Rahsia Haji

Rahsia Haji

Muhd Najib Abdul Kadir

Telaga Biru

Buku RAHSIA HAJI : FALSAFAH DAN HIKMAHNYA MENURUT AL-QURAN DAN SUNNAH ini memperincikan pemahaman yang lengkap tentang ibadah haji. Haji dilihat sebagai ibadah dan bukan sebagai adat semata-mata. Ibadah haji digarap dari permulaan kewujudan kaabah hingga kepada fungsi dan hilmah keberadaannya pada hari ni. Dalam lain perkataan bagaimana ibadah haji ini boleh meningkatkan kualiti hidup umat Islam dalam pelbagai aspek. Di dalam buku ini, diterapkan nilai-nilai "kenikmatan" ibadah haji. Ini dimulakan dengan perkara asas dan diakhiri dengan hikmah ibadah. Persiapan yang bukan setakat kain baju ini memerlukan roh atau jiwa, bukan kepada fizikal semata-mata. Ia dirangkumkan daripada persiapan akidah dan ketakwaan, persiapan kewangan, persiapan mental dan fizikal, persiapan ilmu pengetahuan dan persiapan tazkirah nafs.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.