Syariah Safinah An-Najah
Guru berkaitan: Ustaz Muhadir Hj Joll
Buku ini diklaskan sebagai syarah kitab Safinatun Naja terbesar/terlengkap dalam bahasa Melayu. Dinamakan sebagai Edisi Komprehensif kerana kupasannya lebih luas dan terperinci berbanding dengan syarah Safinatun Naja sebelum ni. Lebih tebal – 704 halaman (berbanding 464 halaman sebelum ni). Kitab ini ditambah lebih banyak syarahan, permasalahan, keterangan, fawa’id (faedah-faedah), tanbih (perhatian), catatan dan tatimmah (penyempurna). Disertakan juga hikmah dan hikayah, untuk menjadikan ia lebih lengkap dan lebih bermanfaat kepada semua pembaca. Nota-nota tambahan daripada kitab-kitab feqah yang muktabar disertakan bersama dengan sumber rujukan. Disertakan kata pengantar oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Tajuk dan bab yang dibincangkan dalam kitab ini sangat penting diketahui semua umat Islam, lelaki dan perempuan sebagai pedoman untuk beribadah dengan sempurna.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.