Home / Review Buku / Hujjatul Islam Al-Ghazali Al-Thusi / Minhaj Al-Abidin Ila Jannah Rabbil 'Alamin
Minhaj Al-Abidin Ila Jannah Rabbil 'Alamin

Minhaj Al-Abidin Ila Jannah Rabbil 'Alamin

Hujjatul Islam Al-Ghazali Al-Thusi

Al-Hidayah

Kitab ini adalah karangan hujjah Al-Islam Al-Ghazali Al-Thusi yang diterjemahkan oleh Al-Syeikh Daud bin Abdullah Al-Fatani. Ia merupakan sebuah kitab yang sering digunakan di sekolah-sekolah pondok. Sebuah kitab tasawuf yang menjadi rujukan para ilmuan terdahulu. Bicara kitab ini merangkumi pelbagai perbahasan dan disertakan dengan nas daripada Al-Quran dan hadis. Asalnya kitab ini ditulis dalam jawi. Bagi memberi peluang kepada generasi sekarang untuk menikmati bicara ilmu yang dihidangkan di dalam kitab ini, ia telah dialihkan ke tulisan rumi tanpa mengubah khazah yang amat berharga bagi mereka yang cintakan ilmu dan islam. Semoga dengan hadirnya terjemahan ulama terkenal ini dapat memberikan kita setitis ilmu yang penuh dengan sejuta makna dalam mendapatkan keredaan Allah dan menambahkan keimanan kita kepadanya.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.