Kata-Kata Hikmah Pendek Guru Murabbi

Petikan hikmah untuk diamalkan, diulang, dan dijadikan zikir ilmu.

Kata-kata Hikmah

Petikan dari Kitab Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (16 Rejab 1446 H). ......................... Peringatan dalam bertaubat agar tidak kau jadikan maksiat sebagai tungganganmu kerana pastinya ia adalah tunggangan yang tempang dalam merealisasikan taubatmu kepada Allah. Sebaliknya berlumbalah menuju Allah dengan jalan yang benar di atas titian panduan yang lurus. Jangan sekali-kali kau jadikan hawa nafsumu atau kebijakan yang menipu itu sebagai tunggangan untuk menuju Allah kerana sesungguhnya ia akan menjadi hijab daripada perjalananmu kepada Allah. Hawa nafsu itu sebenarnya adalah punca dari semua jalan yang salah sementara jalan yang paling dekat untuk menuju Allah itu adalah melalui kejujuran di dalam menginginkanNya. Inilah jalan yang lurus yang menyalahi keinginan nafsu. Moga Allah swt luruskan jiwa kita dalam manifestasi taubat dan penghambaan kepada Allah. Amin. ....................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01)

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Peringatan dalam bertaubat agar tidak kau jadikan maksiat sebagai tungganganmu

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (17 Rejab 1446 H). .............................. "Perintah untuk bertaubat itu hakikatnya demi menyucikan dirimu dari kotoran maksiat dan sifat-sifat kerendahan sehinggalah dipakaikan untukmu dengan sifat-sifat yang suci. Maka hilangkanlah dari dirimu sifat-sifat yang rendah lagi tercela dan berakhlaklah dengan sifat-sifatNya swt yang terpuji lagi mulia." (Hikmah 3, Qanun Taubat". Taubat itu hakikatnya untuk membersihkanmu dari kotoran maksiat dan memperindah dirimu dengan akhlak yang benar yang diinginkan Allah bagimu iaitu ketaatan. Maka bebaskanlah dirimu dari kotoran maksiat dan singkaplah hijab keakuan atau egoisme yang tercela. Berakhlaklah dengan akhlak insaniyyah (kemanusiaan) yang selayaknya yang telah Allah anugerahi kepadamu. Manifestasikanlah sebenar-benar pengabdianmu kepada Allah sesuai dengan kedudukan muliamu sebagai seorang insan dan hamba. Moga Allah swt beri hidayah dan taufiq untuk ktia mengabdi diri ini hanya kepadaNya. Amin. ........................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Perintah untuk bertaubat itu hakikatnya demi menyucikan dirimu

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

**Excerpt from the Book *Hikamul Isyraq* with Commentary by Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (18th Rajab 1446 H).** --- **A Reminder in Repentance:** Do not make sins your vehicle, for indeed they are a lame ride in realizing your repentance to Allah. Instead, race towards Allah on the correct path guided by a straight and upright course. Never allow your desires or deceptive reasoning to become your vehicle in seeking Allah, for they will become a barrier obstructing your path to Him. Desires are the root of all erroneous paths, while the closest way to Allah is through sincerity in seeking Him. This is the straight path, contrary to the inclinations of the self. May Allah (SWT) straighten our souls in manifesting repentance and servitude to Him. Ameen. --- **Academic Unit Banaat Yusufi 2025 (AR03)**

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Excerpt from the Book *Hikamul Isyraq*

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (18 Rejab 1446 H). "Awasilah dirimu daripada meninggalkan taubat kerana taubat merupakan tanda kejayaan dan keberuntungan." (Hikmah 4, Qanun Taubat). Janganlah sekali-kali kau berniat untuk tidak bertaubat atau meninggalkan amalan taubat itu sendiri kerana sesungguhnya taubat itu merupakan petunjuk keselamatan dan diterimanya engkau di sisi Allah. Taubat itu menjadi tanda hatimu yang selama ini tenggelam dalam kelalaian sudah mula dijentik kesedaran untuk kembali kepadaNya swt. Sungguh, ia merupakan jalan yang utama dan paling kukuh untuk kau mendapatkan keberuntungan di dunia yang penuh kegelapan ini. ........................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Perjalanan kami baru- baru ini dari Kota London ke University of Oxford menaiki kereta api sekitar satu jam. Sebuah universiti antara yang tertua dan terkemuka di dunia, berdiri megah sejak berabad lamanya sebagai lambang keagungan ilmu. Imam al-Shafi‘i رحمه الله pernah berkata : لَيْسَ الْعِلْمُ بِكَثْرَةِ الرِّوَايَةِ وَلَكِنَّ الْعِلْمَ نُورٌ يَقْذِفُهُ اللَّهُ فِي الْقَلْبِ Ilmu bukan pada banyaknya riwayat, tetapi cahaya yang Allah campakkan ke dalam hati. Di hadapan bangunan ilmu ini, aku bermuhasabah. Betapa mudah manusia membesarkan akal, namun lupa menyucikan qalbu. Sedangkan akal tanpa bimbingan wahyu boleh tersesat, dan qalbu yang kosong dengan zikrullah akan menjadi mati. Imam al-Ghazali pernah berpesan, ilmu yang sebenar ialah ilmu yang menghidupkan hati dan mententeramkan jiwa (muthmainah). Guru yang hakiki bukan sekadar menyampaikan ilmu zahir, tetapi membina tauhid, memperindah adab dan memimpin insan kepada makrifat, sehingga terang akal dan hidup rohani. Semakin bertambah ilmu, semakin dekat seorang hamba kepada Penciptanya, Allah SWT. Pendidikan berteraskan Islam dibina atas tiga unsur utama iaitu akal (mental), (jiwa) qalbu dan rohani. Kejayaan pula bukan hanya diukur pada kehebatan kerjaya, pendidikan atau harta. Kejayaan sebenar adalah pada akhlak, tanggungjawab dan manfaat yang diberikan kepada orang lain. Bagi seorang Muslim, kejayaan dunia penting tetapi bukan matlamat utama. Kejayaan akhirat adalah tujuan tertinggi, iaitu mencapai keredaan Allah dan memperoleh syurga. Maka, tujuan hidup kita perlu jelas. Berusahalah bersungguh- sungguh dalam menuntut ilmu di dunia ini, dalam apa jua bidang. Mulakan dengan niat yang ikhlas lillahi taala, kerana ilmu yang benar akan membimbing kehidupan. Gunakan ilmu itu untuk berkhidmat dan memberi manfaat kepada masyarakat. Islam menyelamatkan akal dengan memuliakan, melindungi, dan memaksimalkan fungsinya melalui wahyu (Al-Quran & Hadis). Islam mengharamkan perkara merosakkan akal serta mendorong pemikiran kritis dan tadabbur untuk memahami ayat Allah. Akal yang sihat diperlukan untuk memahami ilmu, iman, dan membezakan antara hak dan batil. Moga setiap langkah dalam menuntut ilmu bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi menjadi jalan keselamatan rohani, mententeramkan qalbu, dan memudahkan perjalanan kita kepada Allah SWT. Dr UMAY University of Oxford London

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Akal dan Qalbu: Muhasabah di Oxford

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Syukur kepada Allah SWT, direzekikan untuk bertemu serta mengambil barakah daripada seorang alim, muhaddith, Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i dari Tunisia. Beliau merupakan antara murid yang bermulazamah hampir sepuluh tahun bersama gurunya yang masyhur, Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Hasani. Bahkan, beliau merupakan murid yang sangat dekat dan dikasihi oleh gurunya. Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Hasani sendiri sering memuji kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu serta ketekunannya dalam khidmat terhadap majlis ilmu terutamanya dalam bidang Hadis. Syeikh ‘Isam merupakan muqri’ dalam majlis Sama’ Hadis. Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi bukanlah seorang yang mudah memilih muqri’, khususnya dalam majlis Sama’ Hadis seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan Sunan al-Tirmizi. Tugas sebagai muqri' diberikan kepada Syeikh ‘Isam. Majlis Sama’ Hadis ini berlangsung dalam tempoh beberapa hari, dari pagi hingga ke malam tanpa henti, hanya berhenti seketika untuk solat dan keperluan. Syeikh ‘Isam sebagai muqri’ akan membaca ribuan hadis dari pagi hingga ke malam di hadapan gurunya serta para hadirin. Walaupun jadual yang begitu padat, wajah beliau tetap tenang, bahkan tidak terlihat sedikit pun keletihan. Besar khidmat beliau kepada guru, serta amat dalam kasih beliau kepada Rasulullah SAW ﷺ. Sedikit perkongsian biodata beliau, mudah-mudahan menambahkan rasa kasih dan hormat kita kepada para ulama, pewaris Nabi SAW ﷺ. Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i (atau Issam Sboui) berasal dari Tunisia dan dikenali sebagai seorang ulama muda, pakar hadis kontemporari. Beliau pakar dalam bidang Ilmu Hadis dan periwayatan, serta aktif dalam majlis-majlis Sama’ Hadis di peringkat antarabangsa. Beliau juga dikenali sebagai pemegang sanad-sanad penting yang bersambung kepada Rasulullah SAW ﷺ melalui rantaian periwayatan yang hidup (living chain). Tokoh yang memelihara kesinambungan ilmu hadis secara talaqqi dan musyafahah. Di Malaysia, beliau pernah dijemput sebagai salah seorang ulama utama dalam Majlis Sama’ Hadis Sahih al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya, di mana pembacaan ribuan hadis disempurnakan dalam tempoh beberapa hari. Selain itu, beliau juga terkenal dalam pengajian kitab-kitab muktabar seperti Al-Muwatta’ Imam Malik, serta sering dijemput ke pelbagai negara termasuk United Kingdom dan Asia Tenggara untuk menyebarkan ilmu hadis. Kehadiran tokoh seperti Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i pada masa kini adalah satu nikmat besar. Mereka adalah penyambung sanad, penjaga warisan Nabi SAW ﷺ, dan cahaya yang menghidupkan kembali tradisi ilmu yang bersambung hingga kepada Baginda Rasulullah SAW ﷺ. Semoga Allah SWT memelihara para ulama, memberkati umur dan ilmu mereka, serta mengurniakan kepada kita rasa cinta, adab, dan kesungguhan dalam menelusuri jalan ilmu dan makrifat. Dr UMAY 10 April London UK

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • facebook

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Bila meneliti keadaan umat hari ini, saya benar-benar merasai betapa pentingnya posisi Guru dalam membina dan menghidupkan semula jiwa umat. Saya bersama Baba Idris Muharram (Fb: Muhammad Idris Bin Muharam ) berkesempatan bertemu Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Idrisi Al-Hasani di Manchester sebagai wakil Rabithah Masyaikh Sufiah Se-Nusantara. Umat Islam perlu kembali bertaut dengan para guru, pewaris cahaya Muhammadiah yang membimbing manusia kepada Allah SWT dengan ilmu, adab, mahabbah dan hikmah. Guru merupakan subjek terpenting dalam sistem pendidikan. Seluruh tujuan pendidikan itu terhimpun pada diri seorang guru. Ilmu bukan sekadar pada kitab, kerana kitab hanyalah himpunan maklumat. Hakikat ilmu adalah cahaya yang hidup dalam diri manusia dan cahaya itu terpancar melalui seorang guru. Para mursyid adalah guru yang berkepakaran dalam bidang kerohanian. Mereka memahami hakikat perjalanan insan di dunia ini. Sepertimana disebut oleh Guru yang dikasihi Ayahanda Walid, manusia telah disistemkan menurut orbitnya yang tersendiri. Apabila tersasar daripada orbit ini, maka rosaklah kehidupan. Manusia akan dikuasai nafsu, tenggelam dalam ketamakan, kesombongan dan kezaliman. Manusia perlukan rawatan. Para mursyid adalah doktor ruhani yang merawat penyakit jiwa. Dengan tazkiyah al-nafs, mereka membimbing manusia keluar daripada belenggu nafsu. Dari ammarah, lawwamah dan mulhamah, menuju ketenangan mutmainnah. Inilah proses mengembalikan manusia kepada fitrah asal kehambaan. Rantaian sanad para mursyid yang bersambung hingga kepada Baginda Rasulullah ﷺ adalah orbit yang memandu perjalanan ini. Ia menjaga manusia agar sentiasa berada dalam rahmat Allah. Jika kita bergembira menjadi umat Nabi ﷺ, para mursyid pula memikul kerisauan Baginda terhadap keselamatan umat, mereka mewarisi amanah untuk memimpin, membimbing dan menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah. Merekalah pelita ilmu yang menyuluh kegelapan umat dengan cahaya Rasulullah ﷺ. Antara pendekatan yang boleh diambil dalam menilai diri kita di akhir zaman ini ialah dengan memahami elemen tiga Kota Suci. Carilah guru untuk membimbing serta memantapkan keimanan dan kefahaman kita dalam mengurus kehidupan dunia. 1. Mekah – membina asas tauhid, membebaskan manusia dari syirik dan kesesatan. 2. Madinah – menyuburkan iman dengan cinta dan akhlak di bawah bimbingan Nabi ﷺ. 3. Baitulmaqdis – melambangkan pemurnian akal, pembebasan dan keadilan hasil daripada tauhid dan akhlak yang sempurna. Di sinilah peranan guru. Mewarisi misi kenabian, membina tauhid, menyucikan jiwa dan mengangkat kembali martabat insan. Semoga Allah membimbing kita kembali kepada jalan tauhid yang sebenar, mengurniakan kita bimbingan para guru pewaris cahaya Muhammadiah, serta menetapkan hati kita dalam iman dan makrifat hingga akhir hayat. Moga Bermanfaat. Dr UMAY 8 April Ashton Central Mosque Manchaster https://www.facebook.com/share/p/1Axg5LLFgU/

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 22

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 21

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 17

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 16

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 15

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 13

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Doa

Doa Buat Zuriat

Abu Muhammad Al-Muari

ANGKATLAH TANGAN BUAT ZURIATMU

1. Doa Memohon Ilmu yang Bermanfaat dan Kefahaman yang Mendalam

اللَّهُمَّ افْتَحْ عَلَى أَوْلَادِنَا أَبْوَابَ فَهْمِ الْعِلْمِ وَحِفْظِهِ، وَاجْعَلْهُمْ مِنْ أَهْلِ الْفِقْهِ وَالْعِلْمِ وَالْحِكْمَةِ، وَزَيِّنْهُمْ بِالْأَخْلَاقِ الْكَرِيمَةِ وَالْعِلْمِ النَّافِعِ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

"Ya Allah! Bukakanlah bagi anak-anak kami pintu kefahaman ilmu dan hafalannya. Jadikanlah mereka dalam kalangan ahli fiqh, ilmu, dan hikmah. Hiasilah mereka dengan akhlak yang mulia dan ilmu yang bermanfaat. Dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih di antara yang mengasihani."

2. Doa Agar Anak-Anak Diberi Kefasihan dalam Berbicara dan Kelembutan dalam Penyampaian Ilmu

اللَّهُمَّ اجْعَلْ أَلْسِنَةَ أَوْلَادِنَا فَصِيحَةً، وَكَلَامَهُمْ بَلِيغًا، وَزَيِّنْهُمْ بِحُسْنِ الْخِطَابِ وَجَمَالِ الْبَيَانِ، وَاجْعَلْهُمْ مِمَّنْ يُبَلِّغُونَ الْعِلْمَ وَيَحْمِلُونَ أَمَانَتَهُ، بِبَرَكَةِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

"Ya Allah! Jadikanlah lidah anak-anak kami fasih, tutur kata mereka jelas dan indah. Hiasilah mereka dengan keindahan ucapan dan ketajaman hujah. Jadikanlah mereka dalam kalangan yang menyampaikan ilmu dan memikul amanahnya, dengan keberkatan junjungan kami, Nabi Muhammad ﷺ."

3. Doa Agar Anak-Anak Memiliki Hati yang Ikhlas dan Cinta Ilmu

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قُلُوبَ أَوْلَادِنَا، وَاجْعَلْهَا مُخْلِصَةً فِي طَلَبِ الْعِلْمِ، وَأَزِلْ عَنْهَا كُلَّ رِيَاءٍ وَسُمْعَةٍ، وَاجْعَلْ طَلَبَهُمْ لِلْعِلْمِ لِوَجْهِكَ الْكَرِيمِ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى طَرِيقِ الْحَقِّ، وَأَنْعِمْ عَلَيْهِمْ بِالْعِلْمِ وَالْعَمَلِ بِهِ.

"Ya Allah! Sucikanlah hati anak-anak kami dan jadikanlah ia ikhlas dalam menuntut ilmu. Jauhkanlah mereka daripada sifat riak dan ingin dipuji. Jadikanlah pencarian ilmu mereka hanya kerana wajah-Mu yang mulia. Tetapkanlah mereka di atas jalan kebenaran dan kurniakanlah mereka ilmu serta kekuatan untuk beramal dengannya."

4. Doa Agar Anak-Anak Menjadi Ulama Pewaris Nabi

اللَّهُمَّ اجْعَلْ أَوْلَادَنَا مِنْ حَمَلَةِ الْقُرْآنِ، وَأَهْلِ الْعِلْمِ وَالصَّلَاحِ، وَاجْعَلْهُمْ مِنَ الْعُلَمَاءِ الْعَامِلِينَ، الَّذِينَ يَنْشُرُونَ عِلْمَ الدِّينِ وَيُحْيُونَ سُنَنَ نَبِيِّكَ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَاجْعَلْهُمْ مِمَّنْ يُؤْتَى الْحِكْمَةَ وَالْفَهْمَ وَالرَّشَادَ، يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

"Ya Allah! Jadikanlah anak-anak kami dalam kalangan para penghafal al-Quran, ahli ilmu dan orang-orang soleh. Jadikanlah mereka ulama yang beramal dengan ilmunya, menyebarkan ilmu agama dan menghidupkan sunnah Nabi-Mu Muhammad ﷺ. Jadikanlah mereka dalam kalangan hamba-hamba yang dikurniakan hikmah, kefahaman, dan kebijaksanaan, wahai Tuhan sekalian alam."

5. Doa Agar Anak-Anak Dijaga daripada Fitnah dan Godaan Dunia

اللَّهُمَّ احْفَظْ أَوْلَادَنَا مِنْ فِتَنِ الدُّنْيَا وَشُرُورِهَا، وَاجْعَلْهُمْ مُتَمَسِّكِينَ بِدِينِكَ، مُلْتَزِمِينَ بِطَاعَتِكَ، وَأَنْعِمْ عَلَيْهِمْ بِحُبِّ الْعِبَادَةِ وَالزُّهْدِ فِي الدُّنْيَا، وَاجْعَلْ قُلُوبَهُمْ مُعَلَّقَةً بِالْمَسَاجِدِ وَالْعِلْمِ وَالصَّلَاحِ.

"Ya Allah! Peliharalah anak-anak kami daripada fitnah dunia dan segala keburukannya. Jadikanlah mereka berpegang teguh dengan agama-Mu, tetap dalam ketaatan kepada-Mu. Kurniakanlah kepada mereka kecintaan terhadap ibadah dan sifat zuhud terhadap dunia. Jadikanlah hati mereka terikat dengan masjid, ilmu, dan kesolehan."

6. Doa Agar Allah Menetapkan Hati Anak-anak untuk Terus Belajar dan Dijauhkan dari Bisikan Syaitan

اللَّهُمَّ ثَبِّتْ قُلُوبَ أَوْلَادِنَا عَلَى طَلَبِ الْعِلْمِ، وَاجْعَلْهُمْ مُوَاظِبِينَ عَلَيْهِ بِإِخْلَاصٍ وَصِدْقٍ، وَحَبِّبْ إِلَيْهِمْ كُلَّ مَا يُقَرِّبُهُمْ إِلَى الْفَهْمِ وَالْمَعْرِفَةِ، وَاصْرِفْ عَنْهُمْ كُلَّ مَا يُثَبِّطُهُمْ وَيُثْقِلُهُمْ وَيَصْرِفُهُمْ عَنْهُ.

اللَّهُمَّ احْفَظْ أَوْلَادَنَا مِنْ وَسَاوِسِ الشَّيَاطِينِ وَشُرُورِ النَّفْسِ وَمَكَائِدِ الْأَعْدَاءِ، وَاجْعَلْهُمْ فِي حِفْظِكَ وَرِعَايَتِكَ وَوِقَايَتِكَ، وَزَيِّنْ قُلُوبَهُمْ بِنُورِ الْيَقِينِ وَحُبِّ الْعِلْمِ وَطَاعَتِكَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى الصِّرَاطِ الْمُسْتَقِيمِ.

اللَّهُمَّ طَهِّرْ قُلُوبَ أَوْلَادِنَا وَأَذْهِبْ عَنْهَا كُلَّ شَكٍّ وَتَرَدُّدٍ وَكَسَلٍ وَغَفْلَةٍ، وَأَنْعِمْ عَلَيْهِمْ بِالصَّبْرِ وَالْمُثَابَرَةِ وَالْعَزِيمَةِ فِي طَلَبِ الْعِلْمِ وَالْعَمَلِ بِهِ، وَاجْعَلْهُمْ مِنَ الصَّالِحِينَ الْمُفْلِحِينَ.

بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ.

"Ya Allah! Tetapkanlah hati anak-anak kami dalam menuntut ilmu, dan jadikanlah mereka tekun serta istiqamah dengannya dengan penuh keikhlasan dan ketulusan. Tanamkan dalam hati mereka kecintaan terhadap segala yang mendekatkan mereka kepada kefahaman dan ilmu pengetahuan, serta jauhkanlah dari mereka segala yang melemahkan, membebankan, dan memalingkan mereka daripadanya."

"Ya Allah! Peliharalah anak-anak kami daripada bisikan syaitan, kejahatan nafsu, dan tipu daya musuh. Jadikanlah mereka dalam lindungan, penjagaan, dan pemeliharaan-Mu. Hiasilah hati mereka dengan cahaya keyakinan, kecintaan terhadap ilmu, dan ketaatan kepada-Mu. Tetapkanlah mereka di atas jalan yang lurus."

"Ya Allah! Sucikanlah hati anak-anak kami, hilangkanlah segala keraguan, kebimbangan, kemalasan, dan kelalaian dari hati mereka. Kurniakanlah kepada mereka kesabaran, ketekunan, dan keazaman dalam menuntut ilmu dan beramal dengannya. Jadikanlah mereka dalam kalangan orang-orang yang soleh dan berjaya."

"Dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih di antara yang mengasihani."

Doa

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat

بسم الله. والحمد لله.
اللهم صل على سيدنا محمد وءاله وصحبه وسلم.

Ya Allah dengan keberkaran Ramadhan bulan Al-Quran dan keberkatan selawat kepada kekasihmu.

Ya Allah jadikan kami dan anak2 kami ahli Al-Quran.

Hiasi hidup kami dengan akhlak Al-Quran.

Pimpinlah kami dengan hidayah Al-Quran.

Suluhilah perjalanan hidup kami dengan cahaya Al-Quran.

Sembuhlah sakit2 kami dengan penawar Al-Quran.

Perbaikilah amalan kami dengan panduan Al-Quran.

Luaskanlah rezeki yang berkat kepada kami dengan keberkatan Al-Quran.

Muliakan kami dan anak2 kami dengan kemulian Al-Quran.

Anugerahkanlah kepada kami dan anak2 kami juga ibu bapa kami akan syafaat Al-Quran.

Ya Allah jadikan kami dan anak2 kami pencinta dan pembaca Al-Quran.

Nik Bakri Nik Mat