Bismillahirrahmanirrahim

55 Nama Al Quran

55 Nama Al Quran dan huraiannya

Nama Al-Quran: 1 

Al-Kalam:   ُبﺎَﺘِﻜْﻟا 

Firman Allah Ta'ala:

حمٓ (١) وَٱلْكِتَـٰبِ ٱلْمُبِينِ ( ٢)

Maksudnya:  "Haa,  Miim.  Demi  Al-Kitab  (Al-Quran)  yang  menerangkan

kebenaran".

Huraian Ringkas 

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  ra  berkata Allah menamakan kitab yang diturunkan-Nya dengan nama Al-Quran. Al-Quran  secara  umumnya  bermakna:  Himpunan,  sesuatu  yang  nyata  dan keterangan.  Para  ulamak  berbeza  pendapat  dengan  makna  Al-Quran.  Di antara  mereka  berkata:  Al-Quran  bukanlah  pecahan  daripada  mana-mana perkataan bahkan ianya nama khas bagi kalam Allah Ta'ala. Begitu juga  mengikut  Al-Imam  As-Syaf'ei:  Al-Quran  ialah  nama  khusus  bagi kitabullah.

Berkata  Imam  Abu  Abid  Al-Qasim  Bin  Salam:  Dinamakan  Al-Quran kerana  ianya  menghimpunkan  surah-surah  di  antara  satu  dengan  yang lain.  Ada juga  ulamak  berkata:  Dinamakan  Al-Quran  kerana ianya menghimpunkan segala jenis ilmu di dalamnya.

Al-Imam  Qurtubi  pula  berkata:  Al-Quran  ialah  kalimah  yang  mana ditengahnya tidak terdapat huruf 'hamzah'. Maka ianya di ambil daripada kalimah 'Al-Qarain'  bermaksud:  Ayat-ayat (tanda-tanda) yang membenarkan  di  antara  satu  sama  lain  dan  menyamai  di  antara  satu sama lain (bererti tidak bercanggah antara ayat-ayat Al-Quran).

Kesimpulannya ialah  Al-Quran  merupakan  kalam  Allah  yang terkandung  segala ilmu  dan  juga  tanda-tanda  yang benar  sebagai bukti keagungan Allah Ta'ala.

Nama Al-Quran: 2 

Al-Quranul Karim:   ُٱلْقُرْآنُ ٱلْكَرِيمُ

Firman Allah Ta'ala:

إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌۭ كَرِيمٌۭ

Maksudnya:  "Bahawa  sesungguhnya  (yang  dibacakan  kepada  kamu)  itu

ialah Al-Quran yang mulia".

Huraian Ringkas 

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  ra  berkata Allah menamakan kitab yang diturunkan-Nya dengan nama Al-Quran. Al-Quran  secara  umumnya  bermakna:  Himpunan,  sesuatu  yang  nyata  dan keterangan.  Para  ulamak  berbeza  pendapat  dengan  makna  Al-Quran.  Di antara  mereka  berkata:  Al-Quran  bukanlah  pecahan  daripada  mana-mana perkataan bahkan ianya nama khas bagi kalam Allah Ta'ala. Begitu juga  mengikut  Al-Imam  As-Syaf'ei:  Al-Quran  ialah  nama  khusus  bagi kitabullah.

Berkata  Imam  Abu  Abid  Al-Qasim  Bin  Salam:  Dinamakan  Al-Quran kerana  ianya  menghimpunkan  surah-surah  di  antara  satu  dengan  yang lain.  Ada juga  ulama  berkata:  Dinamakan  Al-Quran  kerana ianya menghimpunkan segala jenis ilmu di dalamnya.

Al-Imam  Qurtubi  pula  berkata:  Al-Quran  ialah  kalimah  yang  mana ditengahnya tidak terdapat huruf 'hamzah'. Maka ianya di ambil daripada kalimah 'Al-Qarain'  bermaksud:  Ayat-ayat (tanda-tanda) yang membenarkan  di  antara  satu  sama  lain  dan  menyamai  di  antara  satu sama lain (bererti tidak bercanggah antara ayat-ayat Al-Quran).

Kesimpulannya ialah  Al-Quran  merupakan  kalam  Allah  yang terkandung  segala ilmu  dan  juga  tanda-tanda  yang benar  sebagai bukti keagungan Allah Ta'ala.

Nama Al-Quran: 3

Al-Kalam: ٱلْكَلَامُ

Firman Allah Ta'ala:

وَإِنْ أَحَدٌۭ مِّنَ ٱلْمُشْرِكِينَ ٱسْتَجَارَكَ فَأَجِرْهُ حَتَّىٰ يَسْمَعَ كَلَـٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ أَبْلِغْهُ مَأْمَنَهُۥ ۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَوْمٌۭ لَّا يَعْلَمُونَ (٦)

Maksudnya: "Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu  (untuk  memahami Islam),  maka  berilah  perlindungan kepadanya  sehingga  ia  sempat  mendengar  kalam  Allah,  kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang ia beroleh aman. Perintah yang tersebut  ialah  kerana  mereka  itu  kaum  yang  tidak  mengetahui  (hakikat Islam)".

Huraian Ringkas 

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  ra  berkata Allah menamakan Al-Quran dengan 'Al-Kalam'. Kalimah 'AI-Kalam' adalah pecahan  daripada  perkataan  'Kesan'.  Dinamakan  Al-kalam  kerana  ianya memberi  kesan  ke  dalam  fikiran  atau  jiwa  pendengar  dan  pembacanya. Khususnya  orang-orang  yang  beriman  kepada  Al-Quran  amat  terkesan dengan pengajaran, peringatan dan isi kandungan Al-Quran.

Peristiwa yang paling jelas betapa Al-Quran merupakan kalam yang memberi kesan ialah yang berlaku kepada Sayyidina Umar Al-Khattab RA apabila beliau mendengar saudara perempuannya membaca surah Toha. Kesannya  sehingga  menjadi  sebab  musabbab  Sayyidina  Umar  RA memeluk Islam.

Kalam  Allah  Ta'ala  terkesan  kepada  fikiran  dan  jiwa  manusia sehingga  manusia  berubah  untuk  menjalani  kehidupan  yang  akan mendapat keredhaan Allah Ta'ala.

Nama Al-Quran: 4

An-Nur/Cahaya:   ٱلنُّورُ

Firman Allah Ta'ala:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَكُم بُرْهَـٰنٌۭ مِّن رَّبِّكُمْ وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكُمْ نُورًۭا مُّبِينًۭا( ١٧٤)

Maksudnya: "Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu  bukti  dari  Tuhan  kamu,  dan  Kami  pula  telah  menurunkan  kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi".

Huraian Ringkas

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  r.a  berkata Allah  menamakan  Al-Quran  dengan  nama  'An-Nur'  yang  bermaksud cahaya. Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata: lanya  dinamakan  cahaya  kerana  dengan  Al-Quran  akan  menampakkan segala  kesamaran  yang  di  lalui  dalam  kehidupan.  Di  antara  kesamaran yang  diserlahkan  oleh  cahaya  (Al-Quran)  ialah  perkara  halal  dan  haram dalam  kehidupan.  Halal  dan  haram  merupakan  hukum  yang  ditentukan oleh Allah Ta'ala kepada umat manusia. Kehidupan ini dalam apa jua sekalipun akan ada kaitan dengan soal halal  dan  haram  sama  ada  berkaitan  dengan  makan  minum,  pakaian, ekonomi, muamalah, individu atau pun kekeluargaan dan lain-lain.

Namun  dalam  dunia  akhir  zaman  sebahagian  manusia  tidak mempedulikan hukum halal dan haram yang penting mereka dapat segala apa yang mereka mahu. Dengan inilah Al-Quran dinamakan cahaya agar kehidupan  ini  dilalui  dengan  jelas  dan  terang  lalu  menunjukkan  kepada manusia supaya tidak terjebak dengan perkara yang dilarang dan dimurkai oleh Allah Ta'ala.

Nama Al-Quran: 5

Petunjuk: ٱلْهُدَىٰ

Firman Allah Ta'ala:

هُدًۭى وَرَحْمَةًۭ لِّلْمُحْسِنِينَ( ٣)

Maksudnya:  “Menjadi  hidayah  (petunjuk)  dan  rahmat  bagi  orang-orang yang sedia mengerjakan amal-amal yang baik".

Huraian Ringkas

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  ra  berkata Allah  menamakan  Al-Quran  dengan  nama  'Al-Huda'  yang  bermaksud petunjuk atau panduan kerana terkandung dalam Al-Quran dalil-dalil yang amat  nyata,  yang  menunjukkan  kepada  kebenaran.  Juga  menjelaskan perbezaan  di  antara  yang  hak  (benar)  dengan  yang  batil  (sesat/salah). Berdasarkan  petunjuk  untuk  membezakan  perkara  yang  benar  dengan yang  salah  inilah  manusia  dapat  mengharungi  kehidupan  yang  tepat. Terutamanya dalam menjalani kehidupan untuk kembali bertemu dengan Allah Ta'ala di akhirat nanti dalam keadaan selamat dan tidak tersesat jalan sehingga terhumban kedalam neraka.

Dalam  kehidupan  dunia  ini  pun  manusia  meletakkan  pelbagai petunjuk  dan  panduan  untuk  memudahkan  segala  urusan  khususnya merujuk  kepada  petunjuk  dalam  perjalanan  ke  suatu  tempat.  Maka bayangkan  betapa  perlunya  manusia  kepada  petunjuk.  Al-Quran  untuk melancarkan perjalanan yang jauh sehingga terpaksa melalui alam-alam lain demi memastikan manusia tersebut sampai ke syurga Allah Ta'ala.

Nama Al-Quran: 6

Rahmat:  ٱلرَّحْمَةُ

Firman Allah Ta’ala:

قُلْ بِفَضْلِ ٱللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِۦ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا۟ هُوَ خَيْرٌۭ مِّمَّا يَجْمَعُونَ(٥٨)

Maksudnya:  "Katakanlah  (Wahai  Muhammad)  "kedatangan  Al-Quran  itu adalah  semata-mata  dengan  limpah  kurnia  Allah  dan  rahmat  (kasih sayang  Nya),  maka  dengan  isi  kandungan  Al-Quran  itulah  hendaknya mereka  bersukacita  (bukan  dengan  yang  lainnya),  kerana  ia  lebih  baik daripada  apa  yang  mereka  himpunkan  dari  segala  benda  dan  perkara yang tidak kekal)".

Huraian Ringkas 

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  r.a  berkata Allah  menamakan  Al-Quran  dengan  'Ar-Rahmat'  yang  bermaksud  kasih sayang. Dengan ini dapatlah kita faham bahawa Al-Quran adalah di antara bukti  yang  nyata  betapa  Allah  Ta'ala  kasih  dan  sayang  kepada  para hamba-Nya.  Allah  Ta'ala  tidak  mahu  para  hamba-Nya  hidup  dalam kegelapan sehingga tidak mampu membezakan antara halal dan haram. Allah  Ta'ala  tidak  mahu  manusia  hidup  tanpa  petunjuk  sehingga  mereka tidak dapat menentukan antara kebenaran dan kesesatan.

Bagi  manusia  yang  mengharapkan  rahmat  atau  kasih  sayang hendaklah  menjadikan  Al-Quran  sebagai  sumber  petunjuk  yang  benar-benar  mengajar  erti  sebuah  kehidupan  yang  berkasih  sayang.  Tanpa  Al-Quran manusia tidak akan mampu mewujudkan sebuah keluarga apatah lagi sebuah masyarakat yang berkasih sayang.

Kesimpulannya ialah tidak ada kasih sayang dalam kehidupan umat manusia tanpa berpandukan ajaran dan tunjuk ajar Al-Quran. Ini kerana Al-Quran adalah sumber kasih sayang daripada Allah Ta'ala.

Nama Al-Quran: 7

Pembeza/Neraca:  ٱلْفُرْقَانُ

Firman Allah Ta’ala:

تَبَارَكَ ٱلَّذِى نَزَّلَ ٱلْفُرْقَانَ عَلَىٰ عَبْدِهِۦ لِيَكُونَ لِلْعَـٰلَمِينَ نَذِيرًا( ١)

Maksudnya:  "Maha  berkat  Tuhan  yang  menurunkan  Al-Furqaan  kepada hambaNya (Nabi Muhammad r), untuk menjadi peringatan dan amaran bagi seluruh penduduk alam".

Huraian Ringkas 

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  ra  berkata Allah  menamakan  Al-Quran  dengan  nama 'Al-Furqan'.  Al-Furqan merupakan  kalimah  yang  menunjukkan  pembeza  atau  neraca pertimbangan  yang  umum  dan  merangkumi  semua  perkara.  Maka  Al-Quran adalah panduan dari sudut membezakan di antara kebenaran dan kebatilan, antara iman dan kufur, antara dunia dan akhirat, antara syurga dan neraka, antara halal dan haram, antara dosa dan pahala, antara taat dan  maksiat,  antara  petunjuk  dan  kesesatan  dan  segala  kebaikan  untuk dibezakan  dengan  segala  kejahatan  serta  lain-lain  perkara  yang  akan membantu kehidupan manusia agar selamat di dunia dan di akhirat.

Siapakah  yang  lebih  tahu  untuk  menunjukkan  segala  perbezaan selain  Allah  Yang  Maha  Berilmu.  Segala  perbezaan  yang  ditunjukkan  oleh Allah  dalam  Al-Furqan  adalah  bertujuan  sebagai  suatu  peringatan  dan amaran  kepada  seluruh  penduduk  alam  dunia  demi kebahagian di  alam akhirat sebagai mana yang dijelaskan dalam ayat di atas.

Yakinlah  bahawa  pengetahuan  manusia  amat  terbatas  dalam menentukan apakah yang sebenarnya memberi menafaat kepada diri dan kehidupan  mereka.  Allah  Maha  Mengetahui  segalanya.  Ikutlah  Al-Furqan kerana semua yang terkandung dalamnya adalah benar.

Nama Al-Quran: 8

Penawar: ٱلشِّفَاءُ

Firman Allah Ta’ala:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌۭ وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ ۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّـٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًۭا (٨٢)

Maksudnya:  "Dan  Kami  turunkan  dengan  beransur-ansur  dari  Al-Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang  yang  zalim  (disebabkan  keingkaran  mereka)  melainkan kerugian jua".

Huraian Ringkas

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  ra  berkata Allah  menamakan  Al-Quran  dengan  nama  dengan  nama  'As-Syifa'  yang bermaksud  penawar.  Allah  Ta'ala  yang  Maha  Penyayang  tidak  akan membiarkan  manusia  merasai  kesakitan  tanpa  menyediakan  ubat  atau penawar.  Dengan  sebab  inilah  Al-Quran  diturunkan  sebagai  penawar kepada  semua penyakit manusia  sama  ada  penyakit zahir  atau penyakit batin.

Penyakit  zahir  seperti  darah  tinggi,  lemah  jantung,  sakit  kepala  dan sebagainya. Adapun penyakit batin seperti kufur, syirik, riya', hasad dengki, kedekut dan lain-lain. Penyakit juga boleh dirujuk kepada sebuah keluarga dan masyarakat.

Masyarakat yang tidak berakhlak, tidak menghormati sesame sendiri, sikap  tidak  peduli  dan  seumpamanya  adalah  masyarakat  yang  sedang ditimpa penyakit.

Maka  semua  penyakit  yang  dinyatakan  di  atas  ubat  yang  paling mujarab  atau  penawar  yang  amat  berkesan  ialah  Al-Quran.  Yakinlah bahawa tanpa  Al-Quran  sebagai  'As-Syifa'  penyakit  tersebut  tidak  akan sembuh terutamanya penyakit yang merujuk dalaman jiwa manusia

Nama Al-Quran: 9

Nasihat:  ٱلْمَوْعِظَةُ

Firman Allah Ta’ala:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ قَدْ جَآءَتْكُم مَّوْعِظَةٌۭ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَآءٌۭ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ وَهُدًۭى وَرَحْمَةٌۭ لِّلْمُؤْمِنِينَ (٥٧)

"Wahai  umat  manusia!  Sesungguhnya  telah  datang  kepada  kamu  Al-Quran  yang  menjadi  nasihat  pengajaran  dari  Tuhan  kamu,  dan  yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada (hati) kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman".

Huraian Ringkas

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  r.a  berkata Allah  menamakan  Al-Quran  dengan 'Al-Mau'izah' iaitu  nasihat  dan pengajaran daripada Allah Ta'ala. Nasihat untuk melalui kehidupan dunia demi keselamatan akhirat amat bernilai terutamanya ia datang daripada Allah  Yang  Maha  Mengetahui.  Di  antara  nasihat  Allah  Ta'ala  kepada manusia  ialah  dalam  perkara berkaitan  muamalah  seperti  menjauhi  riba kerana  Allah  Ta'ala telah  mengharamkan riba  dan  hendaklah bermuamalah  melalui  jual  beli  kerana  perkara  tersebut  dihalalkan  oleh Allah Ta'ala.

lanya  dinyatakan  dalam  surah  Al-Baqarah  ayat  275  yang  mana secara  jelas  Allah  Ta'ala  menggunakan  kalimah  'Mau'izah'.  Antara  contoh lain Allah Ta'ala juga menasihatkan manusia dalam perkara rumah tangga, masalah talaq, pergaulan suami isteri, pembinaan keluarga dan lain-lain. Setengah  ulamak  berpandangan  bahawa  terdapat  seribu  ayat-ayat nasihat dalam Al-Quran. Hendaklah kita menerima nasihat dan pengajaran daripada  Allah  Ta'ala  kerana  nasihat  siapakah  lagi  yang  lebih  baik  dan tepat selain daripada nasihat Allah Yang Maha Mengetahui.

Nama Al-Quran: 10

Pengajaran: ٱلذِّكْرُ

Firman Allah Ta’ala:

وَهَـٰذَا ذِكْرٌۭ مُّبَارَكٌ أَنزَلْنَـٰهُ ۚ أَفَأَنتُمْ لَهُۥ مُنكِرُونَ (٥٠)

Maksudnya:  "Dan  Al-Quran  ini  juga  pengajaran  yang  berkat,  yang  Kami turunkan  (kepada  Nabi  Muhammad)  dengan  keadaan  yang  demikian maka patutkah kamu mengingkarinya?"

Huraian Ringkas

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  ra  berkata Allah  menamakan  Al-Quran  sebagai  'Zikru  kerana  didalam  Al-Quran terkandung banyak pengajaran sama ada dalam bentuk panduan ke arah kebaikan  atau  pun  amaran.  la  juga  terkandung  peristiwa  yang  berlaku kepada  umat-umat  terdahulu  sebagai  suatu  pengajaran  kepada  umat yang  terkemudian.  Az-Zikru juga  bermaksud  kemuliaan  yang  mana merujuk  kepada  Al-Quran  itu  sendiri  yang  bersifat  mulia  dan  mesti dimuliakan  kerana  ianya  adalah  kalam  Allah  Yang  Maha  Mulia.  Sesiapa yang  mengikut  dan  mematuhi  pengajaran  Al-Quran  yang  mana hakikatnya  adalah  peringatan  daripada  Allah  Ta'ala  maka  ianya  akan dimuliakan oleh Allah Ta'ala sama ada di dunia dan di akhirat.

Terdapat  banyak  ayat-ayat  didalam  Al-Quran  yang  memberi amaran keras kepada mana-mana manusia yang menolak pengajaran Al-Quran  sehingga  Allah  Ta'ala  menjanjikan  kehidupan  yang  sempit  serta akan  dibutakan  pandangan  mereka  bila  mana  mereka  berada  di  akhirat kelak.  Mereka  yang  menolak  peringatan  Al-Quran juga  tidak  akan dipedulikan oleh Allah Ta'ala sekalipun berdepan dengan azab neraka. Allah adalah sebaik-baik pemberi pengajaran.

Firman Allah Ta’ala:

وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةًۭ ضَنكًۭا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ أَعْمَىٰ (١٢٤)

قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِىٓ أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًۭا (١٢٥)

قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ ءَايَـٰتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ ٱلْيَوْمَ تُنسَىٰ (١٢٦)

وَكَذَٰلِكَ نَجْزِى مَنْ أَسْرَفَ وَلَمْ يُؤْمِنۢ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّهِۦ ۚ وَلَعَذَابُ ٱلْـَٔاخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبْقَىٰٓ (١٢٧)

Maksudnya:  "Dan  barangsiapa  berpaling  dari  pengajaran-Ku,  maka sesungguhnya  baginya  penghidupan  yang  sempit,  dan  Kami  akan menghimpunkannya  pada  hari  kiamat  dalam  keadaan  buta".  Berkatalah ia:  "Ya  Tuhanku,  mengapa  Engkau  menghimpunkan  aku  dalam  keadaan buta,  padahal  aku  dahulunya  adalah  seorang  yang  melihat?"  Allah berfirman:  "Demikianlah,  telah  datang  kepadamu  ayat-ayat  Kami,  maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamupun dilupakan". Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak percaya kepada ayat-ayat Tuhannya. Dan sesungguhnya azab di akhirat itu lebih berat dan lebih kekal".

(Surah Toha: 124-127)

Nama Al-Quran: 11

Mulia: ٱلْكَرِيمُ

Firman Allah Ta’ala:

إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌۭ كَرِيمٌۭ (٧٧)

Maksudnya:  "Bahawa  sesungguhnya  (yang  dibacakan  kepada  kamu)  itu ialah Al-Quran yang mulia".

(Surah Al-Waqiah:77)

Huraian Ringkas

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  ra  berkata Allah menamakan Al-Quran dengan 'Al-Karim' bermaksud mulia. Al-Quran mulia pada kedudukannya, mulia pada isi kandungan dan pengajarannya, mulia lagi  tinggi  nilai  petunjuk  serta  panduannya.  Al-Quran  akan membentuk individu, keluarga dan masyarakat yang mulia. Mulia pada hati budinya,  mulia  pada  tutur  bicaranya,  mulia  pada  tingkah  laku  dan adabnya.  Maka  tidak  ada  kemulian  tanpa  Al-Quranul  Karim.  Sebaliknya akan hinalah seorang individu, sebuah keluarga dan satu masyarakat bila mana mereka tidak hidup dengan kemuliaan petunjuk, ajaran dan nasihat Al-Quran.

Dengan  ini  kita  hendaklah  menjaga  kemuliaan  Al-Quran  dengan menjaga adab-adab dengan Al-Quran, sama ada semasa membaca Al- Quran  dan  sebagainya.  Adab  yang  paling  utama  dengan  Al-Quran  ialah beriman  dengan  Al-Quran,  yakin  dengan  segala  isi  kandungannya  serta menjadikan Al-Quran sumber petunjuk dalam segenap kehidupan.

Nama Al-Quran: 12

Tinggi:  ٱلْعَلِيُّ

Firman Allah Ta’ala:

Perhiasan (43:4)

وَإِنَّهُۥ فِىٓ أُمِّ ٱلْكِتَـٰبِ لَدَيْنَا لَعَلِىٌّ حَكِيمٌ ( ٤)

Maksudnya:  "Dan  sesungguhnya  Al-Quran  itu  dalam  ummul  Kitab  (Luh Mahfuz)  di  sisi  Kami  sangat  tinggi  (kemuliaannya),  lagi  amat  banyak mengandungi hikmah-hikmah dan kebenaran yang tetap kukuh."

(Surah Az-Zukhruf: 4)

Huraian Ringkas

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  ra  berkata Allah  menamakan  Al-Quran  dengan  'Al-Aliy'  iaitu  teramat  tinggi.  lanya kesinambungan  namanya  'Al-Karim'  (mulia).  Maka  para  alim  ulamak menggabungkan maksudnya ialah ketinggian kemuliaan serta keagungan Al-Quran yang selayaknya ia sebagai kalam Allah Yang Maha Tinggi, Maha Mulia lagi Maha Agung. Semoga kita merasai betapa tingginya kemuliaan serta keagungan Al-Quran yang diturunkan oleh Allah Ta'ala kepada Rasul-Nya yang terpilih iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Maka  beruntunglah  umat  yang  diturunkan  untuknya  sebuah  kitab yang  tertinggi  kedudukannya.  Diharapkan  juga  agar  kita  akan  mendapat kedudukan yang tertinggi di syurga Firdaus dengan sebab berpegang dan mengikut  ajaran  daripada  Al-Quran  yang  bersifat  tertinggi  nilai  ajaran secara keseluruhannya.

Nama Al-Quran: 13

Hikmah/Pengajaran: ٱلْحِكْمَةُ

Firman Allah Ta’ala:

حِكْمَةٌۢ بَـٰلِغَةٌۭ ۖ فَمَا تُغْنِ ٱلنُّذُرُ ( ٥)

Maksudnya:  "Yang  demikian  ialah  hikmah  (pengajaran)  yang  cukup sempurna.  Dalam  pada  itu  segala  peringatan  dan  amaran  tidak  akan mendatangkan faedah (kepada mereka yang ingkar)."

( Surah Al-Qamar: 5)

Huraian Ringkas

Al-Quran di namakan 'Al-Hikmah' ianya mempunyai banyak maksud di  antaranya  ialah  pengajaran,  peringatan  dan  kebenaran.  Al-Quran melalui  ajaran,  petunjuk  dan  panduan  yang  tersurat  dan  tersirat  banyak pengajaran,  peringatan  serta  kebenaran  yang  akan  dapat  dimanfaatkan oleh seluruh umat manusia.

Sebagai  contoh  sering  digunakan  kalimah  'hikmah  disebalik  suatu ketentuan, perintah, larangan dan sebagainya daripada Allah Ta'ala yang mana ianya  terkandung  dalam  Al-Quran.  Umpamanya  Allah  Ta'ala menetapkan  (mewajibkan)  atau  memerintah  kita  berpuasa  pada  bulan Ramadhan.  Apakah  hikmah,  pengajaran  atau  peringatan  yang  hendak diberikan  kepada  manusia?  Antara  hikmahnya  ialah  disebalik  ibadah puasa  akan  mendidik  jiwa  manusia  menjadi  orang  yang  pemurah, bertimbang  rasa,  menginsafi  kesusahan  dan  kelaparan  fakir  miskin  dan sebagainya.

Nama Al-Quran: 14

Hikmah/Kebijaksanaan:  ٱلْحَكِيمُ

Firman Allah Ta’ala:

الٓر ۚ تِلْكَ ءَايَـٰتُ ٱلْكِتَـٰبِ ٱلْحَكِيمِ ( ١)

Maksudnya:  "Alif,  Laam  Raa'  ini  ialah  ayat-ayat  Kitab  (Al-Quran)  yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh."

(Surah Yunus: 1)

Huraian Ringkas

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  r.a  berkata Allah  menamakan  Al-Quran  dengan 'Al-Hakim'  bermaksud  hikmat kebijaksanaan.  la  juga  mempunyai  kesinambungan  dengan  kalimah  'Al- Hikmah'  iaitu  suatu  pengajaran  disebaliknya  terdapat  hikmat  kebaikan. Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi r.a juga berkata Al- Quran  dinamakan  'Al-Hakim'  kerana  ayat-ayatnya  memutuskan  perkara yang  halal  dan  haram.  Sesiapa  yang  mengetahui  perkara  tersebut  dan beramal  dengannya  iaitu  dengan  mengambil  yang  halal  dan  menjauhi yang haram dengan sendirinya akan terhindar daripada perkara yang keji dan  buruk.  Ini  adalah  salah  satu  contoh  konsep  hikmah  kebijaksanaan ajaran Al-Quran.

Oleh yang demikian bagi sesiapa yang ingin menjalani kehidupan di ini  dengan  penuh  hikmah  kebijaksanaan  sehingga  dapat dunia menghindari  segala  bahaya,  musibah  dan  seumpamanya  hendaklah  ia bergantung dengan seluruh hukum hakam yang telah diputuskan oleh Al-Quran yang penuh dengan hikmah kebijaksanaan

Nama Al-Quran: 15

Pemelihara:  ٱلْمُهَيْمِنُ

Firman Allah Ta’ala:

وَأَنزَلْنَآ إِلَيْكَ ٱلْكِتَـٰبَ بِٱلْحَقِّ مُصَدِّقًۭا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ ٱلْكِتَـٰبِ وَمُهَيْمِنًا عَلَيْهِ ۖ

Maksudnya: "Dan Kami turunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran)  dengan  membawa  kebenaran,  untuk  mengesahkan  benarnya kitab-kitab suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya"

(Surah Al-Maidah:48)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Muhaimin'  iaitu  yang  bermaksud  pemelihara,  yang mana  Al-Quran  ini  merupakan  saksi  bahawa  kitab-kitab  yang  terdahulu adalah benar ianya datang daripada Allah Ta'ala. Al-Quran juga menjaga isi kandungan kitab yang terdahulu dengan menceritakan kisah-kisah yang benar  sama  ada  kisah  para  anbiya'  a.s  dan  pengikut  mereka  di  mana kisah-kisah  tersebut  telah  di  selewengkan  dan  di  ubah  kebenarannya. Perkara  ini  jelas  berlaku  kepada  kitab  Injil  dan  Zabur  yang  diubah  oleh penganut  kristian  dan  yahudi.  Namun  mereka tidak  dapat juga menyembunyikan fakta  kebenaran  kerana  Al-Quran  menjaga  dan membongkarkan segala perbuatan mereka.

Nama Al-Quran: 16

Keberkatan: ٱلْبَرَكَةُ

Firman Allah Ta’ala:

كِتَـٰبٌ أَنزَلْنَـٰهُ إِلَيْكَ مُبَـٰرَكٌۭ لِّيَدَّبَّرُوٓا۟ ءَايَـٰتِهِۦ وَلِيَتَذَكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَـٰبِ ( ٢٩)

Maksudnya:  "(Al-Quran  ini)  sebuah  kitab  yang  kami  turunkan  kepadamu (dan  umatmu  Wahai  Muhammad),  kitab  yang  banyak  keberkatan (faedah-faedah dan manfaatnya), untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatNya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna dapat mengambil iktibar"

(Surah Sod: 29)

Huraian Ringkas

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasyi  r.a  berkata Allah  menamakan  Al-Quran  dengan  'Al-Mubarak'  bermaksud  keberkatan. Keberkatan  dalam  Al-Mu'jam  Al-Arabi  Al-Asasi  bermakna  sesuatu  yang padanya mempunyai banyak kebaikan dan berkembangnya kebaikan itu. Keberkatan  juga  bermaksud  sesuatu  yang  mempunyai  banyak  faedah serta  faedah  tersebut  berkembang  dan  berpanjangan.  Begitulah juga  Al-Quran, yang diturunkan oleh Allah Ta'ala mempunyai banyak kebaikan dan faedah,  bahkan  kebaikan  yang  terdapat  pada  Al-Quran  berpanjangan sehingga hari kiamat kelak.

Al-Quran  merupakan  petunjuk,  perundangan,  peraturan,  nasihat, pengajaran, syifa' (penawar), mendapat pahala dan syafaat bagi sesiapa yang  membacanya.  Hidup  dengan  panduan  Al-Quran  dalam  semua lapangan akan membawa kepada kehidupan yang berkat.

Dengan  ini  boleh  ditegaskan  bahawa  sesiapa  yang  tidak  mengikut panduan  Al-Quran  maka  kehidupannya  tidak  berkat  atau  kehidupan seseorang itu tidak banyak kebaikan dan faedah. Jika ada sedikit kebaikan sekalipun ianya tidak berpanjangan sehingga dapat merasai kenikmatan di akhirat

Nama Al-Quran: 17

Ikatan/Tali: ٱلْحَبْلُ

Firman Allah Ta’ala:

وَٱعْتَصِمُوا۟ بِحَبْلِ ٱللَّهِ جَمِيعًۭا وَلَا تَفَرَّقُوا۟ ۚ

Maksudnya: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Al-Quran), dan janganlah kamu berpecah belah."

(Surah Ali Imran: 103)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  juga  di  namakan  'Al-Hablu'  bermaksud  tali.  Sebahagian  ulamak menterjemahkan  habl  dalam  ayat  di  atas  dengan  Islam.  Sebahagian ulamak  lagi  menterjemahkan  habl  itu  dengan  Al-Quran.  Kedua-duanya benar kerana semua ajaran Islam terkandung dalam Al-Quran.

Al-Quran  tersebut  diibaratkan  tali.  laitu  seumpama  tali  yang  dapat mengikat  sesuatu  agar  selamat  atau  mengikat  sesuatu  agar  ianya  tidak terlerai.  Sebagaimana  contoh,  satu  perumpamaan  seekor lembu peliharaan  yang  diikat  dengan  tali dilehernya maka  lembu  tersebut  akan berlegar  sekitar  panjang  tali  itu  sahaja.  Maka  lembu  tersebut  akan terselamat daripada semua keadaan kerana tidak dapat merayau-rayau yang mana sekiranya ia merayau menyebabkan ia memakan rumput yang bukan  milik  tuannya  di  mana  ia  selamat  daripada  makan  rumput  yang haram.

Begitulah hal keadaan diri manusia yang terikat dengan tali Al-Quran atau dengan kata lain peraturan-peraturan Al-Quran. Seseorang yang terikat dengan peraturan Al-Quran akan sentiasa berada dalam keadaan selamat walau ke mana dia pergi dan apa yang dia lakukan. Seseorang itu tidak akan sesekali terlibat dengan kemungkaran, perkara haram, maksiat dan sebagainya kerana diikat oleh peraturan, perintah dan tegahan Al-Quran.

Dengan  ini,  selamatlah  seseorang  atau  masyarakat  yang  sentiasa terikat  kehidupan  yang  dilaluinya  dengan  panduan  dan  peraturan  AJ. Quran,  Mereka  akan  terselamat  daripada  perkara-perkara  yang  telah diharamkan oleh Al-Quran. Inilah yang disifatkan oleh Al-Quran iaitu orang- orang yang berjaya.

Nama Al-Quran: 18

Jalan Yang Lurus:  ٱلصِّرَاطُ ٱلْمُسْتَقِيمُ

Firman Allah Ta’ala:

وَأَنَّ هَـٰذَا صِرَٰطِى مُسْتَقِيمًۭا فَٱتَّبِعُوهُ ۖ

Maksudnya:  "Dan  bahawa  sesungguhnya  inilah  jalanku  yang  betul  lurus, maka hendaklah kamu menurutnya."

(Surah Al-An'am: 153)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran juga dinamakan 'As-Siratol Mustaqim' bermaksud jalan yang lurus. Jalan Al-Quran itulah yang tidak pernah bengkok di mana ianya menunjuk jalan yang benar lagi lurus untuk sampai ke akhirat dengan selamat. Jalan yang akan membawa arah kehidupan yang akan diredhai oleh Allah Azza Wa Jalla. Sama ada manusia sedar atau tidak, mereka sebenarnya sedang dalam  perjalanan  untuk  kembali  bertemu  dengan  Allah  Ta'ala.  Maka manusia  mesti  memahami  selok  belok  jalan  yang  mereka  lalui  di  dunia. Jalan di dunia ini terbentang dengan segala cabaran, penuh dengan liku-liku kehidupan yang mana kadang kala manusia tersesat dalam perjalanan ini sehingga tidak bertemu lagi jalan untuk kembali. Yakinlah bahawa hanya Al-Quran  sahaja  yang  benar-benar  menunjukkan  jalan  yang  lurus,  selain daripada Al-Quran semuanya menunjukkan ke arah jalan yang sesat dan menyeleweng.

Perkara ini sebenarnya disebabkan oleh manusia yang tidak melalui jalan yang telah disediakan oleh Tuhan Yang Maha Pencipta dunia ini iaitu Al-Quran.

Oleh  yang  demikian,  manusia  hendaklah  kembali  kepada  jalan  Al-Quran  yang lurus  yang  akan  membawa  mereka  untuk  mendapat keredhaan Allah Ta'ala dan akan terus dibawa ke syurga.

Nama Al-Quran: 19

Pembimbing Yang Lurus: ٱلْقَيِّمُ

Firman Allah Ta’ala:

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ ٱلْكِتَـٰبَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ (١) قَيِّمًۭا لِّيُنذِرَ بَأْسًۭا شَدِيدًۭا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًۭا (٢)

Maksudnya:  "Segala  puji  bagi  Allah  yang  telah  menurunkan  kepada hamba-Nya Al kitab (Al-Quran) dan Dia tidak mengadakan kebengkokkan (pembohongan)  di  dalamnya.  Sebagai  bimbingan  yang  lurus,  untuk memperingatkan siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita  gembira  kepada  orang-orang  yang  beriman,  yang  mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik".

(Surah Al-Kahfi: 1-2)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi r.a berkata Al-Quran dinamakan 'Al-Qayyim' iaitu bermaksud pembimbing yang lurus lagi benar. Bersyukur kepada Allah yang menurunkan kepada para hamba-Nya sebuah  kitab  (Al-Quran)  yang  mana  tidak  ada  padanya  sebarang penyelewengan.  Allah  Ta'ala  menamakan  Al-Quran  dengan  'Al-Qayyim' agar manusia menyedari bahawa manusia tidak boleh melalui kehidupan di dunia ini tanpa pembimbing.

Walaupun  Allah  Ta'ala  telah  mengutus  Rasulullah  SAW  sebagai pembimbing  umat  manusia  secara langsung,  Allah  Ta'ala  Maha Mengetahui  bahawa  Rasul-Nya  akan  wafat.  Oleh  itulah  Al-Quran  ini dijadikan pembimbing yang tidak akan hilang selamanya yang mana akan sentiasa membimbing manusia hingga ke hari kiamat.

Di antara contoh yang paling jelas, Al-Quran memberi bimbingan dari sudut peringatan atau amaran tentang azab neraka yang disediakan oleh Allah Ta'ala bagi manusia yang ingkar. Al-Quran juga memberi bimbingan dari sudut galakan dengan membawa berita gembira khususnya kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa mereka akan diberi balasan yang baik iaitu syurga.

Disini kita dapat mempelajari kaedah bimbingan Al-Quran yang lurus lagi  benar.  Di  antara  kaedah  tersebut  ialah  bimbingan  dengan  cara menjanjikan  balasan-balasan  yang  baik  dengan  sebab  perbuatan  baik yang dilakukan dan begitulah sebaliknya.

Berbeza  dengan  kaedah  yang  dilaksanakan  oleh  manusia  yang hanya menghukum manusia yang bersalah namun tidak memberi balasan yang  setimpal  dengan  setiap  kebaikan  yang  dilakukan.  Maka  bagi  orang yang  beriman  dengan  Al-Quran  hendaklah  yakin  bahawa  hanya  dengan bimbingan  Al-Quran  manusia  akan  selamat,  bahagia  dan  berjaya mengharungi  kehidupan  di  dunia  dan  berjaya  ke  syurga  Allah  di  akhirat nanti.

Nama Al-Quran: 20

Pemutus:  ٱلْفَصْلُ

Firman Allah Ta’ala:

إِنَّهُۥ لَقَوْلٌۭ فَصْلٌۭ (١٣)

Maksudnya:  “Sesungguhnya  keterangan  Al-Quran  adalah  kata-kata pemutus (yang sebenar)."

(Surah At-Thaariq: 13)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Faslu'  bermaksud  pemutus  yang  benar.  Al-Quran telah memutuskan banyak perkara dalam kehidupan manusia sama ada berkaitan dengan ibadat, muamalat, nikah kahwin, jenayah, pemerintahan, perundangan dan sebagainya.

Al-Quran  telah  memutuskan  semua  perkara  tersebut  dengan menyatakan hukum dan peraturan yang dinamakan wajib, sunat, haram, makhruh  dan  harus.  Segala  keputusan Al-Quran  adalah benar  dan mesti dipatuhi demi kesejahteraan kehidupan manusia. Tidak boleh sama sekali khususnya bagi orang yang beriman dengan Al-Quran mencari keputusan lain selain apa yang telah ditetapkan oleh Al-Quran.

Di antara keputusan yang telah di tetapkan oleh Al-Quran ialah tidak menyembah tuhan selain Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Sebagaimana firman Allah Ta'ala:

۞ وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّۢ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًۭا كَرِيمًۭا (٢٣)

Maksudnya:  "Dan  Tuhanmu  telah  memutuskan  supaya  kamu  jangan menyembah  selain  Dia  dan  hendaklah  kamu  berbuat  baik  pada  ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu. Maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".

(Surah Al-Isra: 23)

Banyak lagi perkara yang telah diputuskan oleh Al-Quran. Hendaklah manusia  yang beriman membaca  dan  memahami  segala  keputusan  Al-Quran  agar  manusia  tidak  terjebak  dengan  memilih  keputusan  lain  atau manusia  sendiri  memandai-mandai  membuat  keputusan  dalam  segala perkara  yang  mana  akan  bercanggah  dengan  keputusan  Al-Quran akhirnya mengundang kemurkaan Allah Azza Wa Jalla.

Disini akan dibawa amaran daripada Allah Ta'ala bagi sesiapa yang ingin  memilih  keputusan  selain daripada  apa  yang  telah diputuskan  oleh Allah Ta'ala dalam Al-Quran.

Firman Allah Ta'ala:

وَمَا كَانَ لِمُؤْمِنٍۢ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى ٱللَّهُ وَرَسُولُهُۥٓ أَمْرًا أَن يَكُونَ لَهُمُ ٱلْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَن يَعْصِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَـٰلًۭا مُّبِينًۭا (٣٦)

Maksudnya:  "Dan  tidaklah  patut  bagi  laki-laki  yang  mukmin  dan  tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu keputusan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa menderhakai Allah dan Rasul-Nya, maka sungguhlah dia telah sesat dengan kesesatan yang nyata".

(Surah Al-Ahzab: 36)

Apakah lagi amaran yang lebih keras daripada apa yang dinyatakan oleh  Allah  Ta'ala  dalam  ayat  tersebut.  Sehingga  manusia  yang  telah mengaku  beriman  dengan  Al-Quran  khususnya  tiba-tiba  memilih  selain daripada  apa  yang  telah  diputuskan  oleh  Al-Quran  akan  di  kira  telah berada dalam kesesatan yang amat nyata.

Nama Al-Quran: 21

Berita Yang Besar: ٱلنَّبَأُ ٱلْعَظِيمُ

Firman Allah Ta’ala:

عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ (١) عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلْعَظِيمِ (٢)

Maksudnya:  "Tentang  apakah  mereka  bertanya-tanya?.  Tentang  berita yang besar yang menggemparkan."

(Surah An-Naba': 1-2)

Huraian Ringkas

Imam  Badruddin  Muhammad  Bin  Abdullah  Az-Zarkasvi  r.a  berkata Allah  menamakan  Al-Quran  dengan  An-Naba'il  Azhim  bermaksud  berita yang besar. Al-Quran telah membawa berita yang besar atau berita yang menggemparkan  umat  manusia  khususnya  pada  awal  penurunan  Al-Quran. Banyak berita-berita besar yang menggemparkan manusia dalam Al-Quran  cuma  yang  paling  menarik  perhatian  manusia  khususnya dikalangan  yang  tidak  beriman  ialah  berita  tentang  hari  kebangkitan manusia  di  akhirat,  manusia  akan  dihidupkan  semula  untuk  menerima balasan terhadap segala perbuatan mereka di dunia.

Manusia  yang  telah  mati,  hancur  ditelan  bumi  tiba-tiba  Al-Quran mengatakan  manusia  tersebut  akan  dihidupkan,  di  bangkitkan  daripada kubur  masing-masing  dan  dihisab  semula  segala  perbuatan  mereka merupakan  suatu  berita  yang  mustahil  bagi  mereka  dan  menjadi  buah mulut kafir musyrik sehingga berita tersebut di anggap berita besar.

Berita  hari  kebangkitan  sememangnya  berita  yang  besar  di  mana orang-orang  yang  beriman  seharusnya  mengambil  suatu  iktibar  atau pengajaran untuk membuat persiapan yang selayaknya.

Firman Allah Ta’ala:

وَقَالَ ٱلَّذِينَ أُوتُوا۟ ٱلْعِلْمَ وَٱلْإِيمَـٰنَ لَقَدْ لَبِثْتُمْ فِى كِتَـٰبِ ٱللَّهِ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْبَعْثِ ۖ فَهَـٰذَا يَوْمُ ٱلْبَعْثِ وَلَـٰكِنَّكُمْ كُنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ (٥٦)

Maksudnya: "Dan berkata orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dan keimanan  (kepada  orang-orang  yang  kafir):  "Sesungguhnya  kamu  telah berdiam (dalam kubur) menurut ketetapan Allah, sampai hari kebangkitan. Maka  inilah  hari  kebangkitan  itu  akan  tetapi  kamu  selalu  tidak  meyakini

(nya)."

(Surah Rum: 56)

Pada  hakikatnya  semua  yang terkandung  dalam  Al-Quran khususnya  tentang  berita-berita  hari  kiamat,  hari  kebangkitan,  hari pembalasan,  perhimpunan  di  padang  mahsyar,  syurga,  neraka  dan  lain-lain  merupakan  berita-berita  besar  yang  mesti  di  ambil  perhatian  yang serius oleh semua orang yang beriman.

Nama Al-Quran: 22

Perkataan Yang Terbaik: أَحْسَنُ ٱلْحَدِيثِ

Firman Allah Ta’ala:

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ كِتَـٰبًۭا مُّتَشَـٰبِهًۭا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ(٢٣)

Maksudnya: "Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Quran  yang  bersamaan  isi  kandungannya  antara  satu  dengan  yang lain (tentang  benarnya dan indahnya), yang  berulang-ulang (keterangannya,  dengan  berbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada  Tuhan  mereka  menjadi  seram  kemudian  kulit  badan  mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat  Allah.  Kitab  suci  itulah  hidayah  petunjuk  Allah,  Allah  memberi hidayah  petunjuk  dengan  Al-Quran itu  kepada  sesiapa  yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak  ada  sesiapa  pun  yang  dapat  memberi  hidayah  petunjuk kepadanya".

(Surah Az-Zumar: 23)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran juga di namakan 'Ahsanul Hadis' bermaksud perkataan yang terbaik. Perkataan  yang  terbaik ini dapat dilihat  dari beberapa  sudut  yang paling terserlah khususnya pada zahir kalam-kalam Al-Quran. Di antaranya dari sudut susunan dan ungkapan bahasa yang cukup indah  sehingga  mengkagumkan  ahli-ahli  bahasa  pada  zaman  awal penurunannya  sehinggalah  pada  hari  ini.  Susunan  bahasa  itu  dapat dirasakan  bila  mana  kita  membacanya  atau  mendengarnya.  Ini  kerana ianya  merupakan  perkataan-perkatan  yang  terbaik  yang  di  susun  oleh Allah Ta'ala yang terkandung disebalik kata-kata yang indah itu dan terbaik itu pengajaran, nasihat dan peringatan yang indah lagi baik.

Perkataan  Al-Quran  merupakan  perkataan  yang  paling  benar. Perkataan  yang  paling  memberi  kesan  dalam  memberi  petunjuk  kepada kehidupan  manusia.  Perkataan  yang  paling  berkesan  dalam  mengubat penyakit manusia sama ada penyakit zahir mahu pun penyakit batin.

Perkataan  Al-Quran  ini  mampu  membuat  kulit  si  pembaca  atau pendengarnya  seram  khususnya  bagi  orang-orang  yang  beriman seterusnya melahirkan rasa ketenangan dalam hati sehingga mudah untuk menerima segala ajaran dan perintah Allah Ta'ala.

Semua  ini  menggambarkan  bahawa  Al-Quran  merupakan  sebaik-baik  bicara  dalam  semua  perkara  yang  diperkatakannya.  Tidak  ada  lagi kalam  atau  perkataan  yang lebih  baik  bicaranya, lebih  berkesan pengajarannya,  lebih  berkesan  penawarnya  dan  yang  lebih  lengkap  dan sempurna  setiap  ayat-ayatnya  lebih  daripada  Al-Quran  yang  menjadi kalam Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Sempurna.

Nama Al-Quran: 23

Kitab Yang Diturunkan:  ٱلتَّنْزِيلُ

Firman Allah Ta’ala:

وَإِنَّهُۥ لَتَنزِيلُ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِينَ( ١٩٢)

Maksudnya:  "Dan  Sesungguhnya  Al-Quran  (yang  di  antara  isinya  kisah-kisah yang tersebut) adalah diturunkan oleh Allah Tuhan sekalian alam".

(Surah As-Syu'ara': 192)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran dinamakan 'At-Tanzil' bermaksud sebuah kitab yang diturunkan. Ini kerana  ia  adalah  sebuah  kitab  yang  diturunkan  oleh  Allah  Azza  Wa  Jalla melalui lisan Jibril a.s. Allah Ta'ala memperdengarkan kepada Jibril a.s akan kalam-Nya dan memahamkan Jibril mengikut kehendak-Nya tanpa boleh digambarkan  sifat  dan  cara  seterusnya  disampaikan  kepada  Nabi  SAW sebagaimana yang difahaminya.

Apabila sudah diketahui bahawa Allah Ta'ala yang menurunkan kitab itu  maka  dapatlah  kita  memahami  hakikat  sejauh  manakah  kehebatan, ketinggian, kesempurnaan dan seribu satu kelebihan yang ada pada kitab Al-Quran itu.

Maka akan terbayang pula dalam hati dan fikiran kita bahawa tidak ada  lagi  kita  yang  setanding  dengan  Al-Quran  dalam  semua  perkara kerana ianya diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Pencipta segala-galanya.

Juga  tidak  akan  timbul  rasa  syak  dan  teragak-agak  untuk menjadikan  Al-Quran  sebagai  sumber  panduan  dalam  semua  lapangan hidup yang dilalui.

Nama Al-Quran: 24

Ar-Ruh:  ٱلرُّوحُ

Firman Allah Ta’ala:

وَكَذَٰلِكَ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ رُوحًۭا مِّنْ أَمْرِنَا ۚ مَا كُنتَ تَدْرِى مَا ٱلْكِتَـٰبُ وَلَا ٱلْإِيمَـٰنُ وَلَـٰكِن جَعَلْنَـٰهُ نُورًۭا نَّهْدِى بِهِۦ مَن نَّشَآءُ مِنْ عِبَادِنَا ۚ وَإِنَّكَ لَتَهْدِىٓ إِلَىٰ صِرَٰطٍۢ مُّسْتَقِيمٍۢ (٥٢)

Maksudnya:  sebagai  ruh  (yang  menghidupkan  hati)  mematuhi  perintah Kami. Engkau tidak pernah mengetahui (sebelum diwahyukan kepadamu), apakah Kitab (Al-Quran) itu dan tidak juga mengetahui apakah iman itu, akan  tetapi  Kami  jadikan  Al-Quran  cahaya  yang  menerangi,  Kami  beri petunjuk  dengannya  sesiapa  yang  Kami  kehendaki  di  antara  hamba- hamba  Kami.  Dan  Sesungguhnya  engkau  (Wahai  Muhammad)  adalah memberi petunjuk dengan Al-Quran itu ke jalan yang lurus".

(Surah As-Syura: 52)

Huraian Ringkas

Al-Quran juga di namakan 'Ar-Ruh' bermaksud ruh atau sesuatu yang menghidupkan sesuatu. Sebagaimana ruh manusia boleh menghidupkan jasad manusia dan setelah manusia tersebut hidup maka semua perkara dapat diurus dengan baik mengikut kehendak Allah Ta'ala.

Namun  apa  yang  dinyatakan  ianya  merujuk  kepada  unsur  zahir  di sana manusia mesti memahami bahawa mereka juga mempunyai unsur yang kedua iaitu unsur batin yang kadang kala disebut hati. Salah satu sifat hati ialah mati. Maka Allah Ta'ala yang Maha Mengetahui menurunkan Al-Quran sebagai ruh yang mampu menghidupkan hati manusia khususnya manusia  yang  hati  mereka  telah  mati  sehingga  tidak  mampu  untuk memahami hakikat kehidupan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala.

Maka Al-Quran berfungsi sebagai ruh yang menghidupkan hati-hati manusia sehingga mereka dapat memahami kehendak, tuntutan, perintah dan larangan Allah Ta'ala dengan baik. Dari sini juga kita mendapat suatu pengetahuan yang amat berguna bahawa manusia tidak akan sempurna bahkan  tidak  akan  berjaya  melalui  kehidupan ini  sekiranya  hanya bergantung  dengan  satu  ruh  yang  menghidupkan  jasad  bahkan  mesti bergantung kepada Al-Quran sebagai ruh yang akan menghidupkan hati dalam  memahami  dan  melaksanakan  perintah  Allah  Subhanahu  Wa Ta'ala.

Nama Al-Quran: 25

Wahyu:  ٱلْوَحْيُ

Firman Allah Ta’ala:

قُلْ إِنَّمَآ أُنذِرُكُم بِٱلْوَحْىِ ۚ وَلَا يَسْمَعُ ٱلصُّمُّ ٱلدُّعَآءَ إِذَا مَا يُنذَرُونَ (٤٥)

Maksudnya:  Katakanlah  (Wahai  Muhammad): "Sesungguhnya  Aku hanyalah  memberi  memperingatkan  kepada  kamu  dengan  wahyu  (Al-Quran yang diturunkan Allah kepadaku)".

(Surah Al-Anbiya': 45)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasvi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Wahyu'  untuk  menyatakan  atau  mengisyaratkan sesuatu  yang  halus  dan  tersembunyi.  Sama  ada  wahyu  tersebut  dalam bentuk perkataan yang disampaikan kepada para Nabi dan para Malaikat, atau dalam bentuk ilham yang diberikan kepada lebah atau isyarat kepada semut.  Perkataan  tersebut  merupakan  pecahan  daripada  'wahyi'  dan 'ajalah'  (isyarat  dan  segera)  yang  mana  memberi  maksud  ilham  yang disampaikan  dalam  keadaan  segera  cepat  dan  tersembunyi  serta  halus sehingga tidak mampu dikesan oleh manusia biasa kecuali para Nabi a.s.

Dengan ini dapat difahami bahawa Nabi Muhammad SAW mendapat perkataan,  ilham,  isyarat  daripada  Allah  Ta'ala  dengan  jalan  wahyu  atau lanya dinamakan wahyu iaitu yang datang daripada Allah Ta'ala. Oleh yang demikian setiap perkara yang diberitakan oleh Baginda SAW tidak ada satu pun melalui kehendak dirinya melainkan semua dengan wahyu.

Oleh  yang  demikian  kita  semua  wajib  menerima  segala  apa  yang disampaikan  oleh  Baginda  Rasulullah  SAW  tanpa  boleh  dipertikaikan walaupun satu perkara dan sekecil mana sekali pun kerana ia semuanya disampaikan dengan jalan wahyu.

Nama Al-Quran: 26

Berulang-ulang: ٱلْمَثَانِي

Firman Allah Ta’ala:

وَلَقَدْ ءَاتَيْنَـٰكَ سَبْعًۭا مِّنَ ٱلْمَثَانِى وَٱلْقُرْءَانَ ٱلْعَظِيمَ (٨٧)


Maksudnya: "Dan sesungguhnya kami telah memberi kepadamu (Wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya."

(Surah Al-Hijr: 87)


Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasvi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Wahyu'  untuk  Imam  Badruddin  Muhammad  Bin Abdullah  Az-Zarkasyi ra  berkata  Al-Quran  dinamakan 'Al-Mathani' bermaksud  ayat  yang  diulang-ulang  kerana  dalam  Al-Quran  terdapat pengulangan  kisah-kisah  yang  telah  terkandung  dalam  kitab-kitab  yang diturunkan  sebelum ini.  Lalu jadilah  Al-Quran ini  sebagai 'bayan' (keterangan) kitab-kita terdahulu.

Ada  ulamak  berpendapat  bahawa  ianya  dinamakan  'Al-Mathani" kerana dalam Al-Quran berulang-ulang ayat yang menjelaskan berkaitan dengan pengajaran, hukum hakam, kisah-kisah dan nasihat-nasihat.


Ada  juga  ulamak  yang  berpendapat  ianya  dinamakan  'Al-Mathani' kerana  merujuk  kepada  nama  surah  Al-Fatihah.  Yang  mana  surah  Al- Fatihah ini mempunyai tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya.


Nama Al-Quran: 27

Berbahasa Arab: ٱلْعَرَبِيَّةُ


Firman Allah Ta’ala:

قُرْءَانًا عَرَبِيًّا غَيْرَ ذِى عِوَجٍۢ لَّعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ (٢٨)

Maksudnya: "laitu  Al-Quran  yang  berbahasa  Arab,  yang tidak mengandungi  sebarang  keterangan  yang  terpesong  supaya  mereka bertaqwa."

(Az-Zumar: 28)


Huraian Ringkas

Al-Quran juga di namakan 'Al-Arabi' bermaksud berbahasa arab. Al-Quran diturunkan dalam bahasa arab. Dalam hal ini timbul satu persoalan kenapa  Al-Quran  diturunkan  dalam  bahasa  arab  dan  juga  dinamakan 'Arabi' iaitu  sesuatu  yang  dinisbahkan  kepada  arab?  Jelasnya jika diperhatikan  bahawa  bahasa  arab  ialah  satu  bahasa  yang  mempunyai kaedah  yang  unik  dan  tersusun  daripada  pelbagai  ilmu  sama  ada  ilmu nahu, ilmu soraf dan ilmu balaghah.

Perkataan  bahasa  arab juga  merupakan  perkataan  yang mempunyai  maksud  yang luas  dan  boleh  dikembangkan  kepada penggunaan  makna  yang  pelbagai.  Daripada  sini  dapatlah  kita  fahami bahawa Al-Quran dinamakan 'Al-Arabi' kerana ianya terkandung kaedah, pengajaran,  ilmu  yang  teramat  luas  yang  mana  ianya  boleh  dijadikan panduan yang amat sempurna. Juga menuntut kita mempelajari bahasa arab  untuk  memahami  Al-Quran  kerana  Al-Quran  hanya  boleh  difahami secara kaedah bahasa Arab.


Nama Al-Quran: 28

Berbahasa Arab:  ُلْﻮَﻘْﻟا

Firman Allah Ta’ala:

۞ وَلَقَدْ وَصَّلْنَا لَهُمُ ٱلْقَوْلَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ (٥١)

Maksudnya:  "Dan  demi  sesungguhnya  Kami  telah  hubungkan  turunnya firman-firman  Kami  (Al-Quran)  dengan  berturut-turut  kepada  mereka, supaya mereka beroleh peringatan (lalu beriman)."

(Surah Al-Qashsash: 51)


Huraian Ringkas

Al-Quran  juga  di  namakan  'Al-Qaul'  bermaksud  firman  atau  kata-kata  atau  ucapan.  Maka  Al-Quran  merupakan  firman,  kata-kata  atau ucapan  Allah  Ta'ala  yang  ditujukan  secara  khususnya  kepada  para hamba-Nya  yang  beriman  dan  secara  umumnya  kepada  seluruh  umat manusia.  Ucapan  atau  firman  Allah  Ta'ala  yang  mesti  diambil  perhatian, difahami dan dilaksanakan segala tuntutannya.

Firman  atau  ucapan  yang  terkandung  segala  panduan  untuk memberitahu  dan  memaklumkan  bagaimana  cara  hidup  yang  mesti dilalui oleh umat manusia agar diredhai oleh Allah Ta'ala. Kata-kata Allah Ta'ala juga diucapkan dalam perkara yang berbeza dan menyeluruh. Ada yang disampaikan dalam bentuk perintah dan larangan, ada dalam bentuk nasihat dan peringatan, ada dalam bentuk berita yang menggembirakan dan berita amaran dan sebagainya.


Di  antara  ucapan  yang  jelas  ditujukan  oleh  Allah  Ta'ala  kepada seluruh manusia ialah firman Allah Ta'ala:

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ ٱعْبُدُوا۟ رَبَّكُمُ ٱلَّذِى خَلَقَكُمْ وَٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ (٢١)


Maksudnya:  "Wahai  sekelian  manusia,  sembahlah  Tuhanmu  yang  telah menciptakanmu  dan  orang-orang  yang  sebelummu,  agar  kamu bertakwa."

(Surah Al-Baqarah: 21)


Nama Al-Quran: 29

Pandangan: ٱلْبَصِيرُ


Firman Allah Ta’ala:

يَكَادُ ٱلْبَرْقُ يَخْطَفُ أَبْصَـٰرَهُمْ ۖ كُلَّمَآ أَضَآءَ لَهُم مَّشَوْا۟ فِيهِ وَإِذَآ أَظْلَمَ عَلَيْهِمْ قَامُوا۟ ۚ وَلَوْ شَآءَ ٱللَّهُ لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ وَأَبْصَـٰرِهِمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَىْءٍۢ قَدِيرٌۭ(٢٠)


Maksudnya:  "Al-Quran  ini  menjadi  panduan  atau  pandangan  yang membuka  matahati  manusia,  dan  menjadi  hidayah  petunjuk  serta membawa rahmat bagi kaum yang meyakini (kebenarannya)."

(Surah Al-Baqarah: 20)


Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasvi ra berkata Al-Quran  dinamakan 'Al-Basoir'  yang  bermaksud  pandangan.  Kalimah tersebut adalah pecahan daripada kalimah 'Basar' (penglihatan zahir) dan 'Basirah'  (penglihatan  batin/mata  hati).  Kedua-duanya  merupakan matlamat  bagi  orang-orang  yang  beriman.  Maksudnya  seorang  yang beriman kepada Allah, Rasul dan hari akhirat hendaklah melalui kehidupan ini  dengan pandangan dengan mata  zahir  dan  juga dengan pandangan mata  hati  agar  dapat melihat  sesuatu  yang  lebih  jauh  dan  bernilai yang mana disediakan oleh Allah kepada orang yang beriman. Maka Al-Quran adalah kedua-dua pandangan tersebut.

Al-Quran akan menjadi mata zahir dan mata batin (mata hati) yang akan  membantu  orang  yang  beriman  untuk  melihat  hakikat  kehidupan yang  sedang  dilalui  dan  kemanakah  tujuan  perjalanan  hidup  ini.  Maka sesiapa  yang  memandang  dengan  pandangan  Al-Quran  mereka  dapat memahaminya dengan benar lagi tepat.


Nama Al-Quran: 30

Keterangan:  ٱلْبَيَانُ

Firman Allah Ta’ala:

هَـٰذَا بَيَانٌۭ لِّلنَّاسِ وَهُدًۭى وَمَوْعِظَةٌۭ لِّلْمُتَّقِينَ (١٣٨)


Maksudnya:  "(Al-Quran)  ini  ialah  penerangan  kepada  seluruh  umat manusia, dan petunjuk serta pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.”

(Ali Imran: 138)


Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran dinamakan 'Al-Bayan' bermaksud keterangan yang nyata, Al-Quran merupakan keterangan, penjelasan dan maklumat yang lengkap kepada umat manusia.

Dalam menjalani kehidupan di dunia ini manusia berdepan dengan banyak perkara yang menjadi persoalan, tanda tanya, kesamaran, bahkan ada dikalangan manusia  tidak mampu memahami matlamat  kehidupan ini, kenapa mereka di cipta oleh Allah Azza Wa Jalla.

Dengan sebab inilah Al-Quran diturunkan oleh Allah untuk memberi keterangan  dan  mendapat  penjelasan  terhadap  segala  persoalan  yang dihadapai  dalam  seluruh  lapangan  kehidupan.  Bertanyalah  kepada  Al-Quran,  maka  Al-Quran  mempunyai  segala  jawapan  tentang  maklumat yang  manusia  perlukan  sama  ada  dalam  soal  kehidupan  duniawi  dan ukhrawi.


Nama Al-Quran: 31

Ilmu:  ٱلْعِلْمُ

Firman Allah Ta’ala:

وَكَذَٰلِكَ أَنزَلْنَـٰهُ حُكْمًا عَرَبِيًّۭا ۚ وَلَئِنِ ٱتَّبَعْتَ أَهْوَآءَهُم بَعْدَ مَا جَآءَكَ مِنَ ٱلْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّۢ وَلَا وَاقٍۢ (٣٧)


Maksudnya: "Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam  bahasa  Arab  dan  demi  sesungguhnya,  jika  Engkau  (Wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu  wahyu  pengetahuan  (Al-Quran),  maka  tiadalah  engkau peroleh  dari  Allah  sesuatupun  yang  dapat  mengawal  dan  memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini)."

(Surah Ar-Rad: 37)


Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi r.a berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Ilmu  yang  bermaksud  ilmu  pengetahuan.  Al-Quran merupakan ilmu pengetahuan yang luas dan tidak terbatas kerana ianya merupakan bicara Allah Yang Maha Berilmu dan ilmu Allah Ta'ala adalah tidak ada sempadannya, maha luas serta merangkumi segalanya.

Sekiranya  manusia  mempelajari  ilmu  daripada  Al-Quran  mereka akan  mendapat  ilmu  yang  luas  serta  merangkumi  ilmu  dunia  dan  ilmu akhirat.

Allah  Ta'ala  sendiri  menegaskan  bahawa  Allah  tidak  meninggalkan suatu  perkara  pun  tentang  maklumat  atau  ilmu  yang  diperlukan  oleh manusia, semuanya dinyatakan dalam Al-Quranul Karim.

وَمَا مِن دَآبَّةٍۢ فِى ٱلْأَرْضِ وَلَا طَـٰٓئِرٍۢ يَطِيرُ بِجَنَاحَيْهِ إِلَّآ أُمَمٌ أَمْثَالُكُم ۚ مَّا فَرَّطْنَا فِى ٱلْكِتَـٰبِ مِن شَىْءٍۢ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّهِمْ يُحْشَرُونَ (٣٨)


Maksudnya:  "Dan  tiadalah  binatang-binatang  yang  ada  di  bumi  dan burung-burung  yang  terbang  dengan  kedua  sayapnya,  melainkan semuanya  umat  (juga)  seperti  kamu.  Tiadalah  Kami lupakan  atau tinggalkan sesuatupun dalam Al-Kitab (semua kami nyatakan), kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan."

(Surah Al-An'am: 38)

Sebahagian  mufassirin  menafsirkan  Al-Kitab  itu  dengan  Al-Quran dengan pengertian bahawa dalam Al-Quran itu telah ada semua perkara antaranya  asas  atau  dasar  agama,  peraturan,  hukum-hukum,  hikmah- hikmah, pengetahuan, dan pimpinan untuk kebahagiaan manusia di dunia dan akhirat, dan kebahagiaan makhluk pada umumnya.


Nama Al-Quran: 32

Kebenaran: ٱلْحَقّ

Firman Allah Ta’ala:

إِنَّ هَـٰذَا لَهُوَ ٱلْقَصَصُ ٱلْحَقُّ ۚ وَمَا مِنْ إِلَـٰهٍ إِلَّا ٱللَّهُ ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَهُوَ ٱلْعَزِيزُ ٱلْحَكِيمُ (٦٢)

Maksudnya: "Sesungguhnya ini ialah kisah-kisah yang benar"

(Surah Ali Imran: 62)


Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Haq'  yang  bermaksud  kebenaran.  Nama  ini  untuk menjelaskan  dan  menegaskan  bahawa  segala  isi  kandungan  Al-Quran adalah benar termasuklah bilamana Al-Quran menjelaskan tentang kisah-kisah umat yang terdahulu. Al-Quran adalah benar kerana Al-Quran adalah kalam  Allah  Yang  Maha  Benar.  Dengan  ini  dapat  disimpulkan  bahawa perintah  dan larangan  Al-Quran  adalah  benar,  peraturan  dan perundangan  Al-Quran  adalah  benar,  berita-berita  sama  ada  tentang alam barzakh, alam akhirat, syurga, neraka dan segalanya adalah benar.

Sesiapa  yang  mempercayai  dan  mengikut  Al-Quran  maka  orang tersebut adalah benar. Sesiapa yang tidak menerima dan tidak mengikut Al-Quran mereka adalah orang-orang yang tidak benar. Kehidupan yang berpandukan  Al-Quran  adalah  kehidupan  yang  benar  dan  sebaliknya kehidupan yang tidak berpandukan Al-Quran adalah kehidupan yang tidak benar. Begitulah halnya dalam semua perkara yang lain.


Nama Al-Quran: 33

Pembimbing: ٱلْهَادِي


Firman Allah Ta’ala:

إِنَّ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًۭا كَبِيرًۭا (٩)

Maksudnya:  "Sesungguhnya  Al-Quran  ini  memberi  membimbing  ke  jalan yang amat betul (Dinul Islam). Dan berilah berita gembira kepada orang- orang  beriman  yang  mana  mereka  mengerjakan  amalan  soleh  bahawa bagi mereka disediakan ganjaran yang besar. "

(Surah Al-Isra': 9)


Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran dinamakan 'Al-Hadi' yang bermaksud pembimbing. Al-Quran bukan sekadar menjadi petunjuk dengan apa yang dinamakan "Al-Huda' bahkan Al-Quran menjadi pembimbing kepada umat manusia ke arah jalan yang benar iaitu Islam. Allah Ta'ala memerintahkan kepada umat manusia agar menjalani  kehidupan  dengan  Islam  namun  bagaimana?  Bukan  mudah hendak  melalui  kehidupan  dengan  Islam  dalam  pelbagai  bidang  dan perkara.  Namun  hakikatnya  sesiapa  yang  berpegang  dengan  Al-Quran maka Al-Quran akan berfungsi membimbingnya dalam menentukan yang manakah diajar oleh Islam dan sebaliknya.


Nama Al-Quran: 34

Keajaiban:  العَجَبُ

Firman Allah Ta’ala:

قُلْ أُوحِىَ إِلَىَّ أَنَّهُ ٱسْتَمَعَ نَفَرٌۭ مِّنَ ٱلْجِنِّ فَقَالُوٓا۟ إِنَّا سَمِعْنَا قُرْءَانًا عَجَبًۭا (١)يَهْدِىٓ إِلَى ٱلرُّشْدِ فَـَٔامَنَّا بِهِۦ ۖ وَلَن نُّشْرِكَ بِرَبِّنَآ أَحَدًۭا (٢)

Maksudnya: "Katakanlah (Wahai Muhammad) telah diwahyukan kepadaku, bahawa  sesungguhnya  satu  rombongan  Jin  telah  mendengar  (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata 'Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya  dan kandungannya sungguh menakjubkan!"Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman  kepadaNya,  dan  kami  tidak  sekali-kali  akan  mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami."

(Surah Al-Jinn: 1-2)


Huraian Ringkas


Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Ajabu  yang  bermaksud  keajaiban.  Keajaiban  yang merujuk  kepada  susunan  bahasanya  atau  pun  keajaiban  yang  merujuk kepada isi kandungannya yang mana ianya merupakan sumber maklumat yang mengjangkaui batasan tempat & masa.

Maklumat yang diberikan dan dinyatakan dalam Al-Quran semuanya tidak  pernah  lari  dan  sentiasa  tepat  dengan  kajian-kajian  semasa  yang dilakukan  oleh  manusia.  Mutakhir  ini  banyak  fakta-fakta  sains  yang mengesahkan  apa  yang  telah  dinyatakan  oleh  Al-Quran  yang  mana  Al-Quran  telah  mendahului  perkara  tersebut  sama  ada  dari  segi  ilmu  dan sebagainya  lebih  daripada  1400  tahun  yang  lalu.  Bagaimana  Al-Quran menceritakan tentang  perkembangan janin  di  dalam  kandungan, bagaimana  Al-Quran  menceritakan  tentang  cekerawala,  bagaimana  Al-Quran menceritakan tentang peredaran bintang-bintang, bumi, matahari dan  planet-planet  lain  di  atas  orbit  masing-masing.  Semuanya  itu merupakan suatu keajaiban yang tidak mampu untuk diungkapkan. Semua perkara  tersebut  merupakan  perkara  yang  terzahir,  bagaimana  pula  apa yang  Al-Quran  ceritakan  tentang  masa  akan  datang  yang  tidak  ada seorang pun pernah melaluinya.

Firman Allah Ta'ala:

 لَا ٱلشَّمْسُ يَنۢبَغِى لَهَآ أَن تُدْرِكَ ٱلْقَمَرَ وَلَا ٱلَّيْلُ سَابِقُ ٱلنَّهَارِ ۚ وَكُلٌّۭ فِى فَلَكٍۢ يَسْبَحُونَ (٤٠)


Maksudnya: "Tidaklah mungkin bagi matahari dapat mengejar bulan dan (begitu  juga)  malam  pun  tidak  dapat  mendahului  siang.  Dan  masing-masing beredar pada garis edarnya (orbitnya masing-masing)."

(Surah Yasin: 40)


Nama Al-Quran: 35

Peringatan: ٱلتَّذْكِرَةُ


Firman Allah Ta’ala:

وَإِنَّهُۥ لَتَذْكِرَةٌۭ لِّلْمُتَّقِينَ (٤٨)

Maksudnya: "Dan sesungguhnya (Al-Quran) itu tetap menjadi peringatan bagi orang-orang yang bertaqwa."

(Surah Al-Haqqah: 48)


Huraian Ringkas


Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'At-Tazkirah  yang  bermaksud  peringatan.  Allah  Ta'ala Yang  Maha  Penyayang,  Maha  Mengetahui  bahawa  manusia  tidak  sunyi daripada melakukan kesilapan dan pelupa. Dengan sebab inilah Al-Quran dinamakan peringatan agar kelupaan manusia dapat di atasi terutamanya bilamana  manusia  lupa  terhadap  perkara  yang  amat  penting  dalam hidupnya iaitu Allah Ta'ala.

Kalimah  'Tazkirah  juga  adalah  peringatan  yang  lebih  khusus  bagi orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Namun walau bagaimana pun atas sifat Al-Quran sebagai rahmat maka ianya memperingatkan kepada seluruh manusia agar melalui kehidupan dalam keadaan ingat dan tidak lalai.

(Surah Al-Haqqah: 48)


Nama Al-Quran: 36

Simpulan / Ikatan: ٱلْعُرْوَةُ


Firman Allah Ta’ala:

۞ وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُۥٓ إِلَى ٱللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌۭ فَقَدِ ٱسْتَمْسَكَ بِٱلْعُرْوَةِ ٱلْوُثْقَىٰ ۗ وَإِلَى ٱللَّهِ عَـٰقِبَةُ ٱلْأُمُورِ( ٢٢)

Maksudnya:  Dan  sesiapa  yang  berserah  diri  bulat-bulat  kepada  Allah (dengan  ikhlas)  sedang  ia  berusaha  mengerjakan  kebaikan,  maka sesungguhnya  ia  telah  berpegang  kepada  simpulan  (Al-Quran/Islam) yang  teguh  dan  (ingatlah)  kepada  Allah  jualah  kesudahan  segala urusan."

(43 Surah Luqman: 22)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi r.a berkata Al-Quran dinamakan 'Al-Urwah' yang bermaksud ikatan atau simpulan, lanya satu  ibarat  tentang  tali  yang memberi menafaat  yang  pasti  kerana  telah diikat  dengan  kuat  serta  disimpulkan.  Begitulah  ibarat  Al-Quran  bahawa segala  ajaran,  peringatan,  hukum  hakam  dan  sebagainya  merupakan suatu simpulan  atau ikatan yang  dapat  mengukuhkan  dan menyelamatkan kehidupan umat manusia.

Manusia  akan  melayari  kehidupan  ini  dalam  keadaan  terumbang ambing sekiranya tidak diikat atau tidak disimpul dengan Al-Quran. Dengan kata  lain  tidak  diikat  dan  disimpulkan  kehidupan  yang  dilalui  dengan pengajaran dan peringatan Al-Quran.

Bukan  mudah  dalam  dunia  hari  ini  yang  penuh  dengan  cabaran, dugaan  dan  sebagainya  untuk  sentiasa  berada  dalam  ketaatan, mengerjakan  kebaikan  sekiranya  diri  manusia  tidak  benar-benar  terikat dengan ajaran Al-Quran.

Maksud  lain  juga  apabila  Al-Quran  dinamakan  'Al-Urwah'  ialah  Al- Quran  mengikat  dan  menyimpulkan  kita  dengan  semua  ajaran-ajaran Islam.  Seseorang  itu  akan  istiqamah  dengan  tuntutan  Islam  sekiranya sentiasa diikat dengan panduan Al-Quran.


Nama Al-Quran: 38

Persamaan:  ٱلْمُتَشَابِهُ

Firman Allah Ta’ala:

ٱللَّهُ نَزَّلَ أَحْسَنَ ٱلْحَدِيثِ كِتَـٰبًۭا مُّتَشَـٰبِهًۭا مَّثَانِىَ تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ ٱلَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَىٰ ذِكْرِ ٱللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ هُدَى ٱللَّهِ يَهْدِى بِهِۦ مَن يَشَآءُ ۚ وَمَن يُضْلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُۥ مِنْ هَادٍ (٢٣)

Maksudnya: "Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu kitab suci Al-Quran  yang  bersamaan  isi  kandungannya  antara  satu  dengan  yang lain (tentang  benarnya  dan indahnya), yang  berulang-ulang (keterangannya,  dengan  berbagai cara) yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada  tuhan  mereka  menjadi  seram  kemudian  kulit  badan  mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat  Allah.  Kitab  suci  itulah  hidayah  petunjuk  Allah,  Allah  memberi hidayah  petunjuk  dengan  Al-Quran itu  kepada  sesiapa  yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak  ada  sesiapa  pun  yang  dapat  memberi  hidayah  petunjuk kepadaNya."

(Surah Az-Zumar: 23)


Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi r.a berkata Al-Quran  dinamakan 'Al-Mutasyabih'  yang  bermaksud  bersamaan isi kandungannya  antara  satu  dengan  yang  lain  tentang  benarnya  dan indahnya. Tidak ada satu pun di antara ribuan ayat-ayatnya bercanggah antara  satu  dengan  yang  lain  sama  ada  dari  segi  bahasanya  mahupun dari segi maksud dan tuntutannya.

Jika  diperhatikan  dari  sudut  susunan  bahasa  antara  satu  ayat dengan  suatu  yang  lain  semuanya  tergambar  suatu  keindahan  susunan kata,  nada,  maksud  yang  mana  terdapat  suatu  kesinambungan  bicara yang sekata dan cukup menyentuh. Contohnya  cuba  renung  susunan  kata  khususnya  merujuk  kepada kalimah-kalimah dan huruf-huruf akhir dalam surah Ar-Rahman:

ٱلرَّحْمَـٰنُ (١) عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ( ٢) خَلَقَ ٱلْإِنسَـٰنَ( ٣) عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ (٤) ٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ بِحُسْبَانٍۢ (٥)

Maksudnya:  "(Tuhan)  Yang  Maha  Pemurah.  Yang  telah  mengajarkan  Al-Quran,  Dialah  yang  menciptakan  manusia.  Dialah  mengajarnya  pandai berbicara. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan."

(Surah Ar-Rahman: 1-5)


Nama Al-Quran: 39

Benar: ٱلصِّدْقُ


Firman Allah Ta’ala:

وَٱلَّذِى جَآءَ بِٱلصِّدْقِ وَصَدَّقَ بِهِۦٓ ۙ أُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُتَّقُونَ( ٣٣)

Maksudnya:  "Dan  (nyatalah  bahawa)  dia  (Nabi  Muhammad)  yang membawa kebenaran (Al-Quran yang terkandung kebenaran tauhid dan kebenaran  hukum  agama)  serta  dia  (dan  pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (Al-Quran dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa."

(Surah Az-Zumar: 33)


Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi r.a berkata Al- Quran  dinamakan  'As-Sidqu'  yang  bermaksud  benar.  Al-Quran  adalah benar kerana datang daripada Tuhan Yang Maha Benar dan dibawa oleh Nabi Muhammad SAW yang bersifat benar serta diakui kebenaranya oleh para sahabat Nabi SAW yang benar keimanan mereka kepada Allah Ta'ala. lanya sebagaimana yang digambarkan oleh Al-Quran dalam ayat di atas.

Maka  apakah  lagi  hujah  manusia  atau  layakkah  manusia  biasa seperti  kita  hendak  menolak  kebenaran  Al-Quran  dalam  semua  perkara yang  diperkatakan.  Tanpa  Al-Quran  manusia  hidup  dalam  pendustaan kerana Al-Quran mengajar kita hidup dalam kebenaran.


Nama Al-Quran: 40

Keadilan: ٱلْعَدْلُ


Firman Allah Ta’ala:

وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًۭا وَعَدْلًۭا ۚ لَّا مُبَدِّلَ لِكَلِمَـٰتِهِۦ ۚ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ( ١١٥)

Maksudnya: "Dan telah sempurnalah kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum  dan  janji-janjiNya)  dengan  benar  dan  adil,  tlada  sesiapa yang  dapat  mengubah  sesuatupun  dari  kalimah-kalimahNya,  dan  Dia Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(Al-An'am: 115)


Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Adlu'  yang  bermaksud  adil.  Bilamana  berbicara tentang  adil  maka  ianya  merujuk  kepada  keputusan  atau  hukum  yang telah ditetapkan oleh Al-Quran. Dengan ini dapat dibuat satu kesimpulan bahawa  semua  hukum  hakam  yang  dinyatakan  dalam  Al-Quran  adalah adil  untuk  manusia.  Sebaliknya  mana-mana  hukum  yang  ditetapkan, diputuskan  dan  dilaksanakan  dalam  kehidupan  manusia  yang  tidak merujuk  kepada  Al-Quran  dan  tidak  melaksanakan  hukum  Al-Quran adalah zalim.

Sama ada hukum tersebut adalah hukum yang zalim begitu jugalah orang yang melaksanakan hukum tersebut merupakan orang yang zalim.

Renunglah firman Allah Ta'ala:

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَآ أَنَّ ٱلنَّفْسَ بِٱلنَّفْسِ وَٱلْعَيْنَ بِٱلْعَيْنِ وَٱلْأَنفَ بِٱلْأَنفِ وَٱلْأُذُنَ بِٱلْأُذُنِ وَٱلسِّنَّ بِٱلسِّنِّ وَٱلْجُرُوحَ قِصَاصٌۭ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِۦ فَهُوَ كَفَّارَةٌۭ لَّهُۥ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّـٰلِمُونَ( ٤٥)

Maksudnya:  "Barangsiapa  tidak  memutuskan  perkara  (tidak  berhukum) dengan  apa  yang  diturunkan  Allah  (Al-Quran),  maka  mereka  itu  adalah orang-orang yang zalim."

(Surah Al-Maidah: 45)


Nama Al-Quran: 41

Kepercayaan / Keyakinan:  ٱلْإِيمَانُ

Firman Allah Ta’ala:

رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًۭا يُنَادِى لِلْإِيمَـٰنِ أَنْ ءَامِنُوا۟ بِرَبِّكُمْ فَـَٔامَنَّا ۚ رَبَّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلْأَبْرَارِ (١٩٣)

Maksudnya:  "Wahai  Tuhan  kami!  Sesungguhnya  kami  telah  mendengar seorang penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya, berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah  dosa-dosa  kami,  dan  hapuskanlah  daripada  Kami kesalahan-kesalahan  kami,  dan  matikanlah  kami  bersama  orang-orang yang berbakti." 

Surah Ali Imran: 193


Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al- Quran  dinamakan  'Al-Iman'  yang  bermaksud  suatu  yang  dipercayai, diyakini,  yang  menenangkan jiwa  dan  membawa  keamanan  serta keselamatan. Al-Quran dan segala isi kandungannya adalah sesuatu yang paling dipercayai, diyakini dan membaca atau beramal dengannya akan menjadikan  hati  merasai  ketenangan.  Mengikuti  ajaran  Al-Quran  akan menjadikan kehidupan berada dalam keselamatan dan keamanan.

Berpegang dengan Al-Quran menyebabkan seseorang akan dijamin berada dalam penjagaan dan pemeliharaan Allah Ta'ala yang mana akan membawa  kepada kesejateraan  hidup di dunia dan  di  akhirat.  Keimanan kepada  Al-Quran  akan  menambahkan  lagi  keimanan  dan  keyakinan kepada  Allah  &  Rasul-Nya  dan  segala  berita  yang  dikhabarkan  oleh  Al-Quran.

Maka tidak ada keyakinan, keselamatan, keamanan dan ketenangan dalam  melalui  kehidupan  tanpa  berpandukan  Al-Quran.  Hidup  tanpa  Al- Quran adalah hidup dalam kesamaran, bahaya, terumbang ambing, keluh kesah dan seribu satu kesengsaraan.

Nama Al-Quran: 42

Perintah / Peraturan:  ٱلْأَمْرُ

Firman Allah Ta’ala:

 ذَٰلِكَ أَمْرُ ٱللَّهِ أَنزَلَهُۥٓ إِلَيْكُمْ ۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يُكَفِّرْ عَنْهُ سَيِّـَٔاتِهِۦ وَيُعْظِمْ لَهُۥٓ أَجْرًا( ٥)

Maksudnya:  "Peraturan-peraturan  yang  demikian  adalah  hukum-hukum Allah yang diturunkan dan diterangkanNya kepada kamu, dan (ingatlah), sesiapa  yang  bertaqwa  kepada  Allah,  nescaya  Allah  menghapuskan kesalahan-kesalahannya, dan akan membesarkan pahala balasannya."

(At-Taalaq: 5)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al- Quran  dinamakan  'Al-Amru'  yang  bermaksud  perintah,  peraturan  atau ketetapan  hukum  daripada  Allah  Ta'ala.  Dengan  ini  umat  manusia  mesti mentaati  hukum  hakam  Al-Quran  kerana  segala  hukum,  peraturan  dan perintah  yang  terkandung  dalam  Al-Quran  merupakan  suatu  yang ditetapkan  urusannya  oleh  Allah  sehingga  ia  disebut  dalam  bentuk sandaran  kepada  Allah  iaitu  'Amrullah'  (urusan/perkara  yang  ditetapkan Allah).  Tidak  ada  sebarang  alasan  yang  boleh  digunakan  oleh  manusia yang  benar-benar  beriman  dengan  Allah  untuk  menolak  hukum  dan perintah Al-Quran. Kecuali orang-orang tidak beriman dengan Al-Quran.

Nama Al-Quran: 43

Berita Kegembiraan: ٱلْبُشْرَىٰ

Firman Allah Ta’ala:

هُدًۭى وَبُشْرَىٰ لِلْمُؤْمِنِينَ( ٢)

Maksudnya:  "Menjadi hidayah petunjuk dan berita gembira bagi orang-orang yang beriman."

(An Naml: 2)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Busyra'  yang  bermaksud  berita  gembira  atau  yang menyebabkan  kegembiraan.  Al-Quran  membawa  berita-berita  yang mengembirakan  atau  menceritakan  tentang  kegembiraan  orang-orang yang mendapat kenikmatan yang berkekalan dan berpanjangan daripada Allah Azza Wa Jalla. Kegembiraan tersebut akan dapat dirasai oleh orang- orang yang beriman dan beramal soleh.

Berita  gembira  tersebut  ialah  di  mana  mereka  akan  diredhai  oleh Allah  Ta'ala dan dipelawa kesyurga  yang  penuh  dengan kenikmatan dan kesenangan. Al-Quran juga dengan nama ini merupakan suatu gambaran bahawa  sesiapa  yang  membaca  Al-Quran  akan  menyebabkan  hatinya menjadi  lapang,  tenang  dan  merasai  kegembiraan.  Beramal  dengan ajaran  Al-Quran  akan  menjadikan  seseorang,  sebuah  keluarga  dan masyarakat  menjalani  kehidupan  yang  penuh  dengan  kegembiraan. Tanpa  panduan  Al-Quran  dan  ajaranya  hidup  manusia  akan  melalui kehidupan yang sedih lagi derita.

Nama Al-Quran: 44

Yang Terpuji:  ٱلْمُجِيدُ

Firman Allah Ta’ala:

بَلْ هُوَ قُرْءَانٌۭ مَّجِيدٌۭ( ٢١)

Maksudnya:  "Sebenarnya  apa  yang  engkau  sampaikan  kepada  mereka bukanlah  (syair  atau  sihir),  bahkan ialah  Al-Quran  yang  tertinggi kemuliaannya."

(Al-Buruuj: 21)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Majid'  yang  bermaksud  ketinggian,  kemulian  dan kepujian  yang  tak  terhingga  dan  tidak  terbatas.  Di  antara  ketinggian  dan kemulian  Al-Quran,  ianya  terjaga  dan  terpelihara  sehingga  tidak  berlaku padanya unsur pengubahan, penukaran, penambahan, pengurangan dan sebagainya terhadap isi kandungan Al-Quran.

Al-Quran itu sendiri adalah mukjizat di mana tidak akan ada sebuah kitab  yang  setanding  dengannya.  Dengan  ini  Al-Quran  merupakan  satu-satunya  kitab  yang  diturunkan  oleh Allah  Ta'ala  yang  masih  kekal  isi kandungannya atau dengan kata lain masih kekal kemuliannya


Nama Al-Quran: 45

Az-Zabur:  ٱلزَّبُورُ

Firman Allah Ta’ala:

وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِى ٱلزَّبُورِ مِنۢ بَعْدِ ٱلذِّكْرِ أَنَّ ٱلْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِىَ ٱلصَّـٰلِحُونَ( ١٠٥)

Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam kitab-kitab yang  kami  turunkan  sesudah  ada  tulisannya  pada  Lauh  Mahfuz, bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaku yang soleh"

(Al-Anbiya': 105)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi r.a berkata Al-Quran dinamakan 'Az-Zabur' yang bermaksud kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah termasuklah Al-Quran. Hakikatnya kalimah Zabur dalam ayat Al-Quran ada kalanya bukan dikhususkan kepada kitab Zabur yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Daud a.s sahaja.

Kalimah tersebut juga untuk menggambarkan dan merujuk kepada semua  kitab-kitab  yang  diturunkan  oleh  Allah  Ta'ala.  Oleh  itu  tidak  ada sebab  bagi  orang-orang  kristian  dan  yahudi  untuk  menolak  Al-Quran dalam pada itu menerima kitab Injil, Zabur dan Taurat sedangkan. Al-Quran dan semua kitab tersebut diturunkan oleh Allah Ta'ala.


Nama Al-Quran: 46

Nyata:  ٱلْمُبِينُ

Firman Allah Ta’ala:

الٓر ۚ تِلْكَ ءَايَـٰتُ ٱلْكِتَـٰبِ ٱلْمُبِينِ( ١)

Maksudnya: "Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang nyata lagi jelas kebenaran."

(Yusuf: 1)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Mubin'  yang  bermaksud  sesuatu  yang  jelas,  nyata dan terang.  Al-Quran  merupakan  sebuah  kitab  yang  mana isi kandungannya  amat  nyata  dan  jelas  untuk  dijadikan  panduan  guna membeza segala unsur yang haq dan yang batil.

Melalui  ajaran  Al-Quran  umat  manusia  akan  dapat  memahami segala  kebenaran  dengan terang  dan  nyata  seterusnya  dapat melaksanakan kebenaran tersebut dengan mudah dan berjaya. Begitulah sebaliknya  Al-Quran  menggariskan  segala  kebatilan  dengan  jelas  dan nyata dan begitu mudah untuk difahami untuk dijauhi akan kebatilan itu.

Hanya  dengan  Al-Quran  segala  kesamaran  dan  kekeliruan  tentang matlamat, arah tujuan dalam kehidupan dapat ditentukan dengan benar dan tepat. Seterusnya kehidupan ini dapat dilalui dengan penuh keyakinan dan  semangat  atau  himmah  yang  tinggi  kerana  cukup  yakin  dengan kebenaran dan tunjuk ajar Al-Quran.


Nama Al-Quran: 47

Pembawa Berita Gembira: ٱلْبَشِيرُ

Firman Allah Ta’ala:

بَشِيرًۭا وَنَذِيرًۭا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ( ٤)

Maksudnya: "Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang  beriman)  dan  membawa  amaran  (kepada  orang-orang  yang ingkar), dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui  dan  memahaminya),  maka  dengan  sebab  itu  mereka  tidak menerima dan tidak mematuhiNya."

(Fussilat:4)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Basyir'  yang  bermaksud  pembawa  berita  gembira. Berita  gembira  tersebut  ialah  ganjaran  syurga  yang  akan  diterima  oleh orang beriman yang banyak melakukan amal soleh juga orang-orang yang bertaqwa  kepada  Allah.  Dengan  kenyataan  ini  kita  dapat  faham  bahawa hakikat  berita  gembira  yang  sebenar-benar  akan  menggembirakan manusia ialah tentang  sebuah  kehidupan  yang  penuh  dengan kesenangan,  ketenangan,  kemewahan  yang  berkekalan  selamanya  iaitu syurga. Orang yang sering dinyatakan oleh Al-Quran ialah orang bertaqwa. Semoga  kita  berusaha  dengan  berdoa  dan  beribadah  agar  digolongkan oleh Allah dikalangan mereka. Amin.

Firman Allah Ta'ala:

إِنَّ ٱلْمُتَّقِينَ فِى جَنَّـٰتٍۢ وَنَهَرٍۢ( ٥٤) فِى مَقْعَدِ صِدْقٍ عِندَ مَلِيكٍۢ مُّقْتَدِرٍۭ( ٥٥)

Maksudnya:  "Sesungguhnya  orang-orang  yang  bertakwa  itu  di  dalam taman-taman dan sungai-sungai. Di tempat yang disenangi di sisi Tuhan Yang Berkuasa".

(Surah Al-Qamar: 54-55)

Nama Al-Quran: 48

Pembawa Berita Amaran:  ٱلنَّذِيرُ


Firman Allah Ta’ala:

بَشِيرًۭا وَنَذِيرًۭا فَأَعْرَضَ أَكْثَرُهُمْ فَهُمْ لَا يَسْمَعُونَ( ٤)

Maksudnya: "Ia membawa berita yang mengembirakan (bagi orang-orang yang  beriman)  dan  membawa  amaran  (kepada  orang-orang  yang ingkar), dalam pada itu kebanyakan mereka berpaling ingkar (tidak mahu mengetahui  dan  memahaminya),  maka  dengan  sebab  itu  mereka  tidak menerima dan tidak mematuhiNya."

(Fussilat:4)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi r.a berkata Al-Quran  dinamakan  'An-Nazir'  yang  bermaksud  pembawa  berita  amaran. Berita  amaran  tersebut  ialah  balasan  neraka  yang  akan  dibalas  kepada orang-orang yang ingkar kepada Allah Ta'ala. Maka sesiapa yang benar-benar  beriman  dengan  Al-Quran  sudah  pasti  akan  memandang  serius amaran  ini  kerana  ia  akan  melibatkan  kesengsaraan  yang  tidak  akan mampu ditanggung oleh manusia iaitu di azab dalam neraka.

Tambahan  pula  manusia  mesti  berhati-hati  dengan  amaran tersebut kerana ianya datang daripada Allah Yang Maha Perkasa di mana Allah mampu untuk melakukan segala-galanya.

Juga  manusia  mesti  berhati-hati  kerana  Allah  Ta'ala  tidak  akan mungkir janji dengan perkara yang telah dijanjikan dalam Al-Quran.

Firman Allah Ta'ala:

وَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِىٓ أُعِدَّتْ لِلْكَـٰفِرِينَ( ١٣١)

Maksudnya: "Dan peliharalah dirimu dari api neraka, yang disediakan untuk orang-orang yang kafir".

(Surah Al-Imran: 131)

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًۭا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌۭ شِدَادٌۭ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ( ٦)

Maksudnya:  "Wahai  orang-orang  yang  beriman,  peliharalah  dirimu  dan keluargamu  dari  api  neraka  yang  bahan  bakarnya  adalah  manusia  dan batu,  penjaganya  malaikat-malaikat  yang  kasar,  keras,  dan  tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan".

(Surah At-Tahrim: 6)

Nama Al-Quran: 49

Teragung/Terhebat:  ٱلْعَزِيزُ


Firman Allah Ta’ala:

إِنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوا۟ بِٱلذِّكْرِ لَمَّا جَآءَهُمْ ۖ وَإِنَّهُۥ لَكِتَـٰبٌ عَزِيزٌۭ( ٤١)

Maksudnya:  "Sesungguhnya  orang-orang  yang  kufur  ingkar  terhadap  Al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi) sedang Al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab suci yang tidak dapat ditandingi,"

(Surah Fussilat: 41)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi r.a berkata Al-Quran dinamakan  'Al-Aziz'  bermaksud  yang  teragung  dan  terhebat  sehingga melemahkan manusia untuk mencipta seumpama dengan Al-Quran.

Sebagaimana Firman Allah Ta'ala:

قُل لَّئِنِ ٱجْتَمَعَتِ ٱلْإِنسُ وَٱلْجِنُّ عَلَىٰٓ أَن يَأْتُوا۟ بِمِثْلِ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِۦ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍۢ ظَهِيرًۭا( ٨٨)

Maksudnya:  Katakanlah:  "Sesungguhnya  jika  manusia  dan  jin  berkumpul untuk membuat yang serupa Al Quran ini, niscaya mereka tidak akan dapat membuat  yang  serupa  dengannya,  sekalipun  sebagian  mereka  menjadi pembantu bagi sebagian yang lain".

(Surah Al-Isra': 88)

Al-Quran  adalah  bersifat  qadim  maka  tidak  akan  ada  yang  sama dengannya  Cuma  apa  yang  dimaksudkan  dengan  ayat  di  atas  jalah supaya  manusia  mencipta  sekurang-kurangnya  sama  dari  sudut penyampaian,  cerita  dan  pembacaan  dari  sudut  keindahan  susunan, bahasa dan sebagainya.

Ada juga  ulamak  berpandangan  Al-Quran  dinamakan  Al-Aziz dengan  maksud  kemulian  bagi  sesiapa  yang  membacanya  dan  mereka tidak akan menjadi hina terutama bagi yang beramal dengan Al-Quran.

Nama Al-Quran: 50

Penyampai: ٱلْبَلَاغُ

Firman Allah Ta’ala:

هَـٰذَا بَلَـٰغٌۭ لِّلنَّاسِ وَلِيُنذَرُوا۟ بِهِۦ وَلِيَعْلَمُوٓا۟ أَنَّمَا هُوَ إِلَـٰهٌۭ وَٰحِدٌۭ وَلِيَذَّكَّرَ أُو۟لُوا۟ ٱلْأَلْبَـٰبِ( ٥٢)

Maksudnya: "(Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat  dan  diberi  nasihat  dengannya,  dan  supaya  mereka mengetahui  (dengan  hujjah-hujjah  yang  tersebut  di  dalamnya)  bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf."

(Ibrahim: 52)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi r.a berkata Al-Quran dinamakan 'Al-Balagh' yang bermaksud penyampai, pemberitahuan dan memaklumkan isi kandungan Risalah Islam. Dengan erti kata yang lain Al-Quran  merupakan  pemberitahuan  tentang  ajaran-ajaran  Islam  yang mesti difahami dan di amalkan oleh umat manusia. Oleh itu manusia tidak akan mampu untuk hidup sempurna dengan ajaran Islam tanpa merujuk sepenuhnya  kepada  Al-Quran.  Islam  pula  tidak  akan  diamalkan  secara lengkap sekiranya Al-Quran tidak dijadikan sumber rujukan dalam semua lapangan hidup. Inilah yang dikatakan Al-Quran adalah penyampai risalah.

Nama Al-Quran: 51

Kisah-kisah: ٱلْقَصَصُ


Firman Allah Ta’ala:

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ ٱلْقَصَصِ بِمَآ أَوْحَيْنَآ إِلَيْكَ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ وَإِن كُنتَ مِن قَبْلِهِۦ لَمِنَ ٱلْغَـٰفِلِينَ( ٣) 

Maksudnya:  "Kami  ceritakan  kepadamu  (Wahai  Muhammad)  seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu Al-Quran ini, padahal sebenarnya  engkau  sebelum  datangnya  wahyu  itu,  adalah  dari  orang-orang yang tidak pernah menyedari akan halnya."

(Yusuf: 3)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan 'Al-Qasas'  yang  bermaksud  kisah-kisah.  Al-Quran banyak menceritakan kisah orang terdahulu sama ada kisah para Nabi dan Rasul, kisah raja-raja yang zalim, kisah orang-orang yang taat dan ingkar dan  sebagainya.  Kisah  tersebut  sebagai  satu  pendekatan  kepada  umat manusia agar mengambil ilmu dan pengajaran daripada apa telah yang berlaku.

Dengan kata lain Al-Quran membongkarkan sejarah umat manusia semenjak  Nabi  Adam  a.s  untuk  memudahkan  umat  Nabi  Muhammad  SAW menjalani  kehidupan  dengan  i'tibar  dan  pengajaran  yang  sempurna. Semua kisah Al-Quran adalah benar.

Nama Al-Quran: 52

Naskhah: ٱلصُّحُفُ

Firman Allah Ta’ala:

فِى صُحُفٍۢ مُّكَرَّمَةٍۢ( ١٣)

Maksudnya:” Ayat-ayat suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan”

('Abasa: 13)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al- Quran  dinamakan  'As-Suhuf'  yang  bermaksud  naskhah-naskhah.  Laitu ayat-ayat  yang  tertulis  atau  termaktub  di  atas  kertas,  pelepah,  kulit  dan sebagainya.  Di  antara  maksudnya  ialah  bahawa  segala  perkara  yang hendak  diperintah,  ditegah,  dinasihati,  diberi  peringatan  oleh  Allah semuanya  termaktub  dan  telah  ditetapkan  dalam  mushaf.  lanya  akan memudahkan umat manusia meneliti, mempelajari dan merujuknya untuk beramal dengannya.

Qadhi  Syihabuddin  Ibrahim  Bin  Abdullah  dalam  kitab  sejarahnya menyatakan:  Apabila  Saidina  Abu bakar mengumpulkan  Al-Quran  dalam satu  kitab,  maka  beliau  berkata  namakannya.  Setengah  para  sahabat menamakan injil maka mereka tidak mahu, setengah menamakan sifr juga mereka tidak mahu kerana nama tersebut daripada yahudi. Maka berkata Saidina  Ibnu  Mas'ud  r.a:  Aku  melihat  orang  Habsyah  menamakan  kitab mereka  dengan  'Mushaf".  Maka  mereka  menamakan  kitab  Al-Quran dengan nama 'Mushaf'.

Nama Al-Quran: 53

Dimuliakan:  مُكَرَّمَةٌ

Firman Allah Ta’ala:

فِى صُحُفٍۢ مُّكَرَّمَةٍۢ( ١٣)

Maksudnya: "(Ayat-ayat suci itu tersimpan) dalam naskhah-naskhah yang dimuliakan."

(Abasa: 13)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al-Quran  dinamakan 'Al-Mukarramah'  yang  bermaksud  sesuatu  yang dimuliakan. Dengan ini begitu jelas kepada kita bahawa Al-Quran ini bukan setakat  ianya  bersifat  mulia  kerana  ia  adalah  kalam  Allah  yang  mulia bahkan  ianya  dimuliakan  oleh  Allah  Ta'ala  sendiri.  Oleh  yang  demikian kemulian Al-Quran adalah kemulian yang tidak boleh dipertikaikan. Ianya satu  kemulian  yang  mutlaq.  Inilah  yang  dimaksudkan  oleh  baginda Rasulullah SAW bagi orang yang membaca dan beramal dengan Al-Quran: "Ahli Al-Quran adalah ahli Allah dan yang paling istimewa di sisi Allah."

Mukarramah  juga  bermaksud  mulia  disisi  Islam  dengan  sebab didalamnya  terkandung  ilmu  dan  hikmah.  Maka  sesiapa  yang  ingin mencari kemuliaan dunia dan kemulian agar tidak syak lagi dia hanya akan dapat  dengan  Al-Quran.  Tidak  ada  kemuliaan  tanpa  Al-Quran.  Bahkan sesiapa yang meninggalkan Al-Quran akan dihina dan terhina.

Nama Al-Quran: 54

Darjat Tertinggi:  ٱلْمَرْفُوعَةُ

Firman Allah Ta’ala:

 مَّرْفُوعَةٍۢ مُّطَهَّرَةٍۭ( ١٤)

Maksudnya:  ”Yang  tinggi  darjatnya,  lagi  suci  (dari  segala  gangguan  7 penyelewengan)."

('Abasa: 14)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi r.a berkata Al-Quran  dinamakan  'Al-Marfu'ah'  bermaksud  yang  ditinggikan  kedudukan atau darjatnya oleh Allah Ta'ala. Ada juga ulamak berpendapat antaranya Imam  At-Tobari  mengatakan  bahawa  ianya  ditinggikan  dengan  cara disebut-sebut atau dibaca. Ada juga mengatakan kalimah 'Marfu'ah' ialah ditinggikan  nilainya  sehingga  tidak  terdapat  padanya  kesamaran  dan bertentangan.

Maka  bagi  sesiapa  yang  mencari  darjat  kebesaran,  hendaklah  dia mencari  dengan mendampingi  Al-Quran.  Para  ulamak menyebut melalui khabar bahawa di antara orang yang akan dipakaikan dengan mahkota di akhirat  nanti  ialah  orang-orang  yang  mahir  dalam  membaca  Al-Quran dan sentiasa bersama dengan Al-Quran. Semoga  kita  diberi  rezeki  oleh  Allah  Ta'ala  untuk  menjadi  ahli  Al-Quran.  Tidak  ada  kedudukan  atau  darjat  yang  tinggi  tanpa  berpegang dengan Al-Quran.

Nama Al-Quran: 55

Suci:  ٱلْمُطَهَّرَةُ

Firman Allah Ta’ala:

مَّرْفُوعَةٍۢ مُّطَهَّرَةٍۭ( ١٤)

Maksudnya:  ”Yang  tinggi  darjatnya,  lagi  suci  (dari  segala  gangguan  7 penyelewengan)."

('Abasa: 14)

Huraian Ringkas

Imam Badruddin Muhammad Bin Abdullah Az-Zarkasyi ra berkata Al- Quran  dinamakan  'Al-Mutohharah'  yang  bermaksud  suci.  Al-Quran  suci daripada  sebarang  kekotoran,  penyelewengan,  dan  perubahan  yang dilakukan  oleh  tangan-tangan  manusia.  Setengah  ulamak  berpendapat ianya  suci  daripada  diturunkan  kepada  kafir  musyrikin.  Al-Quran merupakan kitab suci yang dibawa oleh Malaikat yang suci daripada dosa kepada Allah Ta'ala.

Al-Quran akan kekal dalam diri atau hati hamba-hamba Allah yang suci jiwa-jiwa mereka. Al-Quran akan mudah difahami oleh manusia yang suci hati dan diri mereka daripada syirik, kufur dan segala sifat mazmumah (sifat  keji).  Al-Quran  dengan  sifat  sucinya  akan  mensucikan  dosa-dosa orang  yang  beriman  dengannya,  beramal  dengan  ajaranya,  berpegang dengan hukum hakamnya.  Sebab  itulah  orang  yang  telah  dijatuhkan hukuman dengan hukum Al-Quran akan bersih lagi suci segala dosa dan maksiat yang dilakukannya.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.