الْأَسْمَاءِ

بِسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْأَرْضِ وَالسَّمَاءِ

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ أَبَدًا

بِسْمِ اللَّهِ افْتَتَحْتُ وَبِهِ خَتَمْتُ وَبِهِ آمَنْتُ

بِسْمِ اللَّهِ أَصْبَحْتُ وَعَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْتُ

بِسْمِ اللَّهِ عَلَى قَلْبِي وَنَفْسِي

بِسْمِ اللَّهِ عَلَى عَقْلِي وَذِهْنِي

بِسْمِ اللَّهِ عَلَى أَهْلِي وَمَالِي

بِسْمِ اللَّهِ عَلَى مَا أَعْطَانِي رَبِّي

بِسْمِ اللَّهِ الشَّافِي

بِسْمِ اللَّهِ الْمُعَافِي

بِسْمِ اللَّهِ الْوَافِي

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ

وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dengan nama Allah dan dengan pertolongan Allah.

Dengan nama Allah, sebaik-baik nama.

Dengan nama Allah, Tuhan bumi dan langit.

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memudaratkan di bumi dan di langit selama-lamanya.

Dengan nama Allah aku memulakan, dengan-Nya aku mengakhiri, dan dengan-Nya aku beriman.

Dengan nama Allah aku memasuki pagi, dan kepada Allah aku bertawakal.

Dengan nama Allah ke atas hatiku dan diriku.

Dengan nama Allah ke atas akal dan fikiranku.

Dengan nama Allah ke atas keluargaku dan hartaku.

Dengan nama Allah ke atas segala yang dikurniakan oleh Tuhanku.

Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan.

Dengan nama Allah Yang Maha Memberi Kesihatan.

Dengan nama Allah Yang Maha Mencukupkan.

Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memudaratkan di bumi dan di langit,

dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Doa Dr Umay

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

DOA DR UMAY@ 21/5/26

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, jauhkanlah sifat sombong yang menutup hati kami sehingga kami tidak merasai cinta dan kasih sayang-Mu. Kami tidak merasai kedekatan-Mu pada setiap saat, pada setiap detik.

Engkau yang paling dekat, Engkau yang paling hampir dengan kami. Tiada sahabat yang lebih hampir selain Engkau, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, hidupkanlah hati kami dengan cahaya-Mu, bangunkanlah hati kami, ya Allah. Ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau zahirkan kebenaran kepada kami, dan Engkau zahirkan kasih sayang-Mu kepada kami.

وَقَدْ قُصِيرًا لِلْحُلْقَ مِنْ نِمَا جَهَا يَتِمَمَعِبًا

Ya Allah, bukakanlah hati dan jiwa kami kepada-Mu. Jadikanlah hati kami hati yang mengetahui, hati yang memahami, ya Allah. Sesungguhnya tujuan hidup ini adalah untuk mencintai-Mu, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, pandanglah kami dengan pandangan cinta-Mu, dengan pandangan kasih sayang-Mu. Pandanglah kami dengan pandangan keampunan-Mu, ya Allah.

Ya Allah, permudahkanlah urusan kami ketika mati, dan jadikanlah kematian kami baik.

Cahayailah kubur-kubur kami, ya Allah. Ya Allah, ya Tuhan kami, kami lemah, kami jahil, kami tidak ada daya dan upaya; kepada-Mu kami bergantung. Kasihkanilah kami dengan rahmat-Mu, kasihanilah kami dengan kasih sayang-Mu.

Bantulah kami, kami sentiasa memerlukan-Mu, ya Allah. Tolonglah kami, bimbinglah kami, ya Allah.

Ya Allah, apa ertinya segala kejayaan kami jika ia membawa kepada kelepasan atau kefasikan? Apakah makna kesenangan, harta dan pangkat kami jika tidak mendekatkan kami kepada-Mu? Janganlah Engkau jadikan nafas kami sia-sia daripada mengingati-Mu, ya Allah.

Ya Allah, penuhilah hati kami dengan keseronokan mengingati-Mu. Penuhilah hati kami dengan nikmat mengingati-Mu.

Ya Allah, jadikanlah segala ibadah kami ikhlas kerana-Mu. Jadikanlah ibadah kami yang membawa kami kepada kerendahan di hadapan-Mu.

Ya Allah, ikhlaskanlah hati kami. Ya Allah, tolonglah kami. Kami memerlukan-Mu dan kami berdoa kepada-Mu, ya Allah, tolonglah kami.

Wa ala ala wasabi wa barik wasan wa alhamdulillahi wa min alameen.

Du’a Collection From Heart Therapy Book V2

Doa Munajat Ramadan 02 - Permohonan Hidayah & Bimbingan Allah

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Segala puji bagi Engkau, Ya Tuhan sekalian alam. Kami
memohon agar Engkau membuka dada kami, memudahkan urusan kami dan memberi
kefahaman kepada lidah kami. Ya Allah, ampunkanlah segala dosa kami; kami mohon
keampunan-Mu dan kami bertaubat kepada-Mu.
Ya Allah, jauhkanlah kami daripada syaitan yang direjam. Peliharalah hati kami daripada
penyakit seperti riya', cinta dunia yang berlebihan, dan usaha mempamerkan diri.
Bersihkanlah hati kami dengan tazkiyah-Mu, dan jadikanlah kami dari orang-orang yang
menjaga perkara yang samar (syubhah), sehingga kami terpelihara dari terjerumus ke dalam
perkara yang haram.
Ya Allah, berikanlah kepada kami rezeki yang halal dan sumber hidup yang suci; jauhkanlah
kami dari rezeki yang meragukan. Jadikanlah apa yang masuk ke dalam diri kami —
makanan, hiburan, pergaulan dan pekerjaan — sebagai sebab keimanan, ketakwaan dan
keberkatan dalam hidup kami. Sucikanlah niat kami; jadikanlah setiap amal yang kami
lakukan ikhlas kerana-Mu.
Ya Allah, bukakanlah pintu hati kami untuk menerima hidayah, terangi qalbu kami dengan
ilmu yang benar, dan jauhkanlah kami daripada kebodohan dan kelalaian. Kurniakanlah
kepada kami sifat wara' dan istiqamah dalam meninggalkan perkara yang meragukan.
Jadikanlah kami dari orang yang beramal dengan mata hati yang hidup, bukan sekadar zahir
semata.
Ya Allah, perbaikilah amal kami, perbaiki kaum kami, dan rahmatilah majlis ini. Tutupilah
segala aib dan cacat kami, dan jadikanlah perbincangan ini sebagai manfaat bagi kami
semua. Kurniakanlah kepada kami kekuatan untuk berubah, dan permudahkanlah jalan
kami menuju keredhaan-Mu.
Ya Allah, terimalah doa dan taubat kami. Mudahkanlah permintaan kami yang baik,
terimalah usaha dan amalan kami, dan campakkanlah keberkatan dalam hidup kami,
keluarga kami dan komunitas kami.
Rabbana atina fid-dunya hasanah wa fil-akhirati hasanah waqina 'adhaban-nar. Aamiin

Doa Munajat Ramadan 03 - Muhasabah Ibadah & Kelemahan Diri

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Bismillahirrahmanirrahim.
Astaghfirullah al-‘Azim.
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin. Wassalatu wassalamu ‘ala syafi’il anbia’ wal mursalin, wa ‘ala
alihi wa sahbihi ajma’in.
Allahumma firil muslimina wal muslimat, wal mu’minina wal mu’minat, bi rahmatik ya
arhamar rahimin.
Ya Allah, ya Tuhan kami, ya Allah. Pada pagi yang penuh barakah ini, dalam bulan yang
penuh rahmah, Ya Allah. Ya Allah, ya Tuhan kami, ya Allah.
Kami datang kepada-Mu dalam keadaan kami lemah, penuh kekurangan, amalan sedikit.
Maka ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami yang kami sedari dan yang tidak kami sedari,
dosa zahir dan dosa batin, dosa lama dan dosa baru yang telah kami lakukan ya Allah. Jika
bukan dengan rahmat-Mu ya Allah, jika bukan dengan kasih sayang-Mu ya Allah, maka
dengan apa lagi yang kami harapkan ya Allah.
Ya Allah, sucikanlah hati kami daripada segala kegelapan dan kejahatan nafsu. Bersihkan
qalbu kami daripada riya’, ujub, takabbur, dan segala sifat-sifat buruk. Isilah diri kami dengan
akhlak yang baik, akhlak mahabbah, akhlak kasih sayang. Ya Allah, hidupkan hati kami di
sisi-Mu.
Ya Allah, jadikanlah Ramadan pada tahun ini Ramadan yang membawa perubahan pada
akhlak kami, Ramadan yang membangunkan jiwa kami, membangunkan iman kami,
membangunkan takwa kami, dan mendekatkan kami kepada-Mu. Terimalah segala puasa
kami, solat kami, taubat kami. Kau terimalah segala bisikan, segala doa, dan munajat
rintihan kami kepada-Mu ya Allah.
Ya Allah, satukanlah kami bersama para nabi, bersama orang-orang soleh, bersama para
syuhada, bersama orang-orang yang mendapat redha-Mu di tempat yang tertinggi di
syurga-Mu. Ya Allah, Engkaulah tujuan kami, harapan kami dan tumpuan kami. Kembalikan
roh dan qalbu kami kepada-Mu. Jadikan setiap langkah kami dalam cinta-Mu, dalam
redha-Mu dan dalam pandangan-Mu.
Ya Allah, hidupkanlah jiwa kami, bukakan hijab kami, kasihanilah kami, redhailah kami. Ya
Allah, lemah-lembutlah dalam setiap takdir-Mu terhadap kami. Bukakanlah pandangan mata
hati kami.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin 🌹

Doa Munajat Ramadan 04 - Penyerahan Diri & Harapan Rahmat Allah

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Jabbaru wal Jalali wal Ikram, Ya Allah. Pada pagi yang
penuh barakah ini, Ya Allah, kami memohon keampunan kepada-Mu.
Ampuni dosa-dosa kami, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, pada waktu yang barakah, di dalam bulan yang penuh kemuliaan,
Ya Allah, kau bersihkan jiwa kami, bersihkan kalbu kami, bersihkan batin kami daripada
segala kejahatan dan segala kegelapan nafsu, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, kau angkatlah hijab kami, kau bukakanlah kembali penyaksian
mata hati kami kepada-Mu, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, baikilah adab kami dan akhlak kami.
Engkau perindahkan dan engkau perelokkan adab dan akhlak kami dalam kehidupan kami
ini, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Ya Allah, hidupkan hati kami yang mati ini, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Ya Allah, bimbinglah kami, bimbinglah kami, Ya Allah.
Bantulah kami dalam setiap langkah kami, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, Ya Allah, kau dorongkan hati dan kalbu kami, Ya Allah, dan
kehidupan kami.
Dorongkan kearah kebaikan, Ya Allah, di dalam redhaMu, di dalam cintaMu, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami mengharapkan rahmat-Mu, Ya Allah.
Kemana lagi yang kami ingin berharap, naikkan pengharapan kami hanya kepada-Mu, Ya
Allah. Jika bukan kerana ampunan-Mu, siapakah yang mampu menyucikan kami, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan, kami berpuasa, namun hati kami masih dalam keadaan lalai, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan, kami membaca Al-Quran, namun Al-Quran kami masih tidak dapat
menghidupkan qalbu kami, Ya Allah.
Air mata kami masih kering, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan, kami sujud kepada-Mu, Ya Allah, tapi sujud kami lalai, Ya Allah.
Sujud kami tidak ada khusyuk, Ya Allah. Sholat kami tidak sempurna, zikir kami tidak ada
kehadiran‐Mu, Ya Allah.
Kami sering menangguhkan taubat, Ya Allah. Ya Allah, Ya Latif, lembutkan hati kami yang
keras ini, Ya Allah!
Jadikanlah bulan ini bulan keampunan, bulan Engkau memberikan keampunan kepada
kami, Ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan kami, bimbinglah kami, Ya Allah.
Ya Allah, Ya Tuhan kami, kami tidak layak ke Syurga-Mu, namun kami tidak sanggup ke
Neraka-Mu, Ya Allah.
Maka terimalah taubat kami, peluklah kami dengan rahmat-Mu, dengan cinta-Mu, Ya Allah.
Jadikanlah Ramadan ini Ramadan yang dapat mengubah hati kami.
Ramadan yang dapat menghidupkan jiwa kami.
Ramadan yang dapat mendekatkan kami kepada-Mu, Ya Allah.
Ya Allah, berkati kami, ampuni dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru‐guru kami, dosa
pasangan kami.
Ya Allah, hanya kepada-Mu kami menyerah dan hanya kepada-Mu kami meminta
pertolongan; tolonglah kami.
Kami berhajat kepada-Mu, kami berhajat kepada pertolongan dan bantuan-Mu, Ya Allah.
Setiap saat dan setiap detik kami tidak boleh terlepas dari-Mu, Ya Allah. Oleh kerana itu, Ya
Allah, jadikan setiap langkah kami dalam cinta-Mu, jadikan setiap langkah kami dalam
redha-Mu.
Kasihanilah kami ya Allah, bantu kami ya Allah, tolong kami, tolong kami ya Allah.
Rabbana la tuzigh qulubana ba'da idh hadaitana wa hablana milladunka rahmah.
InnaKa Anta al‐Wahhab, Inna KaAnta al‐Wahhab, InnaKa Anta al‐Wahhab.
Alhamdulillahi Rabbil Alamin.

Doa Munajat Ramadan 18 - Keampunan & Rahmat Untuk Umat Islam

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah, ya Tuhan kami, pada pagi hari Jum'at yang penuh kemuliaan, yang penuh dengan barakah, dan bulan Ramadhan, bulan keampunan-Mu, ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, pada pagi ini kami menadah tangan kepada-Mu. Kami hamba-Mu yang penuh dengan dosa, penuh dengan kelalaian, penuh dengan kealpaan — ampunilah kami, ya Allah.

Ya Allah, turunkanlah rahmat dan keampunan kepada kami. Kumpulkanlah segala hajat-hajat kami dan tunaikan permintaan- permintaan kami.

Ya Allah, sekiranya ada di kalangan kami yang sedang diuji, angkatlah ujian mereka. Sekiranya ada yang dalam musibah, angkatlah musibah mereka. Sekiranya ada yang dalam kesempitan hidup, lapangkanlah hidup mereka. Kurniakan kepada mereka sifat sabar dan redha dalam menghadapi ujian.

Ya Allah, panjangkan umur kami dalam ketaatan dan jadikan umur kami dipenuhi amal yang Engkau redhai. Jika sudah sampai masa pertemuan kami dengan-Mu, jadikan pertemuan itu sebaik-baik pertemuan dan jadikan kematian kami sebaik-baik kematian di sisi-Mu.

Ya Allah, Kau bantulah umat Islam di Palestine. Bantulah para mujahidin di Palestine. Bebaskanlah Bumi Baitul Maqdis, bebaskanlah Masjidil Aqsa. Bantulah saudara-saudara kami yang dalam peperangan di Bumi Palestine, dan bantulah seluruh umat Islam di mana sahaja mereka berada.

Ya Allah, anugerahkanlah kepada kami hati yang bersih, lisan yang berakal dan berakhlak mulia; supaya yang keluar dari lisannya membawa kebaikan, kasih sayang, perpaduan dan keamanan. Jika tidak mampu keluar perkataan yang baik, ajar kami diam yang membawa kebaikan.

Ya Allah, limpahkan rahmah-Mu, ampunkan dosa-dosa kami, dan jadikan kami tergolong dalam orang-orang yang Engkau kasihi dan beri kebaikan.

Aamiin Ya Rabbal'alamin