Apa kita persiapkan untuk Ramadan,

Jika hati kita masih penuh beringin nafsu,

Dan diisi dengan sangkaan kepada sesama saudara?

Puasa simbolik menahan diri,

Dari dikuasai hawa nafsu.

Harta simbolik dunia.

Kerana harta pusaka,

Bergaduh semua waris.

Ego simbolik keakuan.

Suami isteri bergaduh,

Saling berasa lebih,

Suami berkata aku tuan rumah,

Isteri berkata aku suri rumah,

Yang terkesan adalah anak.

Pergaduhan rakan perniagaan,

Simbolik kepentingan hawa.

Simbolik rukuk dan sujud,

Bermaksud kita tidak memiliki.

Simbolik tawaf dan saie,

Bermaksud dunia ini tidak tetap,

Sentiasa berbolak-balik.

Maka jangan sampai kita dipermainkan dunia,

Gunakan dunia jangan dipergunakan.

Nabi saw contoh teragung,

Mentaati Allah tanpa kepentingan dirinya,

Selari dengan segala kehendak Allah,

Menunjukkan Nabi saw mempunyai mahabbah yang mutlak kepada Allah,

Telah tenggelam dalam hadrah Allah,

Tiada lagi hawa.

Bermusuhan saling benci sesama,

Tanda hilangnya mahabbah.

Keakuan, nafsu, harta, dunia.

Bergandingan merosakkan dan membuat musibah kepada umat.

Manusia terus dalam kelalaian.

Perbaikilah sangkaan sesama saudara,

Dustakan sangkaanmu walau ia benar terjadi sekalipun,

Agar engkau tidak dipersoalkan.

Taubat nasuha dan kembalikan hak saudaramu.

Allah...

••••••••••••••••••••••••••••

Sheikh Youssef Muhieddine Rek el Bakhour al Hasani

Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (ED02)

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.