اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Doa yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ kepada Sayidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. untuk dibaca dalam solat ialah:
Allahumma inni zhalamtu nafsi zulman kathiran, wa la yaghfiruz-zunuba illa anta, faghfir li maghfiratan min 'indika, warhamni, innaka antal-Ghafurur-Rahim.
Maksud:
"Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka ampunilah aku dengan keampunan daripada sisi-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
Hadis: Riwayat al-Bukhari (No. 834) dan Muslim (No. 2705).
Doa ini sangat dianjurkan untuk dibaca ketika duduk antara tahiyyat akhir dan salam, namun boleh juga diamalkan pada bila-bila masa sebagai doa memohon keampunan kepada Allah SWT.