Bismillahirrahmanirrahim

Seruan Taubat Dari Akhlak Yang Keji Menuju Kesempurnaan Pekerti.

Dengarkan Ayat CintaNya (3 Rejab 1446 H)

Seruan Taubat dari Akhlak yang Keji Menuju Kesempurnaan Pekerti.

...........................

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (31)

Maksud: Dan bertaubatlah (kembalilah) kepada Allah wahai para mukmin seluruhnya, mudah-mudahan kalian mendapatkan keberuntungan. (An Nur: 31)

Penjelasan:

1. Ayat ini diawali dengan perintah kepada para lelaki dan wanita untuk berakhlak dan menjaga budi pekerti sebagai seorang mukmin dan mukminah.

2. Allah memerintahkan sekalian mukmin (lelaki dan wanita) untuk bertaubat kepada Allah dengan meninggalkan kebiasaan akhlak yang buruk dan sifat yang keji pada zaman jahiliah menuju keindahan budi pekerti.

3. Ketahuilah bahawa keberuntungan itu akan ditemukan dalam ketaatan pada perintah Allah dan RasulNya serta meninggalkan apa yang dilarang.

4. Hanya Allah sebaik-baik tempat memohon pertolongan untuk diberi hidayah dan taufiq dalam melaksanakan ketaatan serta menjauhi yang dilarang.

Allahu'alam. Moga Allah rezekikan kita faham dariNya tentangNya amin.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.