Home / Review Buku / Prof Madya Dr Syed Najihuddin Syed Hassan / Tadabbur Terapi Doa Kejayaan Luar Biasa
Tadabbur Terapi Doa Kejayaan Luar Biasa

Tadabbur Terapi Doa Kejayaan Luar Biasa

Prof Madya Dr Syed Najihuddin Syed Hassan

Empower Quran Global

Ketika doa bukan hanya ucapan, tetapi luahan jiwa paling dalam. “Pernahkah kau rasa lelah dengan dunia, namun tidak tahu bagaimana untuk kembali tenang?” Buku ini menghimpunkan permasalahan yang sering melanda hati seorang hamba; dari sempitnya rezeki, hilangnya arah hidup, tekanan jiwa, hingga perasaan tidak dihargai. Namun, setiap ujian itu bukanlah tanda Allah membenci. Ia adalah jemputan lembut daripada-Nya untuk kita kembali dengan doa. 42 doa yang disusun indah daripada ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah SAW. Setiap doa yang dikongsikan bukan hanya untuk dihafal, tetapi untuk ditadabbur dan diamalkan. Buku ini akan membimbing anda untuk menghayati makna setiap munajat, menyelami rahmat di sebalik setiap lafaz, dan membina rutin berdoa yang boleh menyembuhkan jiwa. “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.” (Al-A’raf: 23)

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.