Bismillahirrahmanirrahim

Nota Syarah Tadabbur Surah Al-Kahfi

Sesi 2 04 Jun 2026 Ustaz Fazrul Ismail

Muqaddimah

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT yang menurunkan al-Quran sebagai petunjuk kehidupan. Surah Al-Kahfi merupakan antara surah yang sangat dianjurkan untuk dibaca pada hari Jumaat kerana mengandungi panduan menghadapi fitnah akhir zaman.

Dalam sesi ini dibincangkan kesinambungan tadabbur daripada ayat 32 hingga ayat 58 yang memfokuskan kepada fitnah harta, hakikat kehidupan dunia serta persediaan menghadapi Hari Akhirat.

  1. Empat Fitnah Besar Dalam Surah Al-Kahfi

Surah Al-Kahfi menghimpunkan empat fitnah utama yang akan dihadapi manusia.

  • Fitnah Agama

Kisah Ashabul Kahfi. Cara menghadapinya ialah memelihara iman.

  • Fitnah Harta

Kisah dua pemilik kebun. Cara menghadapinya ialah syukur dan tawaduk.

  • Fitnah Ilmu

Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir. Mengajar supaya sentiasa merendah diri terhadap ilmu Allah.

  • Fitnah Kuasa

Kisah Zulqarnain. Kuasa hendaklah digunakan untuk menegakkan keadilan.

  1. Formula Menghadapi Fitnah Agama Daripada ayat 27-28 lahir dua amalan penting.

  • Me-Time bersama al-Quran

Setiap hari perlu ada masa khusus untuk:

- membaca al-Quran

- memahami maksudnya bertadabbur, bermuhasabah

Jika hati dipenuhi al-Quran, ia lebih sukar dipengaruhi fitnah.

  • We-Time bersama orang soleh Allah memerintahkan supaya sentiasa bersama orang yang: mengingati Allah, mencintai ilmu, mengajak kepada kebaikan. Persekitaran sangat mempengaruhi agama seseorang.

Rakan yang hanya berbicara tentang:

harta, fesyen, rumah, kemewahan, dunia boleh menyebabkan hati semakin jauh daripada Allah.

  1. Fitnah Harta (Ayat 32)

Allah memberi perumpamaan dua orang lelaki. Seorang memiliki: dua kebun anggur, pohon kurma, tanaman yang subur, sungai yang mengalir. "Ja'alna" diulang beberapa kali.

Maksudnya: Semua kejayaan itu datang daripada Allah. Bukan kerana: kepintaran sendiri, modal sendiri, usaha semata-mata. Tetapi semuanya adalah kurniaan Allah.

  1. Mindset Seorang Petani

Mengapa Allah memilih contoh kebun? Kerana seorang petani mempunyai sifat: sabar, merancang, bekerja berterusan, tidak cepat berputus asa, bertawakal.

Tanaman tidak berbuah dalam sehari. Begitulah juga kejayaan hidup. Perlu: proses, istiqamah, kesabaran

  1. Penyakit Orang Kaya

Pemilik kebun mula berkata: Aku lebih kaya. Aku lebih ramai pengikut. Beliau menjadikan: kekayaan, pengaruh, pekerja, pengikut sebagai ukuran kejayaan.

Inilah penyakit: riak, takbur, ujub, kufur nikmat. Hari ini ia dikenali sebagai: Humble bragging iaitu menunjuk kekayaan secara halus.

  1. Kufur Nikmat

Beliau berkata: "Aku rasa kebun ini tidak akan musnah." Beliau juga menyangka jika kembali kepada Allah nanti, dia pasti mendapat lebih banyak nikmat. Ini merupakan kesombongan yang hampir menyerupai: Fir'aun. Qarun, Kaum Thamud yang merasakan kekayaan adalah bukti Allah meredai mereka.

  1. Cara Menegur Orang Dengan Hikmah

Sahabatnya tidak memarahinya. Sebaliknya beliau bertanya: "Adakah engkau kufur kepada Tuhan yang menciptakan engkau daripada tanah, kemudian daripada setitis mani?" Kaedah dakwah: lembut, berhikmah, mengingatkan asal kejadian manusia mengajak berfikir. Pendakwah tidak menghina tetapi membimbing.

  1. Ucapan Ketika Melihat Nikmat

Allah mengajar supaya mengucapkan: Masya-Allah, la quwwata illa billah Maksudnya: Segala nikmat datang daripada Allah. Segala kekuatan juga datang daripada Allah. Ucapan ini: menghilangkan riak, menghindari hasad, menjadi tanda syukur

  1. Nikmat Boleh Ditarik Balik

Allah berkuasa: menambah nikmat, menarik nikmat, memusnahkan segala kekayaan. Dalam sekelip mata: kebun boleh musnah, tanaman boleh rosak, air boleh hilang. Ini mengajar bahawa dunia tidak kekal.

  1. Harta Boleh Menjadi Berhala

Apabila kebunnya musnah, barulah beliau menyesal. Beliau berkata: Kalaulah aku tidak mensyirikkan Tuhanku. Syirik di sini bukan semestinya menyembah berhala. Tetapi: terlalu bergantung kepada harta, meletakkan harta melebihi Allah. Harta menjadi "tuhan" dalam hati.

  1. Hakikat Dunia (Ayat 45)

Allah mengumpamakan dunia seperti: air hujan. Mula-mula: hijau, cantik, subur Kemudian: kering, layu, diterbangkan angin. Begitulah dunia. Tidak kekal.

  1. Sikap Mukmin Terhadap Dunia

Mukmin tidak terlalu: gembira ketika mendapat nikmat, sedih apabila kehilangan kerana semuanya bersifat sementara.

  1. Harta dan Anak Hanya Perhiasan (Ayat 46)

Allah berfirman: Harta dan anak-anak hanyalah perhiasan kehidupan dunia. Yang kekal ialah Al-Baqiyat al-Salihat iaitu: solat, sedekah, zikir, ilmu, wakaf, amal soleh

  1. Tukarkan Dunia Menjadi Akhirat

Harta jangan berhenti sebagai harta. la perlu ditukar menjadi sedekah, wakaf, infak, bantuan kepada masyarakat, pendidikan anak soleh, barulah ia menjadi bekalan akhirat.

  1. Konsep Wakaf

Perbezaan:

Infaq: manfaat sementara, habis digunakan. Contohnya: memberi makan, membayar yuran pelajar, bantuan tunai.

Wakaf: Manfaatnya berterusan. Contohnya: tanah wakaf, masjid, telaga, bangunan, modal perniagaan. Keuntungan digunakan untuk manfaat umat.

Wakaf Produktif: Contohnya: membeli mesin, membuka perniagaan, hasil keuntungan digunakan membantu masyarakat, pahala terus mengalir.

Wakaf Memerlukan: akad, dokumentasi, pengurusan, pemantauan Jika tiada, ia lebih hampir kepada infaq.

  1. Hari Kiamat (Ayat 47)

Allah menggambarkan gunung dihapuskan, bumi menjadi rata, manusia dihimpunkan. Tiada siapa dapat melarikan diri.

  1. Kitab Catatan Amal (Ayat 49)

Semua amalan dicatat.Tidak ada yang tertinggal walaupun kecil, besar, tersembunyi. Semuanya direkodkan.

  1. Musuh Manusia

Allah mengingatkan: Iblis dan syaitan bukan penolong. Mereka menyesatkan manusia, memberi janji palsu dan memperdayakan manusia. Jangan menjadikan mereka pemimpin.

  1. Penyakit Jidal

Antara sebab manusia tidak menerima hidayah ialah Jidal iaitu suka berbantah suka mencari alasan, mempertikaikan kebenaran. Sedangkan orang beriman: menerima nasihat, segera bertaubat, berubah

  1. Orang Paling Zalim

Allah menyebut orang paling zalim ialah mereka yang diingatkan ayat Allah, kemudian berpaling, melupakan dosa sendiri. Akibatnya Allah menutup hati mereka.

  1. Allah Maha Pengampun

Walaupun manusia banyak dosa, Allah tetap: Maha Pengampun, Maha Penyayang, Allah tidak terus menghukum, Allah masih membuka pintu taubat.

Pengajaran Utama

Antara pengajaran penting daripada ayat-ayat ini ialah:

  • Jadikan al-Quran teman harian.

  • Pilih persekitaran yang soleh.

  • Syukuri setiap nikmat.

  • Jangan sombong dengan harta.

Ucapkan "Masya-Allah, la quwwata illa billah" apabila melihat nikmat.

  • Tukarkan harta kepada amal soleh.

  • Fahami perbezaan antara wakaf dan infaq.

  • Ingat bahawa semua amalan akan dihisab.

  • Jangan suka berbantah apabila datang kebenaran.

  • Sentiasa membuka pintu taubat sebelum terlambat.

Rumusan

Fitnah harta merupakan antara ujian terbesar manusia. Kekayaan bukan tanda kemuliaan, sebagaimana kemiskinan bukan tanda kehinaan. Nilai sebenar seseorang di sisi Allah ialah iman, syukur dan amal soleh.

Surah Al-Kahfi mengajar agar setiap nikmat dikembalikan kepada Allah, digunakan untuk manfaat umat, dan dijadikan bekalan menuju kehidupan akhirat yang kekal.

Semoga Allah menjadikan kita dalam kalangan hamba-Nya yang bersyukur, istiqamah dan sentiasa menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Aamiin.

Komentar Pembaca

Belum ada komentar yang diluluskan.