Bismillahirrahmanirrahim

Rasulullah Saw Sendiri Diuji Dengan Kehilangan

Rasulullah saw sendiri diuji dengan kehilangan. Semenjak kecil, Baginda Rasulullah saw telah diuji dengan kehilangan insan-insan yang terdekat. Baginda dilahirkan tanpa sempat bertemu dengan bapa Baginda saw. Ibu Baginda saw meninggal dunia ketika Baginda saw baru berusia 6 bulan. 2 tahun dalam jagaan datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

Setelah diangkat menjadi Nabi, Rasulullah saw dihadapkan dengan pelbagai cemuhan dan kejian dalam berdakwah. Dua insan setia di sisi Baginda, isteri tercinta, Saidatina Khadijah r.a dan bapa saudara, Abu Talib. Sehinggalah satu tahun yang sama, kedua-duanya dipanggil Ilahi meninggalkan Baginda saw. Alangkah besarnya kesedihan yang dirasakan oleh Rasulullah saw sehinggalah Baginda dijemput ke hadrah Allah melalui peristiwa Isra' wal Mikraj.

Guru Mulia Sheikhuna Youssef Muhieddine Rek El Bakhour al Hasani ketika memberi ibrah dari peristiwa kehidupan Baginda Nabi saw dan para anbiya' seringkali menyebutkan:

"Para Nabi adalah kekasih Allah swt. Cuba berikan satu sahaja kepadaku nama dari para Nabi yang tidak diuji. Bahkan seluruh kehidupan mereka adalah ujian. Mereka sama sekali tidak bertanya kenapa diuji sebaliknya redha atas ujian kerana melihat yang datang dari Kekasih adalah kecintaan walau zahirnya adalah keperitan dan kesedihan."

Semoga Allah memberi kita faham dariNya dan tentangNya. Amin.

.............................

Pemergian Saidatina Khadijah dan Abu Talib pada tahun yang sama sangat memberi kesan kepada Baginda Nabi saw sehinggalah tahun tersebut dikenali sebagai tahun?

Para ahbab dipersilakan untuk menjawab di ruangan komen. Mari kita semarakkan cinta Rasulullah saw dengan menelusuri nuansa kehidupan Baginda saw.

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.