Bismillahirrahmanirrahim
Khazanah Ilmu
Tentang Kami
Alhamdulillah idea, pembangunan dan penyelenggaraan Laman Web ini adalah dari warga Suria Resorts & Hotels dengan niat menjadi sebagai salah satu usaha dakwah Islamiah Ilmiah ( Maqasid Syariah - Menjaga Agama dan Menjaga Akal) untuk dimanfaatkan warga Suria dan juga masyarakat umumnya. Usaha laman web ini juga diberi sokongan dan dokongan Biro Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah yang diketuai Ustazah Dr che Radhiah Mezah.
Ianya juga bermatlamat untuk berkhidmat semampunya pada kerja dakwah Guru Guru Murabbi
Laman web ini juga di beri sokongan, dokongan dan sumber khazanah nota ilmu dari:
- Biro Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah, Persatuan Muballighat Negeri Selangor yang diketuai Ustazah Dr Che Radhiah Mezah
- Puan Hajjah Zuraida Kamarudin sebagai Admin dan Setiausaha Grup Komuniti Sahabat Diskusi Dhuha Masjid Negeri Selangor, MSSAAS
- Puan Hajjah Suhaila Shably sebagai Admin Grup Komuniti Sahabat Diskusi Dhuha Masjid Negeri Selangor, MSSAAS
Misi
KAMI mengadakan dan menguruskan laman web ini -
- Mengambil iktibar Kitab Tanbighul Ghafilin, Syaikh Abi Laits As-Samarqandy menyebutkan 4 Syarat agar amal ibadah diterima Allah SWT: Memilikki Ilmu (utama), Niat Yang Benar, Sabar dalam Proses dan Ikhlas semata-mata kerana Allah
- Mengambil pelajaran dari kalam Imam Al Ghazali mengenai Hakikat Menuntut Ilmu : Menuntut Ilmu adalah Taqwa, Menyampaikan Ilmu adalah Ibadah (Amal Soleh),Mengulang-ulang ilmu adalah Zikir dan Mencari Ilmu adalah Jihad
- Memahami nasihat Imam Syafii dalam mencari Ilmu ada 6 Syarat iaitu, kecerdasan, Semangat(keinginan/iltizam), Kesungguhan, kecukupan bekalan (harta, ruang,masa), bersahabat dengan Guru, waktu yang lama . Untuk mendapat kurniaan keberkahan cahaya /roh ilmu, penuntut perlu menjauhi maksiat (syarat tambahan).
- Imam Syafi'i menekankan bahwa ilmu adalah buruan dan tulisan adalah pengikatnya. Beliau menasihati untuk mengikat ilmu dengan catatan yang kuat agar tidak hilang, sama seperti mengikat kijang buruan.
Jumlah Pengunjung
Waktu Malaysia
Dikemas kini setiap saat (GMT+8)
Statistik kunjungan
551
Anggaran paparan halaman (30 hari)
Hubungan Dakwah
Sertai Komuniti KhazanahIlmu
Daftar untuk kemas kini kandungan baru. Data disimpan minimum dan berasaskan persetujuan.
Sertai Grup Telegram
Sertai grup Telegram komuniti KhazanahIlmu untuk perkongsian nota, hikmah, dan pengumuman kuliah terkini.