Prinsip Kehidupan Dari Hadis
Peristiwa Israk dan Mikraj adalah suatu perkara yang tidak boleh disanggah lagi. Episod yang berlaku dalam kehidupan Rasulullah ini diabadikan di dalam al-Quran apabila Allah mempersembahkan kekuasaanNya dalam ayat yang pertama daripada Surah al-Isra’. Bukan sekadar itu, Surah al-Najm turut merekodkan perincian suasana dialog yang berlaku pada malam tersebut. Apa yang lebih utama dalam setiap rakaman episod kehidupan Rasulullah ini ialah pengajaran yang boleh diamalkan dalam kehidupan manusia. Saban tahun kita telah melalui kisah-kisah sekitar episod penting dalam kehidupan Rasulullah ini. Namun tidak ramai yang menghayati prinsip-prinsip penting yang perlu dipelajari melalui riwayat ini. Oleh yang demikian, karya ini mengeluarkan beberapa prinsip penting yang perlu diaplikasikan dalam kehidupan kita, dalam kita menelusuri dan menelaah riwayat agung ini.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.