← Kembali ke kata-kata hikmah

Jangan Berputus Asa untuk Berdoa

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Jangan mudah kecewa apabila doa belum dimakbulkan. Jangan pula berhenti berdoa apabila hajat telah diperkenankan. Doa bukan sekadar untuk meminta, tetapi tanda bahawa kita sentiasa berhajat kepada Allah. Selagi kita hidup, selagi itulah kita memerlukan-Nya. Bersangka baik kepada Allah juga adalah sebahagian daripada doa yang sering tidak kita sedari. Lebih baik doa kita ditangguhkan, daripada hati kita terhalang untuk terus berdoa kepada-Nya. Kerana hati yang berhenti berdoa itulah musibah yang sebenar. Ayahanda kami selalu berpesan: "Berdoalah dan terus berdoa walaupun pada pandangan manusia ia mustahil. Allah tetap menerima doa hamba-Nya." Dan, "Mintalah apa sahaja dengan penuh adab sebagai seorang hamba. Allah berhak memberi apa sahaja yang Dia kehendaki di atas sifat Ketuhanan-Nya."

https://t.me/muhammadafifyahya

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.