Bismillahirrahmanirrahim
Suhbah Dengan Para Ahlillah
"𝑻𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒌𝒆𝒍𝒂𝒛𝒂𝒕𝒂𝒏 𝒉𝒊𝒅𝒖𝒑 𝒎𝒆𝒍𝒂𝒊𝒏𝒌𝒂𝒏 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒃𝒆𝒓𝒔𝒂𝒉𝒂𝒃𝒂𝒕 𝒅𝒆𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒈𝒐𝒍𝒐𝒏𝒈𝒂𝒏 𝒂𝒍-𝒇𝒖𝒒𝒂𝒓𝒂' 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒇𝒂𝒒𝒊𝒓. 𝑴𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒊𝒕𝒖𝒍𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒃𝒆𝒏𝒂𝒓𝒏𝒚𝒂 𝒔𝒖𝒍𝒕𝒐𝒏(𝒓𝒂𝒋𝒂), 𝒑𝒆𝒎𝒊𝒎𝒑𝒊𝒏 𝒅𝒂𝒏 𝒎𝒆𝒓𝒆𝒌𝒂 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈-𝒐𝒓𝒂𝒏𝒈 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒖𝒍𝒊𝒂."
Golongan faqir itu bukanlah orang yang miskin harta, tetapi jiwa yang miskin di hadapan Allah. 𝗙𝗮𝗾𝗶𝗿 yang dimaksudkan ialah faqir disisi Allah, jiwa yang sentiasa faqir iaitu mereka golongan ahlillah, orang yang hatinya hidup dengan Allah, hatinya sentiasa berhubung dengan Allah, orang yang sentiasa hatinya bersama dengan Allah. Mereka itulah sebenar-sebenar raja, pemimpin dan orang yang mulia.
𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮?
Ingin tahu siapa diri kita..lihatlah dengan siapa kita duduk. Lihatlah siapa disekeliling kita. Jika duduk dengan para ahlillah, para ulamak rabbani, ahli khidmat, dan mereka yang siang malam untuk agama..maka limpahan kebaikan itu akan mengalir kepada kita. Namun disebaliknya, jika kita duduk dengan ahli nafsu/syahwat, ahli maksiat..maka sedikit sebanyak juga kejahatan mereka akan mengalir kepada kita.
Maka, dalam perjalanan salik sangat penting memberikan penekanan dengan siapa kamu bergaul dan berdamping. Lihatlah siapa teman dan sahabat kamu. Dan tidak ada sebaik-baik yang menemani perjalanan hidup kamu melainkan apabila kamu sentiasa dipandu oleh seorang guru yang mursyid.
Guru yang mursyid yang kamil mukamil, yang boleh didik perjalanan hati dan nafsu mu kepada Allah Taala..itulah sebaik-baik teman dalam hidup.
Jika kamu duduk dengan ahli dunia, lama kelamaan hatimu akan kuat tertarik dengan dunia. Namun sebaliknya, jika kamu duduk bersama ahlillah, orang yang soleh, orang yang hidup hatinya dengan Allah..maka, lama-kelamaan hatimu akan asyik dengan Allah dan akan sentiasa merindui akan Allah swt.
Maka, didiklah jiwa agar faqir di hadapan Allah. Jiwa yang miskin di hadapan Allah, layak mendapat zakat daripada Allah.
Sekiranya kamu ingin mendapat zakat daripada Allah, faqirkan jiwa mu di hadapan Allah.
Zakat, yakni permata makrifat yang akan Allah kurniakan dalam hidup. Tiada yang lebih bernilai dalam hidup pabila dikurniakan makrifat.
Orang yang faqir di hadapan Allah bererti dia tidak lagi bergantung pada dunia dan manusia. Hatinya hanya bergantung kepada Allah. Itulah kekayaan sebenar. Jiwanya kaya disisi Allah.
Faqir itu ukurannya bukan pada harta, namun pada qolbu yang sentiasa merendah di hadapan Allah. Dunianya itu hanya berada di dalam genggaman tangannya, tidak berada di dalam qolbunya.
Berkata Ayahanda Walid,
"𝑅𝑒𝑛𝑑𝑎ℎ𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑖𝑤𝑎𝑚𝑢 𝑑𝑖 ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ..
𝑀𝑖𝑠𝑘𝑖𝑛𝑘𝑎𝑛 𝑗𝑖𝑤𝑎𝑚𝑢 𝑑𝑖 ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ..
𝐹𝑎𝑘𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑞𝑜𝑙𝑏𝑢 𝑚𝑢 𝑑𝑖 ℎ𝑎𝑑𝑎𝑝𝑎𝑛 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ..
𝐼𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ 𝑘𝑒𝑛𝑖𝑘𝑚𝑎𝑡𝑎𝑛.
𝐾𝑒𝑡𝑖𝑘𝑎 𝑖𝑡𝑢𝑙𝑎ℎ, 𝑠𝑎𝑎𝑡 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑏𝑒𝑟𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝 𝑚𝑢.
𝐾𝑎𝑚𝑢 𝑑𝑢𝑑𝑢𝑘 𝑑𝑖 𝑡𝑖𝑡𝑖𝑘 𝑝𝑎𝑙𝑖𝑛𝑔 𝑟𝑒𝑛𝑑𝑎ℎ 𝑝𝑎𝑑𝑎 𝑡𝑖𝑡𝑖𝑘 𝑘𝑒ℎ𝑎𝑚𝑏𝑎𝑎𝑛,
𝑚𝑎𝑘𝑎 𝑘𝑎𝑚𝑢 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑐𝑎𝑝𝑖 𝑛𝑖𝑘𝑚𝑎𝑡 𝑘𝑒ℎ𝑎𝑚𝑏𝑎𝑎𝑛.
𝐷𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑡𝑖𝑘𝑎 𝑖𝑡𝑢, 𝐴𝑙𝑙𝑎ℎ 𝑇𝑎𝑎𝑙𝑎 𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑡𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑒𝑚𝑖 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑜𝑙𝑜𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑛 𝑏𝑖𝑚𝑏𝑖𝑛𝑔𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑙𝑎𝑚 ℎ𝑖𝑑𝑢𝑝 𝑚𝑢."
Maksud '𝗸𝗲𝗹𝗮𝘇𝗮𝘁𝗮𝗻' dalam matan ialah ada rasa, kesedapan, keseronokan, perasaan zauq, kelazatan pada qolbu, ada rasa yang Allah campakkan dalam hatinya.
Duduk dengan golongan ahli dunia, hati akan menjadi sempit. Namun disebaliknya, ketika mana kita duduk dengan orang yang hatinya sentiasa hidup dengan Allah (ahlillah), akan membawa hati kita menjadi lapang selapang-lapangnya. Oleh itu, jika ingin mendapatkan hati yang lapang, tenang dan tidak sempit..maka, hadirlah ke dalam majlis-majlis ahlillah. Walaupun sesaat duduk bersama mereka, itu yang akan memberikan kelapangan dalam hatimu.
Kata para ulamak, "Sahabat adalah penarik hati."
Dengan siapa kita bergaul, itulah yang akan mewarnai qolbumu dan yang mencorakkan hatimu. Yang akan mewarnai dan mencorakkan jiwa dan rohanimu ialah siapa yang berada disekeliling mu.
𝗞𝗲𝗻𝗮𝗽𝗮 𝗳𝘂𝗾𝗮𝗿𝗮' 𝗱𝗶𝗸𝗮𝘁𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗿𝗮𝗷𝗮, 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗹𝗶𝗮?
Kerana mereka ada maqam, punyai kedudukan yang tinggi disisi Allah swt, lantaran hati mereka bersih, lidah mereka terjaga dari perbuatan maksiat dan sentiasa basahi lidahnya dengan zikir. Hidup mereka sentiasa dekat dengan Allah. Walaupun pakaiannya biasa, tidak dikenali, tidak punyai jawatan tetapi mereka punyai kedudukan yang tinggi disisi Allah swt.
Ada mereka yang kelihatan biasa, namun mereka luar biasa disisi Allah swt.
Pelajaran dari matan hikam ini ialah carilah guru, carilah sahabat yang boleh didik dan bimbing kita kepada Allah Taala.
Jika mahu hatimu hidup, carilah orang yang hidup hatinya.
Carilah guru dan sahabat sebagai teman yang boleh mengingatkan kita kepada Allah. Duduk dalam majlis ilmu dan majlis zikir, dan jangan kita berjalan seorang diri.
Oleh kerana itu, jika kamu ingin wusul(sampai) kepada Allah..duduk dengan orang telah wusul kepada Allah.
Jika duduk dengan mereka yang tidak boleh membawa kita kepada Allah, hati dan jiwa akan menjadi penat, kosong, resah dan gelisah..kerana kita duduk dengan ahli dunia.
Waallahua'lam
Catatan nota
Majlis Selawat dan Bicara Tauhid Makrifat Bersama Dr UMAY
Muhammad Afif Yahya
16.04.2026
Nota Sebelumnya
Tiada nota sebelumnya.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.