Bismillahirrahmanirrahim
Seruan Memperbanyak Istighfar Sepanjang Ibadah Haji
Dengarkan Ayat CintaNya (5 Rejab 1446 H)
Seruan Memperbanyak Istighfar Sepanjang Ibadah Haji
........................
ثُمَّ اَفِيْضُوْا مِنْ حَيْثُ اَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُوا اللّٰهَۗ اِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ (199)
Maksud: Kemudian bertolaklah kalian dari tempat ramainya orang bertolak turun (Arafah) dan mohonlah keampunan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al Baqarah: 199).
......................
Penjelasan:
1. Dalam melaksanakan ibadah tawaf, melontar jamrah, dll sepanjang haji, maka jemaah digalakkan untuk beristigfar dan memperbanyak zikrullah pada setiap waktu terluang.
2. Seruan istighfar bertujuan untuk memperingatkan hamba bahawa dirinya sedang dalam ibadah dan ada kemungkinan berlakunya kekurangan dalam ibadah yang dikerjakan.
3. Sementara zikrullah adalah tanda syukur kepada Allah atas nikmat taufiqNya untuk mengerjakan ibadah yang agung ini.
4. Menjadi pelajaran bagi setiap hamba pada setiap waktu yang terluang hendaklah diperuntukkan untuk istighfar, memohon ampun atas kekurangan diri dan zikrullah sebagai syukur atas taufiqNya.
5. Janganlah pernah merasakan dia sempurna dalam ibadahnya kerana ibadahnya itu hakikatnya taufiq daripada Allah, dan mudah-mudahan qabul di sisiNya.
Moga Allah rezekikan kita faham dariNya tentangNya. Amin.
Komentar Pembaca
Belum ada komentar yang diluluskan.