Kata-Kata Hikmah Pendek Guru Murabbi

Petikan hikmah untuk diamalkan, diulang, dan dijadikan zikir ilmu.

Kata-kata Hikmah

Petikan dari Kitab Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (16 Rejab 1446 H). ......................... Peringatan dalam bertaubat agar tidak kau jadikan maksiat sebagai tungganganmu kerana pastinya ia adalah tunggangan yang tempang dalam merealisasikan taubatmu kepada Allah. Sebaliknya berlumbalah menuju Allah dengan jalan yang benar di atas titian panduan yang lurus. Jangan sekali-kali kau jadikan hawa nafsumu atau kebijakan yang menipu itu sebagai tunggangan untuk menuju Allah kerana sesungguhnya ia akan menjadi hijab daripada perjalananmu kepada Allah. Hawa nafsu itu sebenarnya adalah punca dari semua jalan yang salah sementara jalan yang paling dekat untuk menuju Allah itu adalah melalui kejujuran di dalam menginginkanNya. Inilah jalan yang lurus yang menyalahi keinginan nafsu. Moga Allah swt luruskan jiwa kita dalam manifestasi taubat dan penghambaan kepada Allah. Amin. ....................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01)

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Peringatan dalam bertaubat agar tidak kau jadikan maksiat sebagai tungganganmu

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (17 Rejab 1446 H). .............................. "Perintah untuk bertaubat itu hakikatnya demi menyucikan dirimu dari kotoran maksiat dan sifat-sifat kerendahan sehinggalah dipakaikan untukmu dengan sifat-sifat yang suci. Maka hilangkanlah dari dirimu sifat-sifat yang rendah lagi tercela dan berakhlaklah dengan sifat-sifatNya swt yang terpuji lagi mulia." (Hikmah 3, Qanun Taubat". Taubat itu hakikatnya untuk membersihkanmu dari kotoran maksiat dan memperindah dirimu dengan akhlak yang benar yang diinginkan Allah bagimu iaitu ketaatan. Maka bebaskanlah dirimu dari kotoran maksiat dan singkaplah hijab keakuan atau egoisme yang tercela. Berakhlaklah dengan akhlak insaniyyah (kemanusiaan) yang selayaknya yang telah Allah anugerahi kepadamu. Manifestasikanlah sebenar-benar pengabdianmu kepada Allah sesuai dengan kedudukan muliamu sebagai seorang insan dan hamba. Moga Allah swt beri hidayah dan taufiq untuk ktia mengabdi diri ini hanya kepadaNya. Amin. ........................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Perintah untuk bertaubat itu hakikatnya demi menyucikan dirimu

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

**Excerpt from the Book *Hikamul Isyraq* with Commentary by Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (18th Rajab 1446 H).** --- **A Reminder in Repentance:** Do not make sins your vehicle, for indeed they are a lame ride in realizing your repentance to Allah. Instead, race towards Allah on the correct path guided by a straight and upright course. Never allow your desires or deceptive reasoning to become your vehicle in seeking Allah, for they will become a barrier obstructing your path to Him. Desires are the root of all erroneous paths, while the closest way to Allah is through sincerity in seeking Him. This is the straight path, contrary to the inclinations of the self. May Allah (SWT) straighten our souls in manifesting repentance and servitude to Him. Ameen. --- **Academic Unit Banaat Yusufi 2025 (AR03)**

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Excerpt from the Book *Hikamul Isyraq*

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq dengan Sharh oleh Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani. (18 Rejab 1446 H). "Awasilah dirimu daripada meninggalkan taubat kerana taubat merupakan tanda kejayaan dan keberuntungan." (Hikmah 4, Qanun Taubat). Janganlah sekali-kali kau berniat untuk tidak bertaubat atau meninggalkan amalan taubat itu sendiri kerana sesungguhnya taubat itu merupakan petunjuk keselamatan dan diterimanya engkau di sisi Allah. Taubat itu menjadi tanda hatimu yang selama ini tenggelam dalam kelalaian sudah mula dijentik kesedaran untuk kembali kepadaNya swt. Sungguh, ia merupakan jalan yang utama dan paling kukuh untuk kau mendapatkan keberuntungan di dunia yang penuh kegelapan ini. ........................... ■ Unit Akademik Banaat Yusufi 2025 (AR01).

Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour Al Hasani • Petikan Kitab Qawanin Hikamul Isyraq

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Perjalanan kami baru- baru ini dari Kota London ke University of Oxford menaiki kereta api sekitar satu jam. Sebuah universiti antara yang tertua dan terkemuka di dunia, berdiri megah sejak berabad lamanya sebagai lambang keagungan ilmu. Imam al-Shafi‘i رحمه الله pernah berkata : لَيْسَ الْعِلْمُ بِكَثْرَةِ الرِّوَايَةِ وَلَكِنَّ الْعِلْمَ نُورٌ يَقْذِفُهُ اللَّهُ فِي الْقَلْبِ Ilmu bukan pada banyaknya riwayat, tetapi cahaya yang Allah campakkan ke dalam hati. Di hadapan bangunan ilmu ini, aku bermuhasabah. Betapa mudah manusia membesarkan akal, namun lupa menyucikan qalbu. Sedangkan akal tanpa bimbingan wahyu boleh tersesat, dan qalbu yang kosong dengan zikrullah akan menjadi mati. Imam al-Ghazali pernah berpesan, ilmu yang sebenar ialah ilmu yang menghidupkan hati dan mententeramkan jiwa (muthmainah). Guru yang hakiki bukan sekadar menyampaikan ilmu zahir, tetapi membina tauhid, memperindah adab dan memimpin insan kepada makrifat, sehingga terang akal dan hidup rohani. Semakin bertambah ilmu, semakin dekat seorang hamba kepada Penciptanya, Allah SWT. Pendidikan berteraskan Islam dibina atas tiga unsur utama iaitu akal (mental), (jiwa) qalbu dan rohani. Kejayaan pula bukan hanya diukur pada kehebatan kerjaya, pendidikan atau harta. Kejayaan sebenar adalah pada akhlak, tanggungjawab dan manfaat yang diberikan kepada orang lain. Bagi seorang Muslim, kejayaan dunia penting tetapi bukan matlamat utama. Kejayaan akhirat adalah tujuan tertinggi, iaitu mencapai keredaan Allah dan memperoleh syurga. Maka, tujuan hidup kita perlu jelas. Berusahalah bersungguh- sungguh dalam menuntut ilmu di dunia ini, dalam apa jua bidang. Mulakan dengan niat yang ikhlas lillahi taala, kerana ilmu yang benar akan membimbing kehidupan. Gunakan ilmu itu untuk berkhidmat dan memberi manfaat kepada masyarakat. Islam menyelamatkan akal dengan memuliakan, melindungi, dan memaksimalkan fungsinya melalui wahyu (Al-Quran & Hadis). Islam mengharamkan perkara merosakkan akal serta mendorong pemikiran kritis dan tadabbur untuk memahami ayat Allah. Akal yang sihat diperlukan untuk memahami ilmu, iman, dan membezakan antara hak dan batil. Moga setiap langkah dalam menuntut ilmu bukan sekadar menambah pengetahuan, tetapi menjadi jalan keselamatan rohani, mententeramkan qalbu, dan memudahkan perjalanan kita kepada Allah SWT. Dr UMAY University of Oxford London

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Akal dan Qalbu: Muhasabah di Oxford

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Syukur kepada Allah SWT, direzekikan untuk bertemu serta mengambil barakah daripada seorang alim, muhaddith, Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i dari Tunisia. Beliau merupakan antara murid yang bermulazamah hampir sepuluh tahun bersama gurunya yang masyhur, Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Hasani. Bahkan, beliau merupakan murid yang sangat dekat dan dikasihi oleh gurunya. Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Hasani sendiri sering memuji kesungguhan beliau dalam menuntut ilmu serta ketekunannya dalam khidmat terhadap majlis ilmu terutamanya dalam bidang Hadis. Syeikh ‘Isam merupakan muqri’ dalam majlis Sama’ Hadis. Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi bukanlah seorang yang mudah memilih muqri’, khususnya dalam majlis Sama’ Hadis seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim dan Sunan al-Tirmizi. Tugas sebagai muqri' diberikan kepada Syeikh ‘Isam. Majlis Sama’ Hadis ini berlangsung dalam tempoh beberapa hari, dari pagi hingga ke malam tanpa henti, hanya berhenti seketika untuk solat dan keperluan. Syeikh ‘Isam sebagai muqri’ akan membaca ribuan hadis dari pagi hingga ke malam di hadapan gurunya serta para hadirin. Walaupun jadual yang begitu padat, wajah beliau tetap tenang, bahkan tidak terlihat sedikit pun keletihan. Besar khidmat beliau kepada guru, serta amat dalam kasih beliau kepada Rasulullah SAW ﷺ. Sedikit perkongsian biodata beliau, mudah-mudahan menambahkan rasa kasih dan hormat kita kepada para ulama, pewaris Nabi SAW ﷺ. Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i (atau Issam Sboui) berasal dari Tunisia dan dikenali sebagai seorang ulama muda, pakar hadis kontemporari. Beliau pakar dalam bidang Ilmu Hadis dan periwayatan, serta aktif dalam majlis-majlis Sama’ Hadis di peringkat antarabangsa. Beliau juga dikenali sebagai pemegang sanad-sanad penting yang bersambung kepada Rasulullah SAW ﷺ melalui rantaian periwayatan yang hidup (living chain). Tokoh yang memelihara kesinambungan ilmu hadis secara talaqqi dan musyafahah. Di Malaysia, beliau pernah dijemput sebagai salah seorang ulama utama dalam Majlis Sama’ Hadis Sahih al-Bukhari Peringkat Antarabangsa 2024 yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya, di mana pembacaan ribuan hadis disempurnakan dalam tempoh beberapa hari. Selain itu, beliau juga terkenal dalam pengajian kitab-kitab muktabar seperti Al-Muwatta’ Imam Malik, serta sering dijemput ke pelbagai negara termasuk United Kingdom dan Asia Tenggara untuk menyebarkan ilmu hadis. Kehadiran tokoh seperti Syeikh ‘Isam Al-Sabu’i pada masa kini adalah satu nikmat besar. Mereka adalah penyambung sanad, penjaga warisan Nabi SAW ﷺ, dan cahaya yang menghidupkan kembali tradisi ilmu yang bersambung hingga kepada Baginda Rasulullah SAW ﷺ. Semoga Allah SWT memelihara para ulama, memberkati umur dan ilmu mereka, serta mengurniakan kepada kita rasa cinta, adab, dan kesungguhan dalam menelusuri jalan ilmu dan makrifat. Dr UMAY 10 April London UK

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • facebook

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Bila meneliti keadaan umat hari ini, saya benar-benar merasai betapa pentingnya posisi Guru dalam membina dan menghidupkan semula jiwa umat. Saya bersama Baba Idris Muharram (Fb: Muhammad Idris Bin Muharam ) berkesempatan bertemu Syeikh Muhammad Abu Huda Al-Ya’qubi Al-Idrisi Al-Hasani di Manchester sebagai wakil Rabithah Masyaikh Sufiah Se-Nusantara. Umat Islam perlu kembali bertaut dengan para guru, pewaris cahaya Muhammadiah yang membimbing manusia kepada Allah SWT dengan ilmu, adab, mahabbah dan hikmah. Guru merupakan subjek terpenting dalam sistem pendidikan. Seluruh tujuan pendidikan itu terhimpun pada diri seorang guru. Ilmu bukan sekadar pada kitab, kerana kitab hanyalah himpunan maklumat. Hakikat ilmu adalah cahaya yang hidup dalam diri manusia dan cahaya itu terpancar melalui seorang guru. Para mursyid adalah guru yang berkepakaran dalam bidang kerohanian. Mereka memahami hakikat perjalanan insan di dunia ini. Sepertimana disebut oleh Guru yang dikasihi Ayahanda Walid, manusia telah disistemkan menurut orbitnya yang tersendiri. Apabila tersasar daripada orbit ini, maka rosaklah kehidupan. Manusia akan dikuasai nafsu, tenggelam dalam ketamakan, kesombongan dan kezaliman. Manusia perlukan rawatan. Para mursyid adalah doktor ruhani yang merawat penyakit jiwa. Dengan tazkiyah al-nafs, mereka membimbing manusia keluar daripada belenggu nafsu. Dari ammarah, lawwamah dan mulhamah, menuju ketenangan mutmainnah. Inilah proses mengembalikan manusia kepada fitrah asal kehambaan. Rantaian sanad para mursyid yang bersambung hingga kepada Baginda Rasulullah ﷺ adalah orbit yang memandu perjalanan ini. Ia menjaga manusia agar sentiasa berada dalam rahmat Allah. Jika kita bergembira menjadi umat Nabi ﷺ, para mursyid pula memikul kerisauan Baginda terhadap keselamatan umat, mereka mewarisi amanah untuk memimpin, membimbing dan menyelamatkan manusia daripada kemurkaan Allah. Merekalah pelita ilmu yang menyuluh kegelapan umat dengan cahaya Rasulullah ﷺ. Antara pendekatan yang boleh diambil dalam menilai diri kita di akhir zaman ini ialah dengan memahami elemen tiga Kota Suci. Carilah guru untuk membimbing serta memantapkan keimanan dan kefahaman kita dalam mengurus kehidupan dunia. 1. Mekah – membina asas tauhid, membebaskan manusia dari syirik dan kesesatan. 2. Madinah – menyuburkan iman dengan cinta dan akhlak di bawah bimbingan Nabi ﷺ. 3. Baitulmaqdis – melambangkan pemurnian akal, pembebasan dan keadilan hasil daripada tauhid dan akhlak yang sempurna. Di sinilah peranan guru. Mewarisi misi kenabian, membina tauhid, menyucikan jiwa dan mengangkat kembali martabat insan. Semoga Allah membimbing kita kembali kepada jalan tauhid yang sebenar, mengurniakan kita bimbingan para guru pewaris cahaya Muhammadiah, serta menetapkan hati kita dalam iman dan makrifat hingga akhir hayat. Moga Bermanfaat. Dr UMAY 8 April Ashton Central Mosque Manchaster https://www.facebook.com/share/p/1Axg5LLFgU/

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 22

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 21

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Sheikh Dr Nik Bakri Nik Mat • -

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 17

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 16

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 15

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya • Hadis 13

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.

Doa

Bacaan Hari Asyura

Doa Arafah 1443H

Duas

Du’a Collection From Heart Therapy Book V2

Kumpulan Doa Di Arafah

Zikir

َيَا اللَّهُ (100X) - Wahai Tuhanku (Allah)

Allah akan memberi ketenangan hati bagi orang yang membacanya & merasai kelazatan Zikrullah

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ (300X) - Tiada tuhan yang selain Allah

Diberikan ketenangan pada jiwa yang mengamalkan

اللَّهُمَّ يَا الْبَارِكُ، يَا الْفَتَّاحُ، يَا الرَّزَّاقُ (33X @ 100X) - Yang Maha Merancang, Yang Maha Membuka, Yang Maha Memberi Rezeki

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ (100X) - Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Satu, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan & bagi-Nya segala pujian & Dialah yang Maha Kuasa atas segala sesuatunya.

tasbih - سُبْحَانَ اللَّهِ (Maha Suci Allah) 100-1000X

tahmid

الْحَمْدُ لِلَّهِ (Segala puji bagi Allah) 100-1000X

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ (Tiada tuhan selain Allah) 100-1000X

Takbir

اللَّهُ أَكْبَرُ (Allah Maha Besar) 100-1000X

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ (Maha Suci Allah & egala pujian bagi-Nya, Maha Suci Allah Yang Maha Agung) 100X

Allah ampunkan dosa sebanyak buih dilaut, satu kali sebut, tumbuh satu pohon untuk kita di Taman Syurga

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِينُ، مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ الصَّادِقُ الْوَعْدِ الْأَمِينُ (Tiada Tuhan selain Allah Yang Maha Menjadi Raja, Maha Benar, Maha Menjelaskan. Nabi Muhammad SAW utusan Allah yang Benar, menepati janji & terpercaya) 100X

Selawat Nabi - اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad SAW & ke atas keluarganya (100 X)

Ta'awuz - أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam (100X)

Hauqalah - لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan kehendak Allah (100X)

Istighfar

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ - Aku memohon ampun kepada Allah (100X)

يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ - Ya Allah, Tuhan Maha Hidup lagi Berdiri Sendiri (100X)

Hidup akan dipelihara oleh Allah

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ لِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ - Aku memohon ampun kepada Allah untuk mukmin dan mukminat (100-1000X)

Surah Ghafir (44)

وَأُفَوِّضُ أَمْرِي إِلَى اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ

...dan aku sentiasa menyerahkan urusanku bulat-bulat kepada Allah (untuk memeliharaku); sesungguhnya Allah Maha Melihat akan keadaan hamba-hambaNya ( 100 - 1000x )

Amalan Bismillah 5

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ بِسْمِ اللَّهِ الشَّافِي بِسْمِ اللَّهِ الْكَافِي بِسْمِ اللَّهِ الْمُعَافِي
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan Nama Allah yang Penyembuh. Dengan Nama Allah yang Mencukupi Segalanya. Dengan nama Allah yang Memberikan Kesihatan Yang Baik. Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat pada sesiapa yang berlindung dengan namaNya samada kejahatan di bumi mahupun di langit, Dia amat Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( 3x @ 7x )

Zikir Penghilang Masalah ( 100x )

حَسْبِيَ رَبِّي جَلَّ اللَّهُ - Cukuplah Allah sebagai Tuhan

مَا فِي قَلْبِي غَيْرُ اللَّهِ - Tiada di dalam hati ku kecuali Allah

نُورُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - Cahaya Muhammad selamat atas NYA

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ - Benarlah tiada Tuhan selain Allah

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ - Tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah (3X)

مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ - Nabi Muhammad itu pesuruh Allah (1X)

Zikir Memohon Bantuan ( 10x - 1000x )

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ - Cukuplah Allah sebagai tempat diri bagi kami

نِعْمَ الْوَكِيلُ وَنِعْمَ النَّصِيرُ - sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami

ZIKIR YA LATIFFU YA KAHFI

يَا لَطِيفُ يَا كَافِي

Wahai Yang Maha Lemah Lembut

يَا حَفِيظُ يَا شَافِي

Wahai Yang Maha Mencukupi

َيا َلِطْيُف َياَواِفى

Wahai Yang Maha Menjaga

يَا كَرِيم أَنْتَ الله

Wahai Yang Maha Menyembuhi

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللَّهُ

Tiada Tuhan melainkan Allah

SURAH AL-IKHLAS

( sebaik-baiknya dibaca sebanyak 11x)

ِبْسِم ِهّٰللا الَّرْحٰمِن الَّرِحْيِم

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ - Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa
اللَّهُ الصَّمَدُ - Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ - Dia tidak beranak dan Dia pula tidak diperanakkan
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ - Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-IKHLAS

Membacanya sama seperti membaca 1/3 Al-Quran

Dibaca sebelum tidur sebagai pendinding

Ganjaran syurga

Menghindari kesukaran

Mengurangkan rasa lapar dan dahaga

ZIKIR PAHALA LUAR BIASA

Cukup dibaca tiga kali saja, namun bacaan zikir ini mampu mengalahkan bacaan zikir lain yang dibaca bermula dari selepas Subuh sehingga waktu Dhuha

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ: عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

Maksudnya : Maha Suci Allah. Aku memuji-Nya sebanyak makhluk-Nya, sejauh kerelaan-Nya, seberat timbangan 'Arsy-Nya, dan sebanyak tinta tulisan kalimat-Nya. (HR Muslim)

ASMAA AL HUSNAA

ِبْسِم ِهّٰللا الَّرْحٰمِن الَّرِحْيِم

نَسْأَلُكَ يَا مَنْ هُوَ اللَّهُ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ

الرَّحْمَنُ - Maha Pemurah

الرَّحِيمُ - Maha Penyayang

الْمَلِكُ - Yang Maha Berkuasa

الْقُدُّوسُ - Maha Suci

السَّلَامُ - Maha Memberi Keselamatan

الْمُؤْمِنُ - Maha Memberi Keamanan

الْمُهَيْمِنُ- Maha Memelihara

الْعَزِيزُ - Maha Perkasa

الْجَبَّارُ - Maha Memaksa / Maha Perkasa

الْمُتَكَبِّرُ - Maha Megah

الْخَالِقُ - Maha Pencipta

الْبَارِئُ - Maha Membuat / Memunculkan

الْمُصَوِّرُ - Maha Membentuk

الْغَفَّارُ - Maha Pengampun

الْقَهَّارُ - Maha Menundukkan

الْوَهَّابُ - Maha Pemberi

الرَّزَّاقُ - Maha Pemberi Rezeki

الْفَتَّاحُ- Maha Membuka / Pemberi Kemenangan

الْعَلِيْمُ - Maha Mengetahui

الْقَابِضُ - Maha Menyempitkan

الْبَاسِطُ - Maha Melapangkan

الْخَافِضُ - Maha Merendahkan

الرَّافِعُ - Maha Meninggikan

الْمُعِزُّ - Maha Memuliakan

الْمُذِلُّ - Maha Menghinakan

السَّمِيعُ - Maha Mendengar

الْبَصِيرُ -Maha Melihat

الْحَكَمُ - Maha Menentukan

الْعَدْلُ - Maha Adil

اللَّطِيفُ - Maha Halus, Maha Pemurah

الْخَبِيرُ - Maha Mengetahui

الْحَلِيمُ - Maha Penyantun

الْعَظِيمُ - Maha Agung

الْغَفُورُ - Maha Pengampun

الشَّكُورُ - Maha Mensyukuri / Maha Menghargai

الْعَلِيُّ - Maha Tinggi

الْكَبِيرُ - Maha Besar

الْحَفِيظُ - Maha Memelihara

الْمُقيِتُ - Maha Pemberi Kekuatan / Pemelihara

الْحسِيبُ - Maha Menghitung

الْجَلِيلُ - Maha Mulia

الْكَرِيمُ - Maha Pemurah

الرَّقِيبُ - Maha Mengawasi

المُجِيبُ - Maha Mengabulkan doa

الْوَاسِعُ - Maha Luas (Rahmat, Ilmu, Kekuasaan)

الْحَكِيمُ - Maha Bijaksana

الْوَدُودُ - Maha Mengasihi

الْمَجِيدُ - Maha Mulia

الْبَاعِثُ - Maha Membangkitkan

الشَّهِيدُ - Maha Menyaksikan

الْحَقُّ - Maha Benar

الْوَكِيلُ - Maha Memelihara / Penolong

الْقَوِيُّ - Maha Kuat

الْمَتِينُ - Maha Kokoh

الْوَلِيُّ - Maha Melindungi

الْحَمِيدُ - Maha Terpuji

الْمُحْصِي - Maha Menghitung Segala Sesuatu

الْمُبْدِئُ - Maha Memulai

الْمُعِيدُ - Maha Mengembalikan

الْمُحْيِي - Maha Menghidupkan

الْمُمِيتُ - Maha Mematikan

الْحَيُّ - Maha Hidup

الْقَيُّومُ - Maha Berdiri Sendiri / Maha Mengurus

الْوَاجِدُ - Maha Menemukan

الْمَاجِدُ - Maha Mulia

الْواحِدُ - Maha Esa

الْأَحَدُ - Maha Tunggal

الصَّمَدُ - Tempat Bergantung Segala Makhluk

الْقَادِرُ - Maha Kuasa

الْمُقْتَدِرُ - Maha Berkuasa

الْمُقَدِّمُ -Maha Mendahulukan

الْمُؤَخِّرُ - Maha Mengakhirkan

الأوَّلُ - Maha Awal

الآخِرُ - Maha Akhir

الظَّاهِرُ - Maha Nyata / Luhur

الْبَاطِنُ - Maha Ghaib / Tersembunyi

الْوَالِي - Maha Mengatur / Melindungi

الْمُتَعَالِي - Maha Tinggi

الْبَرُّ - Maha Baik

التَّوَّابُ - Maha Penerima Taubat

الْمُنْتَقِمُ - Maha Pemberi Balasan

العَفُوُّ - Maha Pemaaf

الرَّؤُوفُ - Maha Penyayang

مَالِكُ الْمُلْكِ - Pemilik Segala Kerajaan

ذُوالْجَلاَلِ وَالإكْرَامِ - Pemilik Keagungan dan Kemuliaan

الْمُقْسِطُ - Maha Adil

الْجَامِعُ - Maha Mengumpulkan

الْغَنيُّ - Maha Kaya

الْمُغْنِي - Maha Pemberi Kekayaan

الْمَانِعُ - Maha Mencegah

الضَّارُّ - Maha Pemberi Bahaya / Memberi Mudharat

النَّافِعُ - Maha Memberi Manfaat

النُّورُ - Maha Cahaya

الْهَادِي - Maha Pemberi Petunjuk

الْبَدِيعُ - Maha Pencipta / Inovatif

الْبَاقِي- Maha Kekal

الْوَارِثُ - Maha Pewaris

الرَّشِيدُ - Maha Pemberi Petunjuk yang Benar

الَّصُبوُر - Yang Maha Sabar

الَّذِي لَيْسَ لَهُ كَمِثْلٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Yang tiada seperti Allah, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat

Ya Allah, limpahkan rahmat-Mu yang terbaik kepada makhluk-Mu yang paling bahagia, junjungan kami Muhammad Dan atas keluarga dan para sahabatnya, dan kesejahteraan atas bilangan maklumat anda dan bekalan kata-kata anda setiap kali zikir zikir orang yang lalai.

Doa Surah Al-Waqiah

30-Days-30-Duas-Ebook-Ramadan-1446H-2025

Doa Dihindarkan Dari Syirik

Doa Dr Umay

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Bismillahirrahmanirrahim.
Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam.
Aku memohon keampunan kepada Allah Yang Maha Agung.
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
Salawat dan salam ke atas Nabi Muhammad, keluarga dan para sahabat baginda sekalian.
Ya Allah, ampunilah kaum lelaki dan perempuan Muslim, dan kaum lelaki dan perempuan
beriman; dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Penyayang di antara semua yang
penyayang.
Ya Allah, ya Tuhan kami. Pada pagi yang penuh barakah ini, dalam bulan yang penuh
rahmat, kami memohon kepada-Mu. Kami datang kepada-Mu dalam keadaan lemah, penuh
kekurangan dan amalan yang sedikit. Maka Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami yang kami
sedari dan yang tidak kami sedari, dosa zahir dan dosa batin, dosa lama dan dosa baru.
Jika bukan dengan rahmat-Mu, Ya Allah, dengan apakah lagi yang kami berharap?
Ya Allah, sucikanlah hati kami daripada segala kegelapan dan kejahatan nafsu. Bersihkan
qalbu kami daripada riya’, ujub, takabbur dan segala sifat buruk. Isilah diri kami dengan
akhlak yang baik: akhlak kasih sayang, cinta dan kelembutan. Ya Allah, hidupkanlah hati
kami di sisi-Mu.
Ya Allah, jadikanlah Ramadan pada tahun ini sebagai Ramadan yang membawa perubahan
pada akhlak kami; Ramadan yang membangkitkan jiwa kami, membangkitkan iman kami,
menumbuhkan takwa dan mendekatkan kami kepada-Mu. Terimalah segala puasa kami,
solat kami, taubat kami; terimalah segala bisikan, doa dan munajat rintihan kami kepada-Mu.
Ya Allah, satukanlah kami bersama para nabi, orang-orang soleh, para syuhada dan
orang-orang bertaqwa; pertemukan kami dengan mereka di darjat tertinggi di syurga-Mu.
Engkaulah tujuan dan harapan kami, Ya Allah. Kembalikan roh dan hati kami kepada-Mu.
Jadikan setiap langkah dan amal kami untuk mencari redha-Mu. Jangan biarkan kami hidup
jauh daripada tujuan-Mu.
Ya Allah, bukakanlah hijab kami, kasihanilah dan redhailah kami. Berlemah-lembutlah
kepada kami dalam setiap ketetapan-Mu. Bukakanlah mata hati kami supaya kami dapat
melihat dan memahami hakikat kebenaran.
Ya Allah, jadikan setiap amal kami ikhlas kerana-Mu; perbaharuilah niat kami setiap kali
kami beramal. Sucikan kami daripada kecintaan yang berlebihan terhadap dunia; jauhkan
kami daripada sifat kedekut, bakhil, riak, takabur dan ujub. Jadikan kami hamba yang
rendah hati dan berakhlak mulia seperti yang dibawa oleh Nabi Muhammad.
Ya Allah, terimalah infaq dan sumbangan kami sepanjang Ramadan; berkati sedikit harta
yang kami beri agar ia membantu kerja-kerja dakwah dan kebajikan Majlis Ta'lim Nurul
Mubin serta projek bantuan seperti agihan makanan untuk mereka yang memerlukan

(rujukan projek Rumah Ajwa Aliyah). Mudah-mudahan sedikit sumbangan itu memberi
manfaat dan pahala kepada pemberi.
Ya Allah, ampunkanlah ibu bapa kami, pasangan kami, anak-anak dan zuriat kami; terimalah
segala amalan baik guru-guru dan mereka yang mendidik kami ke jalan-Mu. Satukan
doa-doa kami dengan doa orang-orang yang soleh.
Amin, Ya Rabbal 'Alamin.

Bacaan Muqaddimah Sebelum Berzikir Dan Berdoa

Doa Ketika Was-Was Melanda

Doa Lengkap Alquran Hadith

Amalan Pada 10 Malam Terakhir Ramadhan

Ustaz Muhadir Hj Joll

Du'as Of The Prophets By Seeking Jannah

Du'as Of The Prophets By Seeking Jannah

Doa Munajat Ramadan 01 - Permohonan Keampunan & Penyucian Jiwa

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Bismillahirrahmanirrahim.
Allahumma salli ala Sayyidina Muhammadin wa ala alihi wa sahbihi wa barik wa salim.

َّلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيمِ
Ya Allah, pada pagi yang penuh barakah ini, Ya Allah, pada hari pertama di dalam bulan
yang penuh kemuliaan, bulan keampunan-Mu, bulan maghfirah, bulan pertemuan, kami
berdiri di hadapan pintu rahmat-Mu, Ya Allah.
Dalam keadaan diri kami yang penuh dengan junub, yang penuh dengan kotoran, dalam
keadaan kami yang penuh dengan dosa, Ya Allah; kami berdiri di hadapan pintu rahmat-Mu.
Dalam keadaan kami tiada amal, tiada ibadah, tiada kebaikan pada diri kami; maka kau
terimalah segala amal kami.
Allah ya Tuhan kami, bersihkanlah diri kami, bersihkanlah jiwa kami, bersihkanlah qalbu
kami, Ya Allah.
Ya Allah, kami lemah; kami tiada daya dan upaya; kami selalu berhajat kepada
pertolongan-Mu; bantulah kami, bimbinglah kami, kasihanilah kami, redailah kami, Ya Allah.
Ya Allah, panjangkanlah pandangan cinta-Mu kepada kami; panjangkanlah rahmat dan
kasih sayang-Mu kepada kami.
Jadikan nafas-nafas kami dalam rahmat dan keampunan-Mu; jadikan setiap gerak diam
kami dalam rahmat-Mu dan mendapat keampunan-Mu.
Ya Allah, kami sedar kami hidup dalam kelelangan; selama ini kami terhijab, kami terdinding;
kami tidak merasai kenikmatan-Mu; berkati kami, redai kami, Ya Allah.
Ya Allah, cabutkanlah keakuan dalam qalbu kami; bersihkanlah jiwa kami daripada segala
kejahatan nafsu, segala kegelapan nafsu; patahkanlah kesombongan dan takabbur dalam
hati kami.
Jadikan nafas kami nafas yang sentiasa berhubung kepada-Mu, Ya Allah; bimbinglah kami,
Ya Allah.
Ya Allah, jadikan Ramadan tahun ini Ramadan yang memberikan kebaikan pada rohani
kami, pada tauhid kami, pada akhlak dan kehidupan kami; jadikan Ramadan ini Ramadan
yang lebih bermakna dan lebih baik daripada sebelumnya.
Ya Allah, jadikan Ramadan ini sebagai madrasah; hidupkanlah kami dengan penuh cinta
dan kerinduan kepada-Mu; sempurnakanlah ibadah Ramadan kami; sihatkan tubuh dan
fikiran kami untuk beribadah; bersihkanlah hati kami.
Kembalikanlah kami kepada fitrah-Mu seperti bayi yang baru dilahirkan; kabulkanlah segala
hajat kami, bimbinglah kami, kasihanilah kami, redailah kami, bantu kami.

Aamiin2 ya Rabbal'alamin

Doa Untuk Membersihkan Hati

Abu Muhammad Al-Muari

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِى تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا

"Ya Allah, berikanlah kepada diriku ketaqwaannya dan sucikanlah ia, Engkaulah sebaik-baik yang menyucikan, Engkaulah pelindungnya dan pemimpinnya."

Syarah Doa

1. Permintaan untuk Ketaqwaan:

اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِى تَقْوَاهَا

Doa ini dimulai dengan permintaan kepada Allah agar dianugerahkan sifat takwa kepada jiwa kita. Takwa bermaksud memelihara diri daripada perkara yang dimurkai Allah dan bersungguh-sungguh melaksanakan perintah-Nya. Takwa adalah asas kejernihan hati, kerana ia mengarahkan jiwa untuk menjauhi maksiat dan mendekati ketaatan.

2. Permintaan untuk Pensucian Jiwa:

وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا

Bahagian ini mengandungi permohonan kepada Allah untuk menyucikan jiwa daripada segala sifat mazmumah (keji) seperti hasad, riya', ujub, dan sebagainya. Kita mengakui bahawa hanya Allah yang mampu menyucikan jiwa kerana Dia adalah خير من زكاها (sebaik-baik yang menyucikan). Usaha manusia untuk membersihkan hati tidak akan sempurna tanpa bantuan dan rahmat Allah.

3. Pengakuan Ketergantungan kepada Allah:

أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا

Dengan mengakui Allah sebagai وليها (pelindungnya) dan مولاها (pemimpinnya), kita menzahirkan bahawa jiwa ini tidak mampu mengatur dirinya sendiri tanpa bimbingan dan penjagaan Allah. Ini adalah pengakuan bahawa segala kebaikan, perlindungan, dan pimpinan hanya datang daripada-Nya.

*Pengajaran dan Hikmah Doa*

1. Pentingnya Kesucian Hati: Doa ini mengingatkan kita bahawa hati yang bersih adalah asas kepada keberkatan hidup, kebahagiaan, dan ketenangan. Jiwa yang bersih akan menjadikan seseorang lebih dekat kepada Allah dan lebih ikhlas dalam amalannya.

2. Ketergantungan Total kepada Allah: Kita diajarkan untuk sentiasa merendah diri di hadapan Allah, menyedari bahawa hanya Allah yang berkuasa untuk menyucikan hati. Ia mendidik kita untuk tidak sombong dengan usaha sendiri.

3. Usaha dan Doa Beriringan: Doa ini menggabungkan usaha manusia dengan kebergantungan kepada Allah. Kita berusaha memperbaiki jiwa, namun menyerahkan hasil akhirnya kepada Allah.

*Rujukan:*

Al-Quran, Surah Al-A'la (87:14): "Sungguh beruntunglah orang yang menyucikan dirinya."

Hadis Sahih Muslim: Nabi SAW sering membaca doa ini sebagai salah satu zikir harian Baginda, menunjukkan kepentingannya dalam membersihkan jiwa.