Doa ini diriwayatkan dibaca oleh Anas bin Malik ketika beliau berhadapan dengan situasi sukar melibatkan gabenor Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi yang berniat untuk menyeksanya. Berkat amalan doa ini, hati gabenor yang asalnya keras dan mahu bertindak zalim telah menjadi lembut sehingga dia tidak jadi menyeksa Anas bin Malik.
Doa ini sangat ditekankan sebagai senjata mukmin dalam suasana gawat untuk melindungi segala aspek kehidupan.
بِسْمِ اللَّهِ وَبِاللَّهِ
بِسْمِ اللَّهِ خَيْرِ الْأَسْمَاءِ
بِسْمِ اللَّهِ رَبِّ الْأَرْضِ وَالسَّمَاءِ
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ أَبَدًا
بِسْمِ اللَّهِ افْتَتَحْتُ وَبِهِ خَتَمْتُ وَبِهِ آمَنْتُ
بِسْمِ اللَّهِ أَصْبَحْتُ وَعَلَى اللَّهِ تَوَكَّلْتُ
بِسْمِ اللَّهِ عَلَى قَلْبِي وَنَفْسِي
بِسْمِ اللَّهِ عَلَى عَقْلِي وَذِهْنِي
بِسْمِ اللَّهِ عَلَى أَهْلِي وَمَالِي
بِسْمِ اللَّهِ عَلَى مَا أَعْطَانِي رَبِّي
بِسْمِ اللَّهِ الشَّافِي
بِسْمِ اللَّهِ الْمُعَافِي
بِسْمِ اللَّهِ الْوَافِي
بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Dengan nama Allah dan dengan pertolongan Allah.
Dengan nama Allah, sebaik-baik nama.
Dengan nama Allah, Tuhan bumi dan langit.
Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memudaratkan di bumi dan di langit selama-lamanya.
Dengan nama Allah aku memulakan, dengan-Nya aku mengakhiri, dan dengan-Nya aku beriman.
Dengan nama Allah aku memasuki pagi, dan kepada Allah aku bertawakal.
Dengan nama Allah ke atas hatiku dan diriku.
Dengan nama Allah ke atas akal dan fikiranku.
Dengan nama Allah ke atas keluargaku dan hartaku.
Dengan nama Allah ke atas segala yang dikurniakan oleh Tuhanku.
Dengan nama Allah Yang Maha Menyembuhkan.
Dengan nama Allah Yang Maha Memberi Kesihatan.
Dengan nama Allah Yang Maha Mencukupkan.
Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang dapat memudaratkan di bumi dan di langit,
dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.