Home / Review Buku / Pahrol Mohamad Juoi / Kata-Kata Untuk Orang Berduka
Kata-Kata Untuk Orang Berduka

Kata-Kata Untuk Orang Berduka

Pahrol Mohamad Juoi

jiwa

Awan makin sarat apabila air ditanggung. Tatkala beban terlalu berat, awan melepaskannya sebagai hujan—air berjatuhan sehingga tiada lagi yang tersisa. Begitulah hati manusia, apabila kesedihan sudah terlalu, tidak salah melepaskannya melalui air mata. Relakanlah tangisan itu sehingga kering air mata. Ketika hujan telah reda, langit akan kembali cerah. Bumi yang basah akan subur kembali. Begitu juga hati, apabila tangisan berhenti, jiwa akan kuat kembali. Langkah kehidupan pun diteruskan lagi. Kata-kata untuk Orang Berduka ialah sebuah naskhah yang sarat dengan rasa. Ditulis dari hati paling dalam, kata-katanya menusuk jauh ke dalam jiwa kita sehingga tumbuh kekuatan untuk terus menghadapi hari-hari mendatang.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.