Bismillahirrahmanirrahim
Merebut Keampunan Ilahi Serta Janjinya Bagi Orang Yang Bertaqwa.
Dengarkan Ayat CintaNya (8 Rejab 1446 H)
Merebut keampunan Ilahi serta janjiNya bagi orang yang bertaqwa.
........................
وَسَارِعُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ (133)
Maksud: Dan bersegeralah menuju keampunan daripada Rabb kalian serta syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang telah disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa (Ali Imran: 133)
........................
Penjelasan:
1. Ayat ini merupakan seruan kepada orang Mukmin untuk bersegera memohon keampunan Allah swt agar ditutupi segala keaiban daripada dosa yang telah dilakukan dengan rahmatNya swt.
2. Di samping itu, wajiblah bagi sang Mukmin mengharapkan kemaafan daripada Allah agar terselamatlah dirinya daripada siksaanNya yang berat akibat dosa yang telah dilakukan.
3. Allah swt memberikan motivasi kepada golongan yang bertaqwa dengan syurga yang luasnya seluas 7 petala langit dan 7 petala bumi yang sebenarnya mengisyaratkan kepada kebesaran Allah swt melalui keluasan kurniaNya ini.
4. Maka menjadi kewajipan untuk sekalian hamba itu mengimani Allah swt dengan ketaatan yang mutlak kepada Allah dan RasulNya sehingga mendapatkan keampunanNya serta dianugerahi dengan syurga yang telah disediakan bagi sekalian hambaNya yang bertaqwa, yang sentiasa merindukan redhaNya dan takutkan murkaNya swt.
Allahu'alam. Moga Allah swt beri kita faham daripadaNya tentangNya. Amin.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.