Bismillahirrahmanirrahim

Bangkitlah Dari Kelalaianmu Dengan Taubat.

Dengarkan ayat cintaNya (9 Rejab 1446 H)

Bangkitlah dari kelalaianmu dengan taubat.

.......................

إِنَّمَا التَّوْبَةُ عَلَى اللَّهِ لِلَّذِينَ يَعْمَلُونَ السُّوءَ بِجَهالَةٍ ثُمَّ يَتُوبُونَ مِنْ قَرِيبٍ فَأُولئِكَ يَتُوبُ اللَّهُ عَلَيْهِمْ وَكانَ اللَّهُ عَلِيماً حَكِيماً.

Hanyasanya Allah swt menerima taubat orang yang melakukan kejahatan kerana kejahilan (kelalaian akan akibat daripada perbuatannya). Kemudian mereka segera bertaubat. Maka mereka itulah golongan yang diterima Allah akan taubatnya dan Allah itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. (An Nisa: 17)

....................

Penjelasan:

1. Allah swt menerima taubat orang yang melakukan kejahatan kerana jahil akan akibat daripada perbuatannya serta besarnya kemurkaan Allah daripada maksiat tersebut.

2. Hakikatnya semua orang yang bermaksiat kepada Allah sama ada tersalah atau sengaja adalah mereka yang jahil, tidak menyedari akan akibat daripada perbuatan mereka meskipun mereka tahu akan haramnya perbuatan tersebut.

3. Namun pada saat mereka bertaubat, kembali mentaati Allah swt sebelum kematian menjemput, maka merekalah golongan yang akan diterima taubatnya oleh Allah swt.

4. Allah swt itu Maha Mengetahui perihal keadaan makhlukNya lagi Maha Bijaksana pula dalam urus tadbir dan ketetapanNya.

Moga Allah swt beri kita faham dariNya, tentangNya. Amin.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.