← Kembali ke kata-kata hikmah

Antara hikmah di sebalik ujian

Dr. Ustaz Muhammad Afif Yahya

Antara hikmah di sebalik ujian ialah: 1.⁠ ⁠Allah ingin mengangkat ketauhidan seorang hamba di sisi-Nya serta membawa dirinya semakin hampir dalam perjalanan rohani menuju Allah. 2.⁠ ⁠Melalui kesabaran, Allah membina jiwa yang lebih kuat, tabah dan matang dalam menghadapi kehidupan. 3.⁠ ⁠Di sebalik setiap ujian, Allah mengurniakan kekuatan serta kecerdasan akal untuk memahami hikmah di sebalik setiap yang dilalui. Semakin besar ujian yang ditempuh dengan penuh kesabaran, semakin tinggi darjat yang Allah angkat dan semakin mulia kedudukannya di syurga nanti. Justeru, nikmatilah setiap ujian. Berjalanlah dengan penuh husnuzan kepada Allah, kerana setiap ujian membawa keindahan bagi mereka yang melihatnya dengan mata hati. Olahan perkongsian daripada Guru yang dikasihi, Ayahanda Sidi Ibrahim Al Malik. Catatan Dr UMAY 24 Jun 2026 | Kemboja

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.